“Apa tengok-tengok?” Yoongi hanya menggelengkan kepalanya melihat Raewon yang sedang makan roti. Hari ini kuat pula isterinya makan.
“Argh! Yoongi! Tolong ada lipas!” Taehi yang hanya memakai kemeja putih dengan seluar pendek itu berlari memeluk lengan Yoongi.
Raewon mendengus geram. “Bapak ah! Laki aku dia peluk bhaii.” Raewon hanya berpeluk tubuh melihat Taehi yang berlakon takut itu.
“Lepas lah!” Yoongi terus menepis tangan Taehi membuatkan Raewon tersenyum kemenangan. “Mana lipas?” Yoongi mengambil golongan kertas di atas meja ruang tamu.
“Dalam bilik.”Taehi menarik hujung baju Yoongi lalu mengikuti langkah lelaki itu naik ke bilik tetamu yang diduduki Taehi.
Raewon hanya diam. Dia nak tengok sama ada Yoongi jaga jarak atau kalah dalam bisikan syaitan Taehi.
“Tak da lipas pun.” Yoongi meemerhati setiap ruang di dalam bilik tetamu tersebut. Taehi tiba-tiba memeluk Yoongi membuatkan lelaki itu terkejut.
“Lepas lah!” badan Taehi di tolak kuat. “Kalau kau nak tinggal sini, jangan buat benda bodoh. Aku takkan teragak-agak untuk halau kau faham?!” Yoongi merenung tajam ke arah Taehi. Melihat penampilan Taehi, Yoongi terus mengalihkan pandangan.
“Lipas dah mati ke? Kalau belum aku boleh tolong bunuh.” Dengan selamba Raewon menyandar di tepi pintu sambil makan super ring. “Kau pakai apa ni? Nak goda laki aku ke? Ish, elok bogel jelah kau.” Raewon terus pergi setelah mencemuh Taehi.
Mana tidak nya, baju kemeja putih yang di pakai Taehi tidak dibutang dengan elok, air dari rambut dia terkena baju kemejanya membuatkan baju dalamnya kelihatan sedikit.
Baru sahaja Yoongi mahu keluar dari bilik tetamu, tangannya terus ditarik oleh Taehi membuatkan lelaki itu mendengus geram. Dia cuba menahan sesuatu sebenarnya.
“Yoongi, saya takut.” Taehi terus memeluk lengan Yoongi. Dia tersenyum kecil melihat Yoongi menelan liur dari tadi. “Yoongi oi! Aku Dah tunggu kau dari tadi atas katil ni! Tak nak menjamu selera ke?!” Yoongi terus menolak badan Taehi dan berlari masuk ke bilik tidurnya dan Raewon.
Tidak lama kemudian terus kedengaran bunyi-bunyi yang tidak sepatutnya. “ISH BENCI!” Taehi terus menutup pintu bilik tetamu.
**
“Good mo-“ Taehi menghentikan langkahnya tatkala matanya melihat pasangan suami isteri itu sedang beramah mesra di atas meja dapur.
“Oh, Yoongi ada kehadiran mahkluk yang tidak diingini.” Bahu Yoongi di tepuk lembut membuatkan lelaki itu menghentikan aktiviti liarnya.
Raewon menarik semula bajunya yang sudah terjatuh dari bahunya. “Sayang, kita sambung dalam bilik?” baru sahaja Yoongi mahu mengangkat tubuh Raewon, bahunya di pukul manja.
“Ish, awak tak nak breakfast ke? Baby dah lapar hmm.” Raewon tersenyum puas melihat wajah Taehi yang sudah menyampah dengan aksi kedua suami isteri itu.
“Ok. After this, kita sambung lagi ok?” Yoongu memandang Raewon dengan penuh harapan. Bayangkan sudah setengah jalan melakukan kegiatan halal itu, tup! Berhenti sacara mengejut. Terseksa abe Yoongi menahan.
“Ok Sayang!” Pipi Yoongi di cium.
“Saya keluar dulu.” Taehi terus pergi keluar tanpa memandang ke belakang lagi. Tidak mahu dia berlama di situ. Semakin panas hatinya.
“Eh perempuan! Kau tak breakfast dulu ke? Tak nak rasa abe Yoongi masak?” Raewon tersenyum sinis. Taehi menoleh ke belakang sambil tersenyum palsu.
“Aku dah rasa semua yang Yoongi buat. Termasuk yang itu.” Taehi mengenyit mata memandang Yoongi membuatkan Raewon menjeling suaminya.
“Apa maksud dia? Dah rasa semua? Wahhhh aku bukan yang pertama ya?” kepala Yoongi terus di pukul. Raewon terus meninggalkan dapur.
“Sayang! Saya boleh jelaskan!” habislah Yoongi, kalau Raewon marah fuhhhh seminggu tak di bagi reward ohh.****
Abaikan typo yeorobun~
🤧
YOU ARE READING
(✔) Future | •MYG•
FanfictionApa perasaan kau bila buka mata je, terus nampak muka musuh kau sedang tidur nyenyak sebelah kau. Tak cukup dengan itu, korang dah ada anak umur lima tahun. ***** Salam satu Malaysia, di dalam ff ni kemungkinan bahasa agak kasar sekasar kulit wajah...