Persekitaran padang dipandang bosan oleh Nik, tapi Shah pulak selamber je baring tepi rumput sambil menghayati keindahan alamnya. Mujur mereka saat ini berteduh di bawah pokok yang rendang. Disitulah kita tahu mereka nampak sangat ponteng kelas.
"Boring sekolah ni." Ucap Nik tanpa ragu.
"Sebelum-sebelum ni kau cakap benda sama." Kata Shah sambil matanya tertutup rapat.
Nik tersenyum kelat. Tak menyangkal fakta itu.
"Kita ikut arus Nik, apa yang jadi kat kita terima je. Takdir kita dah tertulis." Shah buka mata sambil kerling dia.
Di tengah padang itu, ada satu lecak air besar. Disana mereka terlihat satu lembaga berkepala babi tetapi berbadan manusia itu berjalan-jalan ditengahnya. Bagi Nik dan Shah, mereka memang lansung tiada masalah melihat makhluk tersebut. Sebab? Mereka dah biasa dengan sekeliling mereka.
Angin halus bertiupan di belakang mereka. Seketika, terasa sunyi yang teramat.
Nik telan air liur. Shah kembali lelap mata.
"Mu duo bahayo ke mare, bawo sial ke tempet ako." Pelat bahasa makhluk itu berkata di belakang mereka. Nik tak balas, Shah buat bodo.
"Pergi mu duo jaoh-jaoh!"
Angin kuat melintasi mereka. Lantas buat sekeliling sunyi kembali. Tiada jejak kelibat makhluk itu lagi.
"Setan pun tak suka kita Shah." Nik akhirnya bersuara bersama senyuman payah. Mengalir air mata di pipinya mengenang nasib mereka sebegitu rupa.
"Kau nak pindah sekolah, kalau ya aku ikut?"
Nik menggeleng dengan soalan Shah. Dia mengesat air matanya lantas tersenyum.
"Aku boleh bertahan lagi."
.
.
.
.
.Kelas sunyi dan hening apabila mereka masuk.
Tiada sesiapa hendak berbicara dengan mereka. Well, sejak hari pertama masuk pun budak-budak kelas tu jarang menegur mereka. Tegur bila perkara tu penting je.
"Kau berdua pergi mana?"
Berhenti langkah Nik dan Shah. Melihat gerangan suara tersebut.
Marina?
"Ponteng." Jawab Shah malas lalu duduk ke kerusi. Nik pula keluarkan buku, acah jadi budak baik.
Marina buat muka tak puas hatinya. Entah apalah difikir minah tu. Sudahlah membocor rahsia mereka. Tak puas hati lagi tu.
"Apa?" Soal Shah sambil angkat kening. Marina masih menatap geram ke arah mereka lalu pandang ke depan kelas.
Ekor mata Nik melihat sesuatu yang menjulur seperti ular masuk ke dalam kelas. Apalagi, membatu dirinya disitu juga.
Saat ular itu berhenti tepat sebelahnya, Nik berpeluh dingin. Bukan takut, tapi geli!
Ular itu mengangkat kepalanya. Tinggi menyamai meja belajar mereka.
"Ku perlu bantuanmu berdua."
YOU ARE READING
SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR SU
HorrorHorror | Funny | Adventure Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. Hanya sahaja, mereka mempunyai wajah yang mirip membuatkan orang lain tersalah pandang. "Dia Shah Fuan Bin Mohd Azlan dan aku Nik Adam B...