"Oppa!" Yoongi yang sedang menemani Yoonwon menonton kartun terus bangun tatkala mendegar Raewon memanggilnya.
"Ya sayang, ada apa?" Pintu bilik dikuak dan wajah kemerahan milik Raewon terus kelihatan. "Nak peluk!" Kedua tangan diangkat ke atas.
"Macam mana sayang boleh duduk kat lantai ni?" Semakin hari perangai Raewon semakin pelik. Kadang-kadang Raewon boleh ada kat taman bunga belakang rumah, kat luar tempat parking kereta sambil bergaduh dengan anjing jiran dan macam lagilah perangai dia yang Yoongi kena hadap.
"Tadi saya terpijak semut... semut mati huaaaaaa!!" Yoongi terus memeluk isterinya sambil menepuk lembut belakang Raewon. "Semut tu semut yang hari tu kan?"
Yoongi hanya menganggukkan kepalanya mengiyakan. Kalau dia geleng kepala, silap-silap dia tidur luar malam ni.
"Hari tu saya tak nak bunuh, sebab nak jadikan kawan. Ni kena pijak pulak. Awak rasa saya tikam belakang kawan ke?" Hampir saja Yoongi tergelak. Tapi dia kena tahan. Huh!
"Tak sayang, dah memang ajal dia kan. Jom teman Yoonwon kat bawah. Kesian anak kita tu." Yoongi menarik tangan Raewon. Namun wanita itu mengeraskan badannya.
"Kenapa?" Yoongi memusingkan badannya menghadap isterinya. "Angkat." Raewon mengangkat kedua tangannya seperti kanak-kanak yang mahu di dukung.
Tanpa banyak cakap, Yoongi terus mengangkat tubuh Raewon. Heh, ringan je. Yoongi kan kuat!
***
"Daddy Yoonwon yang punya!" Yoonwon terus menarik tangan Yoongi namun Raewon tidak mahu mengalah. Tangan Yoongi tarik kuat membuatkan Yoongi pasrah dengan nasibnya."Mommy punya lah! Mommy kenal daddy lagi lama dari Won tau!" Lengan Yoongi di peluk kuat. "Sayang sudah lah tu. Nanti Yoonwon menangis."
Entah bagaimana aksi tarik menarik itu boleh berlaku.
"Awak bela dia ke?" Raewon mendongakkan kepalanya sambil merenung Yoongi. "Tidak sayang, awak berdua oppa punya! Mari kita bersama-sama bermaaf-maafan!" Yoonwon dan Raewon ditarik ke dalam pelukan.
"Mommy, Won minta maaf. Ambilah daddy ni." Tiba-tiba Raewon terharu dengan sikap anaknya. "Takpa, mommy okay je kalau Won ambil daddy." Kali ini Raewon menolak Yoongi dengan lembut.
"Takpa mommy. Mommy boleh ambil daddy." Yoongi menghela nafas pasrah. Dari tadi badannya ditolak dengan lembut.
"Kalau macam tu, Won dengan mommy jelah." Raewon terus menarik tangan kecil Yoonwon. "Daddy?" Yoongi hanya diam memandang isteri dan anaknya.
"Daddy tu dah besar dia boleh jaga diri. Jom, mommy tempat Won main." Kini Yoongi selamat ditinggalkan seorang diri di ruang tamu.
***
"Oppa! Tengok ni!" Bonjolan kecil di perutnya disentuh lembut. Yoongi tersenyum lalu merehatkan kepalanya di paha Raewon sambil menghadap ke perut isterinya."Hi baby, jangan terlalu kuat tendang perut mommy tau, dia tak tahan sakit." Yoongi terus mencium baby bump Raewon membuatkan wanita itu tersenyum. Pipinya terasa panas. Tidak menyangka yang dia akan mengalami hal ini dengan Yoongi.
Rambut Yoongi yang semakin panjang dielus lembut. "Oppa pakai shampoo saya eh?" Yoongi menganggukkan kepalanya sambil itu tangannya menarik tangan Raewon dari rambutnya lalu mencium tangan isterinya itu.
"Kenapa rambut oppa lagi lembut dan wangi dari saya? Shampoo tu pilih kasih lah." Raewon mencebikkan bibirnya.
"Mana ada. Rambut sayang lembut je." Tangannya diangkat untuk menyelitkan rambut Raewon kebelakang telinga.
Raewon hanya diam sambil menatap mata Yoongi. Mereka bertatapan dalam masa yang lama. Masing-masing tidak mahu mengalah.
Sehingga akhirnya Raewon bersuara. "Kenapa saya tak ingat semua yang berlaku antara kita?" Yoongi mengemam bibirnya. Dia tak tahu bagaimana dia mahu menceritakan semua yang berlaku antara dia dan Raewon.
"Esok kita jumpa mama dan papa nak?" Raewon terus menganggukkan kepalanya sambil tersenyum suka. "Esok pagi tau! Saya rindu mama." Raewon terus menolak kepala Yoongi dari pahanya lalu baring sambil memejamkan matanya.
"Amboi? Ditolaknya kepala saya ya? Hey, kenapa tidur awal?" Yoongi mengecilkan matanya sambil memerhati Raewon yang sudah memejamkan mata sambil tersenyum.
"Awal tidur?" Raewon membuka semula matanya. "Mestilah. Tak sabar nak jumpa mama dan papa. Kalau tidur, tak rasa lama." Yoongi tersenyum.
Dengan cepat dia mencium seluruh wajah Raewon sehingga membuatkan wanita itu ketawa kegelian. "Sudahhh! Gelii oppa!" Yoongi terus mengigit pipi kanan Raewon.
"Geram betul tengok isteri oppa yang comel ni." Yoongi dan Raewon saling bertatapan sebulum keduanya menyatukan bibir mereka.
"Sayang, terima kasih tau." Raewon mengerutkan dahinya. "Terima kasih sebab lamar saya dulu." Yoongi ketawa kecil. Kadang-kadang dia malu sebab bukan dia yang ajak Raewon kahwin. Wanita itu yang berani melamarmya.
Raewon hanya tersenyum kecil lalu memeluk Yoongi sambil menutup matanya. Dia tidak tahu apa yang terjadi. Biarlah semuanya berlalu.
***
Dah nak habis ff nii. Ada sepatah dua kata?
YOU ARE READING
(✔) Future | •MYG•
FanfictionApa perasaan kau bila buka mata je, terus nampak muka musuh kau sedang tidur nyenyak sebelah kau. Tak cukup dengan itu, korang dah ada anak umur lima tahun. ***** Salam satu Malaysia, di dalam ff ni kemungkinan bahasa agak kasar sekasar kulit wajah...