Raewon terus bangun dan berlari ke tandas tatkala rasa mualnya kembali menyerang. Yoongi juga terbangun dan terus mendekati isterinya.
Belakang Raewon diurut lembut membantu Raewon memuntahkan isi peurtnya. Setelah selesai mencuci mulutnya, Raewon terus memusingkan badannya dan memeluk Yoongi.
“Sakit.” Hanya itu yang keluar dari bibir Raewon. Yoongi terus mengucup dahi Raewon dan memeluk isterinya. “Maaf.” Raewon mengerutkan darinya. Setahu dia, Yoongi tak buat apa-apa salah. Yang salah tu dia, sebab tertime travel.
Dia juga rasa yang dia terlalu kasar dengan Yoongi. “Kenapa minta maaf?” Yoongi tersenyum hambar sambil menyelitkan rambut Raewon ke belakang telinga.
“Sebab saya yang kawin dengan awak.” Raewon terdiam. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Yoongi fikir dia menyesal ke?Eh? Dulu tumbuk perut Yoongi pun dia ketawa. Tapi kalau waktu macam ni, kenapa dia rasa nak menangis?
“Kau tak salah apa pun. Yang salah aku. Kenapa aku boleh lupa semua benda? Aku jatuh tangga semalam, pagi-pagi buka mata ada kau. Dalam keadaan yang tidak elok lagi tu. Mana tak aku terkejut. Kau tahu tak kita ni tak sebulu?” Yoongi menganggukkan kepalanya.
Dia juga rindu waktu mereka selalu bergaduh dulu. Tak sangka mereka saling mencintai sekarang.
“Kalau betulah aku tak boleh balik ke sepuluh tahun lepas, aku akan cuba terima kau dan apa nama budak tu?” Yoongi ketawa kecil. Anak sendiri pun tiada dalam ingatan. Kejam betul.
“Min Yoonwon sayang.”
“Oh, Yoon apa entah tu. Berapa umur dia? Aku mengandungkan dia ke?” pipi Raewon dicubitnya lembut. Geram dengan kecomelan isterinya. Tambah lagi Raewon seperti tidak mahu melepaskan pinggangnya. Mungkin memori wanita itu hilang, namun tidak dengan kebiasaannya.
“Dia anak kita. Umur dia lima tahun. Baru masuk tadika tahun ni. Awak yang paling gembira bila dia dah tak menangis kena tinggal kat tadika tau.” Spontan Raewon tersenyum. Seakan sedar Raewon terus melepaskan pinggang Yoongi. Lelaki itu nampak seperti kecewa, namun ditutup dengan senyuman.
“Ingat, dalam tu ada baby. Jangan lasak macam awak waktu muda dulu.” Waktu dulu-dulu bukan main gigih lagi Raewon kejar Yoongi. Satu bangunan sekolah tu mereka pusing. Yoongi pun tak mampu nak lawan.
“Wah, semalam umur aku 18 tahun. Sekarang dah 28 ya? Dah boleh minum soju lah maksudnya!” Raewon melompat kecil namun Yoongi dengan pantas memeluk pinggang Raewon membuatkan wanita itu terdiam.
“Tak boleh! Bahaya untuk baby tahu tak!” Raewon mencebikkan bibirnya. “Yelah.” Tangannya terus meleraikan pelukan Yoongi dan bergerak ke katil untuk sambung tidur.
“Mommy, daddy. Ada monster dalam bilik. Won takut.” Yoonwon terus muncul dengan wajah yang sudah lecun dengan air mata. “Come baby. Baring sebelah nunna.” Yoongi mengerutkan dahinya mendengar perkataan Raewon. Dah lupa status ke?
“Nunna, nunna, mommy lah. Lupa lah tu dah ada anak.” Muncung mulut Yoongi melihat Raewon. Raewon hanya tersengih. “Oh dah jadi mak orang hehe.” Yoonwon hanya diam melihat ibu dan ayahnya.
“Won, kiss pipi daddy.” Pinta Yoongi sambil mendekati anaknya. Yoonwon akur dan mencium pipi Yoongi. Namun lupa dengan Raewon.
Entah kenapa dia terasa Yoonwon tidak adil. “M-Mommy punya mana?” Raewon menundukkan wajahnya. Teragak-agak dia memanggil dirinya sebagai ‘mommy’. Tapi dia nak dicium juga!
Yoonwon tersengih lalu mencium pipi Raewon. “Teri-“ belum sempat mengucap terima kasih, Yoongi terus mencium bibir Raewon. Membulat mata Raewon dengan tindakan Yoongi. Manakal lelaki itu tersenyum lembut.Wahh ada budak kecil di sini yaaa
“Nanti katanya tak boleh tidur sebab tak dapat kiss dari suami kesayangan kan?” Yoongi mengusap rambut Raewon dengan penuh kelembutan. “Good night adik Won.” Yoonwon berbisik di perut Raewon.
Merah pipi Raewon melihat gelagat anak dan bapak itu. Ya dia kena ingat, dia dah kawin. Tapi ini mengejut! Baru semalam dia menjadi budak hingusan, hari ni dah jadi isteri dan ibu anak satu. Ha sekejap lagi ada sekor anak lagi.
“Tidurlah.” Sekali lagi Yoongi mengucup dahi Raewon membuatkan jantung Raewon berdebar. Tanpa membuang masa, Raewon terus memejamkan matanya. Nanti entah di mana Yoongi cium dia.
YOU ARE READING
(✔) Future | •MYG•
Fiksi PenggemarApa perasaan kau bila buka mata je, terus nampak muka musuh kau sedang tidur nyenyak sebelah kau. Tak cukup dengan itu, korang dah ada anak umur lima tahun. ***** Salam satu Malaysia, di dalam ff ni kemungkinan bahasa agak kasar sekasar kulit wajah...