1 ♡

51 14 21
                                    

Ha Iseul perlahan-lahan membuka matanya. Tangannya naik menggosok mata apabila ada cahaya matahari masuk ke ruang tidurnya dari celahan langsir. Sebaik saja pandangannya menjadi jelas, Iseul menoleh ke kirinya. Dia mencapai bingkai gambar yang terletak elok di meja sebelah katilnya. 

"Selamat pagi, Jinnie!" ucapnya riang sambil mengukirkan senyuman. Jarinya mengusap gambar teman lelakinya, Hyunjin.

Seketika kemudian, wajahnya bertukar muram. Iseul tersenyum hambar. "Hyunjin, bila awak nak balik? Saya rindu awak." katanya dalam nada sedih. 

Hwang Hyunjin, teman lelaki merangkap bakal suami kepada Ha Iseul, tidak lama lagi. Dia kini sedang bekerja di luar negara sejak 6 bulan yang lepas. Sepanjang Hyunjin berada di Malaysia, mereka berdua langsung tidak bersua muka. Hanya berbual melalui telefon sahaja. Itu pun jarang sebab Hyunjin sangat sibuk di sana. 

Iseul meletakkan semula bingkai gambar tersebut. Hampir setiap hari dia akan mengucapkan ucapan selamat pagi kepada Hyunjin setiap kali dia bangun. Sudah menjadi rutin harian. Risau, lama-lama nanti takut jadi gila. 

Fikiran Iseul teringat saat kali terakhir dia berjumpa Hyunjin, di lapangan terbang. Sebelum Hyunjin berlepas pergi dari Korea. 

Hyunjin bangun dari tempat duduk. Kemudian, diikuti oleh Iseul. Iseul daripada tadi menggenggam tangan Hyunjin. Dalam kata lain, dia tak mahu berpisah dengan Hyunjin. Kenapa perlu bekerja sampai ke luar negara? Bekerja sajalah di kawasan negara sendiri. 

"Awak, awak jangan pergi, boleh?" pinta Iseul, walaupun dia tahu yang Hyunjin takkan setuju. 

Hyunjin memegang kedua-dua belah pipi Iseul. Dia tersenyum kecil. "6 bulan tu tak lamalah sayang. Nanti lepas saya balik, kita kahwin, ok?" Hyunjin cuba memujuk kekasihnya itu. 

Iseul hanya mengangguk kecil. "Awak kat sini, jaga diri ok? Kalau awak rindu, awak chat saya. Ada masa nanti saya reply." kata Hyunjin. 

Iseul mengerutkan dahinya, marah. "Awak kerja kat tepi highway ke sampai tak ada masa nak chat saya?!" Kelakuan Iseul itu membuatkan Hyunjin tergelak besar. "Ok ok nanti awak call la." balas lelaki itu. 

"Awak tu pun jaga diri. Jangan nakal-nakal." 

Hyunjin tersenyum. "Tak. Tak nakal."

🚃

HAIIII! LAMA TAK TYPE CERITA KAT SINI ok ah bye

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAIIII! LAMA TAK TYPE CERITA KAT SINI ok ah bye

✅ End Of Our Story • HHJWhere stories live. Discover now