Hyunjin menggalas begnya yang berwarna kelabu. Tangan erat melekapkan telefon di telinganya. Nampak gayanya, dia sedang menghubungi seseorang.
Hyunjin kini sedang berada di sebuah stesen kereta api. Sedang menunggu kehadiran kereta api untuk dia pergi ke suatu destinasi yang ingin dituju.
Sebenarnya, hari ini dia akan berlepas pulang ke tanah airnya, Korea Selatan. Setelah hampir 7 bulan dia berada di Malaysia atas faktor kerja, akhirnya dia boleh pulang.
Tidak sabar rasanya ingin menemui buah hati yang sudah lama ditinggalkan. Senyuman di bibir Hyunjin tidak langsung pudar saat otaknya memikirkan tentang kekasihnya, Ha Iseul.
"Jinnie, bila awak nak balik sini? Saya rindulah." kata Iseul yang berada di dalam talian.
"Nanti bila saya dah habis kerja, saya baliklah." tipu Hyunjin padahal dia memang akan pulang hari ini. Mungkin dia mahu buat kejutan untuk Iseul yang tidak jemu menunggunya.
Seketika kemudian, tibalah kereta api di stesen tersebut. Hyunjin melangkah masuk apabila pintu dibuka. Mata Hyunjin mencari tempat duduk yang kosong. Setelah jumpa, dia duduk.
"Iseul, kan saya dah janji yang saya akan balik jugak. Awak tunggu je saya, okay?" Hyunjin cuba memujuk Iseul. Walaupun tak tengok muka Iseul, Hyunjin tahu yang kekasihnya itu sedang merajuk.
"Awak janji tau yang awak akan balik?" tanya Iseul.
Hyunjin mengangguk perlahan. "Ya, saya janji."
"Saya sayang awak tau, Jinnie?"
"Saya lagi sayang awak."
Setelah puas berbual, Hyunjin mematikan panggilan. Telefonnya disimpan ke dalam poket tapi lain pula yang dia jumpa dalam poket seluarnya. Hyunjin menyeluk lalu mengambil objek kecil tersebut.
Rupanya rantai. Hyunjin tersenyum sambil membelek rantai tersebut. Niatnya, dia ingin hadiahkan rantai itu kepada Iseul.
Sedang Hyunjin sibuk membelek rantai itu, ada penumpang lain yang duduk di sebelahnya. Hyunjin hanya melemparkan senyuman kepadanya.
🚃
YOU ARE READING
✅ End Of Our Story • HHJ
Fanfiction💔 SAD ENDING! 💔 Ha Iseul berasa sangat bahagia setelah teman lelakinya, Hwang Hyunjin pulang ke negeri asal. Setelah beberapa bulan lamanya Hyunjin bekerja di Malaysia, akhirnya rindu Iseul pada teman lelakinya terubat. Bermacam janji ditabur ole...