Shah berjalan santai, Nik dah menguap. Masing-masing mempunyai kebosanan yang tak terhingga. Danial tiada bersama kerana ingin menjaga kediaman.
Lan dan Ben menyuluh sekitar kawasan yang gelap sambil merakam. Joe dan Dean sibuk menyeru. Menjerit sana sini, padahal setan tu sebelah mereka je. Siap pakej tenung dan cakap 'Kau. Nak. Apa?' Gitu..
"Bang, tak payah jerit macam tu. Sebelah abang tu ada. Cuma abang tak nampak je." Ujar Nik bosan sambil menguap. Sempat dijeling hantu di sebelah Joe. Tenung macam terkejut. Mungkin dalam hati dia tak sangka ada manusia nampak dia.
"Ada ke?" Dean suluh sekeliling Joe.
"Kau tak payah spoiler Nik, bior diorang buat kerja diorang. Jangan rosakkan rakaman orang." Tegur Shah pula. Dia duduk bosan sambil main telefon.
Suasana sunyi itu sudah jelas menakutkan dan menyeramkan. Tapi entah kenapa, mereka terasa bahang sensasi seram itu tidak pula menganggu.
"Entah kenapa, aku tak rasa seram do." Mat akhirnya meluah.
"Ya, dengan keberadaan mereka." Tambah Ben.
Mereka semua memandang Nik dan Shah.
Suasana sunyi. Nik Dan Shah berpandangan.
"Okey, okey. Kitorang duduk tingkat satu. Tempat keras dekat tingkat empat. Situ ada jembalang. Good luck." Sempat Shah bagi semangat. Nik terkekeh ketawa melihat semua telan air liur. Habis ahh..
.
.
.
.
.
.
.
.Nik hempas kad ke lantai. Muka bangga dia pamer setelah mengalahkan Shah.
"Yeay, aku menang!" Nik angkat tangan.
"Kebetulan je tu." Shah tak ambil pusing. Redha je walaupun dikalahkan.
Manelah mereka jumpa kad judi ni, sempat pulak main game.
Nik sengih. Tak ngakula tu. Kepala ditoleh melihat keberadaan makhluk di sebalik dinding. Comel je kepala dia menjengah. Dengan rambut mengerbangnya. Hahaha.
"Makhluk ni memang nak kena." Nik ambik batang kayu. Dekat je.
PAK!
Mencicit setan tu pergi. Membulat mata Shah dengan perilaku Nik. Bosan sangat member tu..
"Kau dah kenapa bro?"
"Menyampah aku. Teringat setan dekat rumah." Nik tersenyum kelat.
"Kau rase hantu dekat rumah kau tu mampu dijinak?" Shah tanya ingin tahu.
"Aku tak pasti weh, tak pernah tegur. Dia liar, dah dirasuk iblis dan suka menyerupai sesiapa. Terutama sekali parents aku. Sebab tu aku kadang silap tegur." Teringat Nik moment dia diperdajalkan iblis tersebut.
"Dia perempuan ke?"
"Yang kau banyak tanya dah kenapa? Takkan tak puas dengan hantu Mikail?" Usik Nik.
"Aku tak gay macam kau. Aku masih straight lagi."
"Gila, dengan hantu kau pun nak main." Nik tergelak.
YOU ARE READING
SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR SU
HorrorHorror | Funny | Adventure Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. Hanya sahaja, mereka mempunyai wajah yang mirip membuatkan orang lain tersalah pandang. "Dia Shah Fuan Bin Mohd Azlan dan aku Nik Adam B...