15 Jin

5 1 0
                                    

Shah diam memerhati tingkah Nik sejak dari tadi. Bukan apa, saat ini sahaja boleh dikira beberapa kali budak Nik ni bukak mulut.

Datang rumah dia cakap nak study sama, bincang untuk persediaan peperiksaan. Tapi, apa bincang kalau belajar sendiri je ni.

Tahulah dia Nik ada something disembunyikan. Diam Nik tanda masalah!

"Kau ada masalah ceritala." Shah akhirnya bersuara. Dia pun bukan boleh rilex Nik diam.

"Tak de pape, kepala aku pening je ni." Balas Nik acuh tak acuh.

Shah terkebil-kebil. Pening? Saat kali terakhir dia ingat Nik memang pernah pening tapi masih boleh gelak macam orang gila.

"Pening kau bercampur masalahkan?"

Pen ditangan Nik berhenti, dia diam.

"Bukan masalah kau." Balasnya perlahan tidak menyakitkan hati Shah.

Shah menarik nafas dalam. Buku ditutup.

"Kau masih tak boleh terima kekuatan kau?"

Ya, Nik tak boleh terima apa yang ada dalam dirinya.

"........" Tidak menjawab.

"Nik, aku cakap dengan kau." Shah  berkerut dahi. Rasa pertama kali Nik abai dia.

"Nik!"

"Aku nak jadi manusia biasa!"

"......"

"Kau normal Nik." Shah memujuk.

"Normal? Dengan mata kita macam ni? Nampak benda yang sepatutnya kita tak nampak? Kau ingat aku suka!?"

Shah telan air liur. Wajah Nik saat ini, sangat tertekan.

"Nik, bawak mengucap."

Nik beralih pandang lain. Wajahnya mula sayu.

"Kau, tak nak terima anugerah Allah bagi kat kau?"

Shah bermain psikologi sambil memujuk.

"Allah bagi kelebihan ni kat kita sebab Dia tahu kita mampu. Manusia yang paling mampu dan membantu umat Islam yang lain."

"Ada lagi yang paling tak mampu hadap ujian lain, macam rakyat Palestine.."

"....."

"Kau, takut apa kat kekuatan kau ni?"

"........"

"Kalau kau berkeras, nak cari cara tutup hijab kau..Kau, nak tinggalkan aku?"

Kali ini Nik perlahan menoleh melihat Shah. Terkedu.

"Kau tak keseorangan. Aku ada Nik."

Air mata Nik berguguran. Terus dia mendapatkan Shah, dipeluk erat sambil menangis teresak-esak seakan anak kecil.

"Aku ada Nik, kau jangan sedih. Bukan kau seorang je hadap semua ni. Abang Danial, abang Danny, abang Khairy dan Abang Is semuanya sama macam kita. Paling penting, kita ada member yang faham siapa kita, Mus. Jadi, kau jangan fikir kau seorang je Nik."

Nik terangguk-angguk. Dia mengesat air matanya.

"Thank dowh sedarkan aku. Aku hampir buat kerja gila."

"Kerja gila?" Shah terkebil-kebil.

"Aku nak pergi ke alam bunian."

Pak pak Pak.

Dapat tiga pukulan das dekat kepala Nik. Nik gosok sakit. Dia tahu Shah akan marah.

"Kau memang gila."

SEIRAS TAPI BUKAN KEMBAR SUWhere stories live. Discover now