BAB 1

8 1 0
                                    


Aku yang baru sahaja sampai di sekolah terus dipanggil oleh seorang lelaki dengan suaranya yang lantang.

"Atin!!" Jerit seorang pelajar lelaki kepada diriku. Aku menoleh kearah suara yang memanggilku sebentar tadi lalu aku menunjukkan kepadanya wajahku yang bengang dengan dirinya.

"Kau nak apa?" tanya diriku kepada lelaki itu.

Lelaki itu menghentikan langkahnya

"Atin kau dah siap ke kerja math yang cikgu Suhaime bagi kelmarin?" Tanya lelaki itu iaitu Farhan.

"Kau kalau tak jerit memang tak boleh ke?"Tanya diriku tanpa membalas soalannya

"Ok ok sorry" dia meminta maaf kepadaku lalu kami berjalan bersama-sama menuju ke kelas

"Dah,aku dah siap kerja math tu,kenapa?"

"Aku belum siap,kalau aku tiru kau boleh tak?"tanya Farhan

"Kalau aku tak nak"balasku

"Bolehlah Atin,kau je harapan aku,aku janji nanti aku belanja kau kat tealive , deal ? " tawaran yang agak menarik !

"Ann,aku tau aku ni pandai..."bangga diriku
"...tapi aku tak sudi nak bagi kau tiru aku"sambungku

"Atin tolonglah"rayu Farhan

Aku yang melihat rayunya hanya menahan tawa.Sebenarnya aku boleh sahaja bagi Farhan tiru tapi aku saja nak tengok muka Farhan merayu terhegeh-hegeh inginkan jawapanku

Aku tertawa kecil kerana melihat gelagatnya merayu kepadaku

"Iyelahh aku bagi kau tengok tapi syaratnya kau kena jadi patner aku masa pemilihan badminton minggu depan untuk wakil sekolah , deal ?" Aku memberikan syarat jika dia ingin meniru kerja math ku.

"Itu je syaratnya ? " lagaknya

"Kalau macam tu,syarat dia kau sediakan aku tujuh balang besar yang berisi air mata bayi yang baru sehari lahir di muka bumi tuhan yang penuh indah ini"balas diriku dengan penuh rasa ingin memijak kepalanya.

"Uishhh marah member,ok ok aku jadi patner kau"setuju Farhan dengan syarat ku tadi

"Ok deal"balasku pendek

~MASA TRAINING BADMINTON~

Aku dan Farhan training badminton dengan penuh semangat kerana minggu hadapan pertandingan badminton melawan sekolah lain akan di langsungkan.

Setelah aku dan Farhan berjaya mematikan bulu tangkis dan memenangi mata ke 21, kami di arahkan untuk berehat oleh cikgu Wafi jurulatih badminton sekolah.

"Kalau kita menang nanti kau bagi aku apa?"tanya Farhan kapadaku yang sedang minum air

"Bagi kau makan penampar aku"balasku sedikit kasar kepada Farhan

"Amboi main kasar nampak"katanya

"Takde lah main je"balasku sambil tersenyum kecil

"Kau kalau aku tarik tudung kau ni tak sia-sia kau dapat dosa free,aku pun dah lama tak buat dosa sunat ni"gurau Farhan

"Selama 16 tahun aku hidup ni,ini first time dengar dosa sunat,tapi kalau nak buat rekod lelaki sunat dua kali mungkin ada logik sikit kan"kataku sambil memandang kearah Farhan

"Ini dah lebih ni main sunat-sunat bagai"Farhan

"Tau takut,tulah lain kali jangan cari pasal sabab perempuan tak pernah kalah,perempuan mesti selalu menang"bangga diriku sambil mengangkatkan keningku sebelah

"Iya memang perempuan selalu menang"Farhan mengalah

                                                  ~SYAHI~

JAGAKAN HATIKUWhere stories live. Discover now