Shah dan Nik menarik nafas. Melihat penunggu yang mula terlihat tidak tentu arah. Mata merah garang itu merenung mereka dengan marah.
"Keluar dari tempatku!"
Nik dan Shah berpandangan. Tak faham. Nak guna Google translate tak?
"Hantu arab weh." Nik terpanar.
"Mesti warga asing ni." Shah geleng kepala.
Danial dari jauh tepuk dahi. Sempat lagi buat lawak.
"Korang berdua dah siap ke?" Danial menarik perhatian mereka.
"Saya dah bersedia untuk dirasuk." Nik tersengih. Orang biasa takut dirasuk tapi dia teruja pula. Dia berdiri di tengah ruangan. Danial ambik tempat di pintu masuk. Risau setan tu buat magik lontar angin kan? Selalu macam tu. Mujur dia bekalkan batu berzikirnya buat pagar kedua.
"Dah siap." Shah betulkan nafas. Dia buka kekuda silat.
Nik tarus gigit jarinya, darah keluar batalkan wuduk. Darah dijentik pada penunggu tersebut. Apalagi menggila la setan tersebut. Siapa tak nak darah free?
"Sekarang!" Shah jerit.
"Bismillahirrahmanirrahim.." Rantai terus dicabut, dilempar pada Danial.
Memandangkan Nik mempunyai tenaga rohani yang lemah, terus dirinya dirasuk. Bagai disedut memasuki tubuhnya.
Tubuh Nik terus jatuh ke lantai. Menggigil keras dan tergeliang-geliut bagai cacing kepanasan.
Shah terus berlari menuju ke arah Nik. Baru sahaja hendak mengunci tubuh tersebut, Shah terlempar deras ke dinding.
"Shah!" Danial menjerit risau. Tapi dia tak boleh masuk pagar mereka!
Nik terapung di udara. Kepalanya terteleng ke arah Shah bersama senyuman ngeri. Wajah pucat kebiruan dan pastinya hodoh.
Dah bukan Nik dah.
"Seriesla Nik? Kau baling aku?" Shah tercengang sambil tahan dadanya dek senak kena lempar tadi.
Kene balas dendam ni!
Nik jatuh, kali ini wajahnya betul-betul ngeri. Tersenyum menatap Nik.
"Kenapa kau berpihak pada manusia? Bukankah kita sama?" Ucapnya dalam bahasa arab. Suara dan nadanya jelas nyata seperti perempuan. Merangkak perlahan-lahan ke arah Shah. Ia iblis, bukan mahluk penunggu tersebut.
"Hah? Aku tak faham kau cakap apa iblis.." Shah tersenyum sinis. Terus dia menyerang Nik.
Pergelutan antara mereka berdua sangat sengit, mata Shah menghitam keseluruhan. Beradu kedua-duanya di tengah ruangan yang tadinya tenang bagai dilanda angin kuat entah datang dari mana. Habis barangan berterbangan. Bagai dilanda garuda.
"Nasib buat pagar kedua." Danial menghela nafas lega. Bacaannya diteruskan. Dia memejam matanya membantu Nik di bawah sedar.
"Kau memang mencari mati." Shah tersenyum lebar, pencak silat dibuka layak pesilat handal. Jelas seperti orang lain. Bahkan juga membalas dalam bahasa arab. Segala serangan ditangkis dan dikawal. Kadang mengunci Nik yang dirasuk.
"Allahuakbar!" Shah terus memukul dada Nik, buatkan dia termuntah darah.
Bacaan surah pelindung, surah seribu dinar digunakan. Apalagi, meraung makhluk tersebut.
"ARGHHHHHH!"
Nik terus berlari hendak keluar, sayangnya pagar dicipta tebal dua kali ganda buatkan dia terpelanting kembali jatuh di hadapan Shah.
YOU ARE READING
SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR SU
HororHorror | Funny | Adventure Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. Hanya sahaja, mereka mempunyai wajah yang mirip membuatkan orang lain tersalah pandang. "Dia Shah Fuan Bin Mohd Azlan dan aku Nik Adam B...