Jam menunjukkan pukul 10 malam. Tapi, kawasan taman masih lagi diterangi lampu dan dikerumun orang ramai. Katanya, ada pesta di situ. Ada jualan pelbagai barangan.
Iseul memeluk tubuhnya, sejuk. Tindakan Iseul itu disedari oleh Hyunjin. Hyunjin membuka jaketnya lalu meletakkannya di atas bahu Iseul. Iseul menoleh ke arah Hyunjin lalu tersenyum lebar.
Hyunjin memeluk bahu Iseul lalu mereka berdua berjalan sepanjang gerai jualan di situ.
"Seul, saya janji saya takkan tinggalkan awak, tau?" ucap Hyunjin tiba-tiba.
"Kenapa awak cakap macam tu? Saya tahu yang awak takkan tinggalkan saya." balas Iseul.
Hyunjin memandang Iseul lalu tersenyum hambar. "Saya takut awak ragu-ragu dengan cinta saya pada awak." kata Hyunjin lagi.
Iseul memegang tangan Hyunjin, erat. "Saya takkan. Selagi masih awak jujur pada saya."
Seusai saja kata-kata itu keluar daripada mulut Iseul, air muka Hyunjin berubah. Seolah-olah dia ada melakukan sesuatu yang salah tanpa pengetahuan Iseul.
Mereka berdua berjalan sehinggalah terjumpa sebuah photobooth. Ada seorang lelaki yang menjaga photobooth tersebut.
"Haaa cik adik! Mari mari. Masuk 5000 KRW saja! Gambar dijamin cantik." kata pakcik itu.
Iseul memusingkan tubuhnya menghadap Hyunjin. "Jinnie, jom masuk!"
Setelah selesai mengambil gambar, gambar Iseul dan Hyunjin tadi diproses sebentar. Pakcik tadi mengambil gambar itu lalu dihulurkan kepada Iseul.
"Eee comelnya kita!" Iseul tersenyum lebar.
Tiba-tiba, ada satu suara memanggil Hyunjin. "Hyunjin...."
Iseul dan Hyunjin menoleh ke arah suara itu. Perempuan itu! Perempuan yang mengacau hidup mereka berdua.
Hati Iseul mula membara. Selama ini sudahlah dia berfikir yang bukan-bukan. Tiba-tiba muncul pula perempuan ini.
"Hwang Hyunjin, terus terang je la dengan saya. Siapa dia ni? Kenapa dia asyik ikut kita?!" tengking Iseul. Pakcik tadi melarikan diri. Takut mungkin.
"Ha Iseul, dia ni bukan siapa-siapalah! Saya tak kenal dia!" balas Hyunjin.
"Dah tu kenapa dia asyik ikut kita?! Ini buah hati awak jugak ke?! Yang awak sorok selama ni kan?!" tengking Iseul lagi. Air matanya hampir tumpah.
"Bukan! Iseul! Saya tak pernah duakan awak!" jawab Hyunjin.
"Habis, siapa dia ni?!"
"Saya tak tahu!"
Iseul terus berlari laju meninggalkan Hyunjin. Hyunjin tidak mengejar, dia memanggil Iseul tetapi sedikit pun Iseul tidak menoleh. Hyunjin mengeluh.
Apa yang dia sudah buat?
🚃
YOU ARE READING
✅ End Of Our Story • HHJ
Fanfiction💔 SAD ENDING! 💔 Ha Iseul berasa sangat bahagia setelah teman lelakinya, Hwang Hyunjin pulang ke negeri asal. Setelah beberapa bulan lamanya Hyunjin bekerja di Malaysia, akhirnya rindu Iseul pada teman lelakinya terubat. Bermacam janji ditabur ole...