2000+pp
"Jadi, camne kau berak? Taik kau macam mana? Transparent jugak ke?" Tanya Nik tak berlapis. Berdas-das soalan dia kasi kat hantu Mikail.
"Budak ni, ada jugak aku rasuk kang." Mikail elak, berselindung belakang Shah.
"Kau rasuk, aku bakar kau." Shah jeling Mikail buat hantu itu tertelan air liur.
"Korang ni peliklah. Mana ada orang pergi interview hantu."
Eh ngaku pulak dia tu hantu.
Shah dan Nik saling berpandangan.
"Ada, kitorang." Nik tersengih.
"Hmmm.." Mikail tak tau nak cakap apa lagi. Dia bergerak menuju almari, duduk dalam tu diam-diam. Penat layan Nik kot.
Nik sengih je, tak nak kacau dah. Hantu pun penat layan dia.
"Jadi, kenapa family kau tetiba datang ni?" Tanya Shah akhirnya. Pelik sebab Nik tiba-tiba datang satu keluarga.
"Aku ada satu cite, family aku kena kacau kat tempat keje."
"Kacau? Setan ke?"
"Bukan, manusia."
"Aku ingat apa." Shah berpeluk tubuh. Mendengar cerita Nik lebih jelas.
Keluarga Nik ni keluarga Dokter. Memang balik malam atau kadang-kadang je. So, Nik akan tinggal sorang.
Keluarga Shah ni keluarga melibatkan math. Papa Azlan arkitek, mamanya pula lecture accounting.
"Manusia bertopengkan setan, Along." Nik tersengih.
"Oh, diorang nak apa?"
"Diorang kata family kita ada hutang. Tokma cakap tak tau. Arwah Atok pun baik orangnya." Jelas Nik.
"Jadi, macam mana boleh ada hutang, mak kita pun yatim piatu." Jelas Shah kepelikan.
"Itu yang jadi tanda runsing aku, papa dan mama aku kata tak selamat duduk rumah. Makanya dibawak aku kesini." Cerita Nik sambil rebah dirinya di atas katil.
"Ni korang nak stay sinilah?" Tanya Shah.
"Kemungkinan besar. Hehehe. Kongsi katil nak?" Nik kenyit mata. Dasar.
"Rumah ni besar, bilik banyak lagi." Shah pergi halau Nik. Tarik Nik keluar dari bilik.
"Weh, kita dah lama tak tidur sekatil." Nik memuncung. Mata dah bulat mintak kesian.
"Blah la." Shah halau Nik keluar bilik. Pintu ditutup rapat-rapat. Shah memang nak bersendirian je sekarang.
"Aku nak pulang..Aku nak pulang..Aku nak pulang..Aku nak pulang.."
Shah menghela nafas payah.
"Kau nak menggumam sampai pukul berapa? Aku nak tidur." Shah menjeling tajam.
"Aku nak pulang, tengok adik-adik aku. Aku risaukan adik-adik aku kat rumah." Cerita Mikail.
"Mak bapak kau mana?" Shah mencapai telefonnya.
YOU ARE READING
SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR SU
HorrorHorror | Funny | Adventure Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. Hanya sahaja, mereka mempunyai wajah yang mirip membuatkan orang lain tersalah pandang. "Dia Shah Fuan Bin Mohd Azlan dan aku Nik Adam B...