"BERITA terkini, suasana di daerah wilayah Persekutuan amat dirangsangkan oleh wabak zombi yang menular akibat beberapa orang pelajar yang disyaki mengambil bahan terlarang. Hal ini juga telah mengakibatkan ramai pelajar yang telah bertindak agresif kepada yang lain dan menyerang tanpa -",
Semua yang ada disitu hanya menumpukan perhatian kepada pembaca berita. Namun pembaca berita itu tidak dapat meneruskan membaca beritanya apabila dia terus diserang oleh makhluk zombi tanpa belas kasihan.
Terhinjut bahu masing-masing apabila melihat seekor zombi yang sudah menerkam pembaca berita itu. Berdegup kencang jantung mereka dibuatnya. Kot iya pun nak gigit, bagilah salam dulu. Ini tidak. Main terkam sahaja. Terkejut tahu!
"Virus ni sudah mula menular ke seluruh Wilayah Persekutuan, maknanya tak ada tempat yang selamat melainkan ada pihak berkuasa yang turun padang", kata Alisha mendatar.
Yang lain hanya mengangguk setuju kecuali Taufiq yang masih sibuk bermain game online di telefonnya. Selamba sahaja dia letak kaki di atas meja. Alif hanya menjeling sahaja jantan tu. Di dalam hatinya, mahu sahaja dia lempar lelaki itu ke gerombolan zombi yang sedang mengganas sekarang ni.
"Kita kena buat apa sekarang ni?", Tanya Afif gusar. Matanya memandang satu persatu wajah dan riak muka semua yang ada disitu. Sejujurnya, dia tampak takut dan resah.
"Kita tak perlu bertindak apa-apa. Dekat luar sana tu terlalu bahaya. Hanya tunggu pihak berkuasa selamatkan kita", cadang Ammar yang dari tadi hanya berdiam diri.
"Sampai bila? Kalau diorang tak tahu yang kita masih hidup dekat sini? Apa kita nak buat? Takkan masih nak tunggu diorang lagi?", Afif mula bertanya. Dia juga takut dengan keadaan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh pihak berkuasa.
"Tengok keadaan. Mustahil diaorang tak akan cuba untuk cari tahu tentang pelajar-pelajar yang masih selamat", ujarku menenangkan keadaan.
"Semestinya diaorang akan datang selamatkan kita. Almaklumlah, abang kau kan polis. Mesti dia tengah risau fasal adik dia sekarang ni", celah Erissa lalu menyiku lengan aku.
Ada-ada saja dia ni. Lempang karang.
"Abang kau polis? Kenapa aku tak tahu pun sebelum ni?", Tanya Alisha. Kening kanannya dijongket memandang aku.
"Tak penting pun semua tu. Dah lah, baik kita fikirkan tentang apa yang akan kita buat lepas ni", ujar aku mendatar. Sengaja aku tidak ingin mereka tahu lebih lanjut mengenai apa yang diaorang belum tahu secara terperinci.
"Weh, Alip. Bagi air sikit. Aku dahaga ni", Taufiq mula bersuara selepas dia tamat bermain permainan video di dalam telefon bimbitnya. Pandangannya juga dialihkan ke arah Alif yang sedang menikam tajam anak matanya.
Selamba dia minta air dekat aku. Ingat aku ni siapa? Kuli dia?
"Ouh, dahaga eh. Boleh-boleh..",
"Boleh apa?",
"Boleh blah",
PUSAT pemindahan sementara itu riuh dengan suara-suara manusia yang masih terselamat dari dijangkiti virus zombi. Namun, ada juga yang masih belum berpuas hati dengan keadaan yang sedang berlaku. Katanya semua salah pihak sekolah kerana biarkan pelajar mengambil bahan larangan. Serta, ada juga rakyat yang sedang berlawan mulut dengan pihak berkuasa di atas tuduhan yang tidak kukuh mengenai penyakit yang semakin mengganas.
YOU ARE READING
School Disaster | Zombie
ActionDunia dikejutkan dengan satu wabak penyakit zombi yang semakin lama semakin mengganas menyerang setiap negeri. Sehinggalah tiba di sebuah sekolah menengah yang pada awalnya dikatakan penyakit histeria dimana penyakit tersebut tidak dapat dirawat dal...