05

48 6 3
                                    

Raewon meregangangkan ototnya. Hari ini dia mahu berjogging sambil melihat kawasan perumahan elit ini. Yoongi dan Yoonwon masih elok buat tahi mata. Dia tidak mahu kejutkan. Lena sangat dua beranak tu tidur.

Wajah Raewon terasa panas tatkala teringat semula permandangan Yoongi dan Yoonwon masih tidur tadi. Permandangan yang ingin dia tengok setiap kali dia membuka mata jika dia berkahwin nanti. Tak sangka pula suaminya Min Yoongi.

“Dia berubah.” Yoongi yang sekarang ni jauh berubah berbanding Yoongi yang dulu. Lelaki itu melayannya sangat lembut. Tapi dia tidak mahu jatuh hati terlebih dahulu. Entah-entah esok dia bangun dah jadi Raewon yang masih sekolah.

“Raewon-ah!” Raewon memandang ke belakang. Dia tersenyum melihat Jungkook yang sedang berlari mendekatinya. “Yoongi hyung mana?” Raewon mengerutkan dahinya. Jumpa-jumpa je tanya Yoongi.

“Masih tidur.” Jungkook ketawa kecil melihat wajah cemberut Raewon. “Layan hyung baik-baik. Korang berdua tu bukan budak sekolah yang asyik berkejaran dalam sekolah. Korang dah kawin dah pun. Tak sangka pula anjing dengan kucing ni boleh kawin.” Jungkook mencuit hujung hidung Raewon membuatkan wanita itu terkaku.

“Semua ni terlalu tiba-tiba kook. Saya sendiri susah nak hadam.” Raewon menghela nafas. Pening selalu menyerangnya apabila dia cuba mengingat semula apa yang menyebabkan dia terperangkap di dalam masa depan ini.

“Jangan paksa diri. Tak baik untuk baby. Lama-lama nanti awak ingat lah.” Raewon hanya menganggukkan kepalanya. Walau bagaimanapun dia kena cari punca semua ini terjadi. Tidak mahu dia hidup dalam keadaan yang penuh dengan tanda tanya ini.

“Jom jogging sama-sama.” Jungkook terus berlari kecil meninggalkan Raewon. Diam-diam dia tersenyum hambar. Kalau dia tidak memikirkan Yoongi, memang dia dah ambil Raewon dengan memanfaatkan keadaan Raewon sekarang. Tapi dia masih waras lagi. Yoongi sangat baik untuk dia khianati.

Seakan teringat sesuatu, Jungkook terus berhenti. “Won-ah! Jangan lari! Bahaya!” kalau Raewon jatuh nanti naya. Habis dia kena cakar dengan Yoongi.

“Apa yang bahaya?” Raewon membulatkan matanya. Manalah tahu ada bom ke?

“Lupa ke awak tu mengandung?” Raewon terus diam. Lupa pula dia haih. Susah dia nak duduk diam kalau macam ni. Sudah lah dia cepat bosan kalau tidak melakukan sesuatu.

**
“Daddy, mommy ke mana?” Yoongi mengusap rambut Yoonwon. Dia risau bangun-bangun je Raewon dah hilang. Sudahlah telefon isterinya itu tinggal.

“Terima kasih kook! Bye-bye!” Yoongi terus berlari ke pintu utama. Raewoon sedang melambaikan tangan ke arah Jungkook di pandang geram.

“Oh Yoongi-ah-“ tangan Raewon terus ditarik masuk ke dalam. “Yoongi! Lepaslah! Sikit!” Raewoon cuba melepaskan tangannya dari genggaman Yoongi. Lelaki itu menggenggam tangannya terlalu kuat.

“Won, masuk bilik. Jangan keluar sampai Daddy suruh keluar.” Yoonwon terus berlari masuk ke bilik. Dia takut jika daddynya marah. “Yoongi!” Yoongi terus menolak Raewon ke atas katil. Membulat mata Raewon apabila di tolak sedemikian rupa.

“Kau pergi mana?” Raewon terdiam. Tiada lagi ‘saya-awak’ dari Yoongi. Lelaki itu mahu bercerai kah?

“Min Raewon. Kau pergi mana tadi?” Yoongi mendekati Raewon lalu menindih tubuh Raewon sambil menahan kedua tangan Raewon di atas kepalanya.

“Yoongi le-“

Belum sempat Raewon menghabiskan ayatnya, Yoongi terus mencium bibirnya kasar. Dia cuba melepaskan diri, namun genggaman Yoongi ditanganya sangat kuat. Membuatkan air matanya mengalir. Dia tidak pernah melihat Yoongi marah walaupun lelaki itu tidak pernah memukulnya.

Takut. Itu yang dia rasakan.

Yoongi melepaskan tautan bibir mereka. Namun dia terdiam melihat air mata Raewon. “Sayang, maaf.” Raewon memandang ke arah lain. “Lepas Min Yoongi.” Yoongi hanya diam membuatkan Raewon marah.

“AKU CAKAP LEPASKAN TANGAN AKU!” Yoongi menahan tangisannya. Raewon tidak pernah melayan dia begini sejak mereka kawin. Dia kecewa.

“Saya risau. Awak keluar tak bagitahu saya. Saya betul-betul risau kalau jadi apa-apa pada awak dan baby. Tolong lah faham.” Yoongi menatap mata Raewon yang masih merenungnya dengan tajam.

Raewon terdiam. Salah dia kah? Dia faham Yoongi risau. Tapi dia perlukan masa sendiri. “Saya akan bagi awak masa untuk biasakan diri. Saya takkan ganggu awak selagi awak tak ingat tentang kita. Cuma, bila awak nak keluar tu bagitahu saya. Awak boleh tidur sini. Saya akan tidur dengan Yoonwon.” Yoongi bangun setelah mencium dahi Raewon.

Raewon masih kekal mediamkan diri. Kenapa dia rasa bersalah? Kenapa dia tidak ingat tentang apa yang berlaku antara dia dan Yoongi?

Raewon memejamkan matanya. Dia berharap nanti semuanya kembali seperti sedia kala.

(✔) Future | •MYG•Where stories live. Discover now