💔 SAD ENDING! 💔
Ha Iseul berasa sangat bahagia setelah teman lelakinya, Hwang Hyunjin pulang ke negeri asal. Setelah beberapa bulan lamanya Hyunjin bekerja di Malaysia, akhirnya rindu Iseul pada teman lelakinya terubat.
Bermacam janji ditabur ole...
Belakang tapak tangan Iseul diciumnya bertalu-talu. Iseul tidak mampu untuk menarik tangannya dek kerana pegangan Hyunjin yang terlampau kuat, seakan tak mahu dilepaskan.
Iseul tertawa dengan kelakuan Hyunjin. Sudah lama dia tidak mendapat belaian kasih daripada teman lelakinya. Iseul rindu.
"Dah la tu, Jinnie. Merah dah hidung awak tu!" kata Iseul. Hyunjin akhirnya berhenti daripada tindakannya. Dia melemparkan senyuman pada Iseul.
"Dah 6 bulan saya tak pegang tangan comel ni." Hyunjin meletakkan tangan Iseul di pipinya. Iseul memuncungkan mulut.
"Siapa suruh awak tinggalkan saya?" Iseul menoleh ke arah tempat lain. Dia merajuk.
Hyunjin mencubit pipinya Iseul. "Alooo janganlah merajuk. Ok ok apa kata petang ni kita pergi tengok wayang? Nak tak? Saya belanja!" Hyunjin cuba memujuk pujaan hatinya itu.
🚃
"Jinnie, jom! Hall dah bukak!" kata Iseul lalu menarik lengan teman lelakinya itu. Mereka berdua beratur untuk pengesahan tiket.
Setelah tiba giliran mereka, pekerja yang bertugas di situ menghulurkan tangan. Iseul memberikan tiket kepada pekerja tersebut.
Tapi, pekerja itu memandang Iseul dan tiket itu berulang kali. Entah kenapa, wajahnya kelihatan hairan.
"Tempat duduk D5 dan D6...."
"Hall 5." kata pekerja itu lalu memberi ruang kepada Iseul dan Hyunjin untuk masuk.
Sebelum itu, sempat pekerja itu menyerahkan semula tiket kepada Iseul. Tangannya sedikit menggigil. Iseul hanya membiarkan saja.
Apabila tayangan itu sudah habis ditonton, Iseul dan Hyunjin berjalan keluar dari bilik tersebut. Tetapi, perjalanan mereka ditahan oleh seorang perempuan.
Iseul meneliti wajah perempuan itu. Penampilan perempuan itu, dia berambut pendek paras bahu dan berpakaian kasual. Tangan kanannya memegang kepingan kertas, nampak gayanya seperti surat khabar.
Iseul memandang lama wajah perempuan itu. Sama seperti dalam mimpinya tempoh hari. Dialah gerangan yang membawa Hyunjin jauh daripadanya.
"Awak siapa?" Iseul cuba menegur perempuan itu. Dia tidak membalas apa-apa.
Hyunjin pula terus merentap tangan Iseul dan berjalan pergi meninggalkan perempuan tadi. Iseul hairan, mengapa Hyunjin bertindak sedemikian?
Apakah hubungan perempuan tadi dengan Hyunjin? Kenapa Hyunjin sangat panik saat melihat perempuan itu?
🚃
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.