Setelah majlis kenduri selesai rumahku yang awalnya riuh menjadi semakin sunyi setelah tetamu berpulangan.Hanya tersisa beberapa buah keluarga lagi masih di rumahku termasuklah keluarga Farhan.
Farhan yang melihat aku di ruang pintu bangun dari tempat duduknya lalu pergi kearahku
"Kau tengok apa?"tanya Farhan
"Eh kau ni terkejut aku,iring orang yang nak pulang lah"jawabku padanya
"Ohhh sebenarnya aku nak share masalah aku kat kau,kau sudi dengar tak?"tanya Farhan
Aku berkerut sejenak dah kenapa dengan si Farhan ni demam ke apa.Tapi memang aku lah tempat dia kongsi masalah dirinya jadi aku tidak begitu hairan jika dia ingin meluah. Namun,aku sedikit pelik kerana nada dia bebicara seolah-olah masalah yang dia hadapi terlalu besar
"Kau nak share pasal apa?" Tanya ku sedikit simpati
"Kita duduk kat sana"arahnya
Di ruangan luar rumahku memang tersedia satu set tempat berehat-rehat atau bersantai.Mungkin Farhan hendak aku sorang sahaja yang mendengar masalahnya sebab itulah dia mengajakku ke sana.
"Kenapa?"tanyaku sambil kami duduk d kerusi
"Aku rasa Qish dah berubah lah" keluhnya
"Berubah?mean?" Tanyaku berganda
"Dia dah tak sama macam Qish yang aku kenal,sejak dia jadi model dia dah tak pernah tanya aku,dah solat ke belum,dah makan ke belum?"luah Farhan
"Lah mungkin dia busy, model kan jadual mesti full"
"Ok itu aku boleh terima alasan dia busy,but kau tak tengok ke instagram dia?"tanya Farhan padaku namun aku hanya menganggukkan kepala
"Gambar yang dia post banyak gambar yang seksi,ok still boleh terima kalau dia tak ready nak pakai tudung but aku tak boleh tengok dia post kat IG gambar yang terlalu seksi"sambung Farhan
"Kau try lah cakap ngan dia,nasihat dia maybe dia dengar cakap kau"nasihatku
"Aku dah nasihat dia but,Qish kata itu lah kerja jadi model,dia kena nampak hot,bergaya and banyak lagi lah alasan dia,then buat aku lagi bengang bulan depan kitaorang dah nak tunang but bila aku tanya dia pasal persiapan tunang dia boleh cakap masih awal nak buat persiapan"keluh Farhan.
Aku agak simpati mendengar keluhan Farhan namun aku tak mampu nak buat apa-apa.Apa yang aku boleh buat cuma nasihat Farhan supaya tetap sabar.
"Ok,aku tak tahu sangat pasal semua ni sebab aku tak pernah lalui fasa bercinta semua tu,but apa yang aku boleh cakap kat kau kau try je pelan-pelan pujuk dia sebab aku taknak kau jadi suami dayus bila dia dah jadi isteri kau"nasihat ku
"Aku tahu,mama aku pun cakap benda yang sama kat aku,mama aku nampak gambar Qish kat IG so mama nak aku ubah dia sebelum papa aku yang nampak"kata Farhan
"Ok,apapun goodluck for hubungan kau dengan Qish,aku doakan Qish tu terbuka hati untuk betulkan apa yang patut dia betulkan"
"Thank you juga kat kau sebab bagi aku nasihat and dengar masalah aku"ucap Farhan
"You're welcome"balasku
Tidak lama kemudian kelibat papa dan mama Farhan keluar dari rumah.Mereka diiringi oleh ayahku dan ibu.
"Ok lah Atin aku pulang dulu,kalau ada masa kita jumpa lagi"kata Farhan
"Mmm ok"kataku
Mereka pun pulang dan rumah kami juga sudah menjadi sunyi setelah semua tetamu sudah pulang.Aku dan ayah ibu pun ke dalam rumah kerana jam di telefon ku sudah menunjukkan jam 9.30.Lagi pula aku harus mengemas apa yang patut.
~SYAHI~
Aku seorang wanita yang berminat dalam bidang fesyen muslimah dan berniat untuk membuka butik milikku sendiri.Alhamdulillah berkat doa ibu dan ayah serta usahaku membawa keberuntungan kepadaku kerana akhirnya aku berjaya membuka butikku.
Aku masuk ke dalam butik dengan penuh semangat dan menghadiahkan seukir senyuman kepada pekerja-pekerja ku.Aku masuk ke ruang bilik bekerja ku untuk menyiapkan kerja-kerja ku yang tergendala.
Sedang kusyuk aku membelek-belek kertas tiba-tiba seseorang mengetuk pintu.Aku yang mendengar ketukan itu mengarahkannya untuk masuk.
"Assalammualaikum Atin"Salam sahabatku Ayu dengan riang
Ayu merupakan sahabatku yang aku rapat selain Farhan.Ayu juga merupakan sahabatku yang bersama-sama denganku dalam mewujudkan butik MUSLIMAH FESYEN
"Waalaikumsalam,senyum lebar kau hari ni"aku membalas
"Of cause lah, aku ada berita baik yang aku nak sampaikan kat kau"katanya lalu duduk di kerusi
"Apa dia?"tanyaku ingin tahu
"Ok semalam,Datin Rozi call aku then dia nak kita yang jadi sponser pakaian untuk event dia minggu depan so dia akan datang petang ni dalam jam 2 macam tu untuk bincang apa yang patut"jelasnya kepadaku
"Series lah alhamdulillah"balasku sambil bersyukur
"Yap,so kau kena pastikan kau tak pergi mana-mana petang ni"kata Ayu
"Ok"jawabku pendek
"Oh sebelum aku lupa,kanapa kau tak datang semalam pigi kenduri kat rumah aku?"soal ku pada Ayu
"Ok sebelum aku cakap,aku nak say sorryyy,tak bukan aku tak nak datang but semalam family aku datang dari terengganu,takkan aku nak tinggalkan family aku macam tu je"beritahunya
"Ok aku terima alasan kau"kata ku lalu membelek-belek kertas semula
"Kalau takde apa-apa lagi,aku keluar dulu ye?"izin Ayu
"Ok " balasku pendek
~SYAHI~
Ayah dan ibuku sedang asyik bersembang di ruang tamu, diatas meja terdapat air kopi dan beberapa jenis kuih untuk dijadika kudipan.
"Bila lah agaknya kita ni nak merasa dapat cucu ye bang"ibuku mula berbicara.
"Mmm entah lah isterinya oi, awak pujuk lah anak awak tu supaya cepat-cepat kahwin"kata ayah sambil membaca surat khabar.
"Atin tu nak kahwin awal, lambat lagi lah suami oi, jangan kan suruh cari suami,kekasih pun takde"balas ibuku Tija
"Entahlah,dah berbuih dah mulut ni nak suruh dia mencari calon suami,sorang pun takde"
"Tapi kan bang, kalaulah si Farhan tu yang jadi suami Atin mesti bergaduh je kan hari-hari"kata ibu
"Eh awak ni Farhan tu dah nak bertunang bulan depan"beritahu ayahku
"Mana tahu jodoh Atin tu dengan Farhan"balas ibuku lagi
Ayahku hanya berdiam tatapi mesti di fikirannya mungkin boleh terjadi aku dan Farhan menjadi suami isteri.

ANDA SEDANG MEMBACA
JAGAKAN HATIKU
RomanceFarhan dan Fatin merupakan sahabat karib yang terpaksa bernikah kerana di tangkap khalwat pada suatu malam.hubungan mereka yang dahulunya rapat menjadi renggang setelah pernikahan itu terjadi.Namun,hubungan mereka menjadi semakin baik setelah menjal...