“Sayang.”
“Ya?” Raewon menoleh ke arah Yoongi yang sedang mendekatinya. Namun Raewon memusingkan semula badanya. “Eh? Asal aku jawab panggilan dia? Dia panggil aku sayang kot?” Raewon mengerutkan dahinya. Panggilan sayang dari mulut Yoongi itu kedengaran sudah biasa.
Dia sedar kalau setiap kali Yoongi panggil sayang dia akan jawab.“Kenapa ni?” Yoongi terus memeluk Raewon dari belakang. “Eh, tak da apa-apa. Kenapa panggil?” pelukan Yoongi juga tidak asing baginya.
Wah satu kemajuan.
“Nak minta tolong.” Raewon menoleh memandang Yoongi yang merehatkan dagu di bahu Raewon. “Apa?” semakin hari semakin mengada Yoongi.
Nasib baik suami kalau tidak, dah kena flying kick agaknya.
“Tolong cium saya.” Raewon mengerutkan dahi. Dah kenapa orang tua ni? “Ish! Tak nak aku. Pergilah! Aku nak minum susu ni.” Gelas berisi susu ibu mengandung di ambil.
Entah kenapa dia suka dengan susu itu. Kalau boleh setiap masa dia minum susu.
Baru sahaja Yoongi mahu mencium pipi Raewon, telefonnya menerima panggilan.
“Hello?” Raewon hanya memasang telinga manakala Yoongi masih lagi memeluknya dari belakang. Bahkan tangan lelaki mengusap perutnya lembut.
Raewon memejamkan matanya. Selesa itu yang dia rasakan. Kadang-kadang Yoongi berhenti mengusap perutnya membuatkan Raewon menepuk tangan Yoongi meminta lelaki itu mengusap perutnya lagi.
“Nanti aku ambil kau.” Yoongi menutup panggilanya. Namun dia agak terkejut melihat Raewon merehatkan kepalanya dibahunya.
Yoongi tersenyum kecil melihat Raewon tersenyum apabila Yoongi mengusap lembut perutnya. “Suka?” Raewon membuka matanya. Seakan sedar, dia terus menjauhi Yoongi.
“Bisikan syaitan.” Raewon terus pergi meninggalkan Yoongi yang terpinga-pinga melihatnya.
**
“Sayang!” Raewon terus keluar dari dapur tatkala telinganya mendengar suara Yoongi. Senyuman yang tadinya mekar kini perlahan-lahan hilang.
“Hai.” Taehi tersenyum sambil melambaikan tangan. Raewon mengecilkan matanya. Dah kenapa minah ni kat sini?
Yoongi terus menarik tangan Raewon masuk ke dalam dapur. “Sayang, dia akan tinggal sini selama seminggu.” Raewon membulatkan matanya. Kepala otak dia. Tak da hotel ke nak pergi?
“Tak nak. Hotel tak da ke tempat dia tinggal?” Raeeon cuba memujuk Yoongi. Dia tidak mahu berjumpa dengan perempuan itu. “Tak lama je sayang. Dia takut tinggal kat hotel sendirian. Awak perempuan, tentu awak faham-“
“Tak faham! Aku tak nak tahu, aku tak benarkan dia tinggal sini!” Raewon memusingkan badannya sambil berpeluk tubuh. Taehi mencebik sinis mendengar percakapan suami isteri itu.
“Sayang tolong lah faham.” Yoongi memegang kedua tangan Raewon. Dia juga risau dengan keselamatan Taehi. Tambah lagi wanita itu baru menjejakkan kaki ke Seoul.
“Dia tu bekas kau kan? Apa reaksi kau kalau aku bawa Jungkook tinggal sini?” Raewon menjongketkan keningnya. Yoongi mengetap rahangnya tatkala nama Jungkook keluar dari bibir isterinya.
“Hey, kenapa bawa nama Jungkook. Ni rumah saya.” Raewon menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sinis. “Rumah kau. Hahah aku lupa. Biar aku pergi kalau macam tu.”tangan Yoongi ditepis kasar.
“Sayang, jangan macam ni.” Raewon menyengetkan kepalanya. “Ni rumah kau. Suka hati kau lah. Aku nak keluar. Jangan tahan aku.” Yoongi menggeggam erat tangan Raewon.
“Sayang...” Raewon menghela nafas malas. Tangan Yoongi ditepis sekali lagi. Laju kakinya melangkah ke ruang tamu dimana Taehi masih berdiri di depan pintu.
“Oi perempuan! Kau miskin sangat ke sampai nak merempat kat sini? Alasan takut tinggal sendiri? Eh mangkuk! Apa function sekuriti? Kau nak hotel murah? Aku boleh carikan! Jangan nak menyemak kat dalam rumah ni! Aku dan Yoongi perlukan privasi!” Yoongi hanya diam mendengar Raewon memarahi Taehi.
Dia tiada niat nak tahan Raewon pun. “Tak pa. Saya takkan ganggu awak berdua.” Taehi tersenyum kekok. Sesekali matanya melirik ke arah Yoongi, minta lelaki itu membelanya. Namun Yoongi hanya mendiamkan diri di belakang Raewon.
“Cis! Yoongi! Malam nanti kita buat kat sofa. Aku nak cuba style baru.” Bukan Raewon tidak tahu yang Taehi tu sengaja nak tinggal sini.Elok lah dia sengaja nak sakitkan hati Taeh.i
Dia tahu perempuan licik macam Taehi tu takkan tinggal diam. Mesti ada sebab dia nak datang dekat dengan Yoongi. Raewon terus pergi naik ke bilik tidur. Tiba-tiba dia rasa ada saingan. Dia kena buat Taehi cemburu!
“Maafkan isteri aku. Dia memang macam tu. Maklumlah ibu mengandung. Kau naik je tangga ni, ada bilik sebelah tandas tu kau masuk je situ. Itulah bilik kau. Lepas seminggu kau boleh blah.” Yoongi terus mengikuti Raewon masuk ke dalam bilik.
“Cis, senang je nak ambil hati kau semula Min Yoongi, kau tunggu aku beraksi je. Rumah tangga kau ni akan hancur dalam sekelip mata.”
YOU ARE READING
(✔) Future | •MYG•
FanfictionApa perasaan kau bila buka mata je, terus nampak muka musuh kau sedang tidur nyenyak sebelah kau. Tak cukup dengan itu, korang dah ada anak umur lima tahun. ***** Salam satu Malaysia, di dalam ff ni kemungkinan bahasa agak kasar sekasar kulit wajah...