...2 MINGGU KEMUDIAN...
Hari pertunangan Farhan dan Qisha akan berlangsung pada hari ini namun Qisha tidak mengangkat telefon setelah berkali-kali Farhan menelefonnya.Farhan kelihatan risau namun dia tetap sahaja ingin terlihat tenang.
"Qish angkat tak Ann telefon?"tanya Datin Arma.
"Tak,mungkin dia busy kot buat persiapan"balas Farhan
"Kalau macam tu kita jalan lah pergi rumah Qish sekarang,nanti lambat pula"kata Datin Arma lagi.
Farhan hanya menganggukkan kepalanya.Aku yang turut berada dia situ merasakan ada yang tidak kena dengan Farhan.Aku melihat riak wajahnya yang risau.
Setelah semua rombongan masuk kedalam kereta kami pun siap untuk pergi ke rumah Qisya.
Setibanya kami di halaman rumah keluarga Qisya,kami melihat mereka dalam keadaan yang risau seperti kehilangan sesuatu.Kami pun mematikan enjin kereta lalu keluar dari kenderaan.
Aku melihat ayah dan ibu Qisya datang ke arah Farhan dan papa mamanya.
"Ann uncel dengan anti betul-betul nak minta maaf sebab...."kata ayah Qisya dengan rasa bersalah
"Kenapa ni uncel?"tanya Farhan
".....Qisya..."kata ayah Qisha teragak-agak
"Kenapa dengan Qisya Uncel?"tanya Farhan ingin tahu
"Qisya dah tinggalkan majlis ni"rasa bersalah ayah Qisya
Aku tahu saat itu hati Farhan sudah mula retak setelah mendengar kata-kata daripada ayah Qisha.Farhan seakan tidak percaya dengan kata-kata tersebut
"Uncel berguraukan"kata Farhan sedikit luluh
Rombongan kami agak kebingungan dengan situasi yang terjadi saat itu.
"Uncel tak bergurau Farhan kami pun terkejut bila Qisha hantar message kat uncel"kata ayah Qisha lalu menunjukkan message tersebut
(MESEGGE DARI QISHA)
"ayah Qish nak minta maaf, Qish tak boleh nak teruskan pertunangan Qish dengan Ann, Qish dah jumpa orang lain yang boleh bagi Qish apa yang Qish nak, yang boleh terima Qish jadi model,lagipun Qish dah tak cintakan Farhan,tolong sampaikan maaf Qish pada Farhan"
Aku tahu saat itu Farhan sedang marah dan bercampur dengan rasa sedih.Farhan tidak terkata setelah membaca message tersebut.Aku agak simpati dengan Farhan namun aku tidak mampu berbuat apa-apa.
~SYAHI~
Aku termenung seketika di luar rumah sambil menyiram pokok bunga ibuku maklumlah hari ahad, hari dimana aku sempat membantu ibuku mengurus rumah.
"Tenung apa tu Atin,layu kang bunga ibu kamu tu terlebih air,tak larat ayah nak bawa bunga tu ke hospital"gurau ayahku
"Eh ayah"aku sedikit terkejut
"Mana ada termenung saja nak bagi bunga ni minum banyak sikit air, musim panas kan"alasan ku
"Mmm iya lah Atin"balas ayahku
Ayahku duduk di kerusi yang tersedia di ruang luar rumah.Aku yang menyiram pokok bunga pun berhenti untuk berbual-bual dengan ayah.
"Ayah, Atin nak tanya sesuatu boleh?"tanyaku pada ayah
"Boleh,tanya apa?"ayah ku lagi bertanya
"Macam mana ayah dengan ibu boleh bina keluarga bahagia?"
"Senang je,percaya antara satu lain dan bertahan dengan rumah tangga selagi mampu"tips ayahku
YOU ARE READING
JAGAKAN HATIKU
عاطفيةFarhan dan Fatin merupakan sahabat karib yang terpaksa bernikah kerana di tangkap khalwat pada suatu malam.hubungan mereka yang dahulunya rapat menjadi renggang setelah pernikahan itu terjadi.Namun,hubungan mereka menjadi semakin baik setelah menjal...