...10 TAHUN KEMUDIAN...
Tok tok tok
Seorang wanita yang berumur 20an menyetuk pintu bilik pejabat seseorang
"Masuk"arah suara yang berada di dalam bilik pejabat tersebut
Perempuan itu masuk ke kedalam setelah di arahkan untuk masuk
"Ini dokumen yang bos nak"kata wanita tersebut
Sedar tidak sedar setelah 10 tahun berlalu Farhan berjaya menjadi CEO di sebuah syarikat.
"Thank you"balas Farhan
"Boss hari ni ada meeting dengan dato Rasyid pasal projek dekat kelantan jam 4 petang"beritahu PA Farhan iaitu Wati
"Ok,selain meeting dengan dato Rasyid ada meeting lain lagi?"tanya Farhan
"Untuk hari ni itu je,tapi untuk lusa Dato Firdaus nak buat meeting jam 2 nak bincang pasal projek baru dengan Tan sri Khalil"balas Wati
"Ok"balas Farhan pendek sambil menekan komputer di depannya
"Kalau takde apa-apa saya keluar dulu boss?"izin Wati
Farhan hanya menganggukkan kepalanya
Tidak lama selepas Wati keluar dari ruangan bilik pejabat Farhan, telefon Farhan tiba-tiba berdering.
"Hello"kata Farhan setelah mengangkat panggilan tersebut
"Hello Ann"suara di dalam telefon tersebut membuatkan Farhan yang asyik menekan komputer menyandar di kerusi dengan senyuman kecil.
"Kau nak apa call aku tiba-tiba ni?"tanya Farhan agak bergurau
"Aik nak call kau pun tak boleh,iyalah aku tau kau dah jadi CEO syarikat tapi takya nak berlagak sangat eh"Balas wanita di dalam talian tersebut
"Hey Atin kau ingat aku tak tahu kau pun dah jadi boss kat butik"kata Farhan
Wanita yang berada di dalam talian sebenarnya Fatin sebab itu lah Farhan yang awalnya tegas menjadi riang apabila sahabatnya telefon dirinya
"Biasa je tu"lagak ku
"Kau call aku mesti ada something ni kan?"Tanya Farhan
"Tau-tau je kau, sebenarnya aku nak ajak kau datang rumah aku malam ni lepas isyak,ibu aku buat kenduri sikit"jelasku
"Oh ye ke?ok"
"Jemput mama ngan papa kau sekali ye"pesanku
"Iye lah"
"Ouh ye Ann aku ada nampak girlfriend kau"beritahuku pada Farhan
"Dekat mana?"soal Farhan sedikit pelik
""Dekat instagram"kataku sambil tertawa
Farhan hanya diam membisu kerana sudah kerap kali aku mempermainkannya.Setelah puas aku mentertawakan Farhan aku menamatkan penggilan
"Oklah Ann aku off dulu banyak kerja ni, jangan lupa ye malam ni"
"Mmm ok lah, assalammualaikum"salam Farhan
"Waalaikumsalam"balasku
~SYAHI~
Aku menunggu kehadiran Farhan dan keluarganya tiba pada malam itu.Di fikiranku hanya memikirkan Farhan akan datang atau tidak.Tidak mungkin dia tidak datang, dia pasti datang kerana kalau dia tidak datang sudah tentu dia akan memberitahuku.Aku melihat jam di telefon ku berkali-kali.Aku juga pelik, kenapa aku harus risau tentang kehadiran Farhan di majlis kenduri ini,bukannya kami bakal bernikah untuk aku risaukan,namun dia tetap harus hadir kerana banyak hal yang aku ingin ceritakan kepadanya.
Kerisauanku tentang kehadiran Farhan ke majlis kenduri membuatkan aku tidak sedar kehadiran ayahku yang tercegat di belakangku melihat aku yang sedang mundar-mandir seperti emak kehilangan anaknya.
"Atin tunggu siapa?"tanya ayahku mungkin sudah bosan melihat diriku asyik mundar-mandir.
"Eh ayah,takde lah Atin tunggu kawan"jawab ku sedikit terkejut dengan kehadiran ayah ku
"Ann ke?"tanya ayahku lagi
"Iya Ann"
"Biasa lah lambat, ada urusan lagi kot kat luar sana"ayahku menjawab
"Mungkin lah kot,ayah buat apa kat sini,tak layan tetamu? "
"Aik halau ayah?"gurau ayahku
"Eh bukan Atin halau,Atin tanye je"kataku sambil menggaru kepala yang tidak gatal
Ayahku tidak membalas malah hanya tersenyum kecil dan berlalu pergi
"Dah kenapa pula ayah ni, sengeh-sengeh"kataku sedikit perlahan
Tidak lama kemudian Farhan dan papa mamanya datang menaiki sebuah kereta berwarna hitam.Aku sedikit merasa pelik kerana Farhan tidak memandu sendiri malah hanya ikut pemandu papanya.Tapi aku tidak terlalu hairan kerana memang Farhan itu ada tebiat malas hendak memandu kereta.Nasib lah bakal isterinya nanti terpaksa memandu untuk dirinya.
Farhan dan papa mamanya menuju ke arahku.Aku ada sedikit gugup, maklumlah nak berhadapan dengan orang-orang kaya.
"Uncle,anti jemputlah masuk ayah dengan ibu ada kat dalam"sapaku sambil menyalam tangan mama Farhan
Mesti di hati Farhan sedang berkata-kata.Mesti dia kata aku ni aca sopan depan mama dengan papanya.
"Makin cantik Atin sekarang ye"puji Datin Arma kepadaku
"Eh takde lah anti biasa je"aku sedikit tersipu malu
Tiba-tiba ayah dan ibuku datang ke ruangan pintu untuk menyambut kehadiran papa dan mama Farhan iaitu Dato Firdaus dan Datin Arma
" Eh Dato,Datin jemputlah masuk"ajak ayahku
"Tak payah lah nak dato,datin ni segan pula saya jadinya"balas Datin Arma sambil mereka masuk ke dalam rumah
Aku hanya senyum menyambut Dato Firdaus dan Datin Arma.Namun kalau nak menyambut si budak Farhan itu rasa tak sudi ingin aku menyambutnya dengan seukir senyuman malah dia yang ku ukir jadi potret kehidupan
"Yang kau sengeh-sengeh kanapa?"tanya ku pada Farhan setelah papa dan mamanya masuk kedalam
"Amboiii dengan aku punya main garang kau eh,ngan papa ngan mama sopan kau"sindirnya
"Itu namanya hormat"kataku
"Jadi aku ni kau tak hormat"
"Sorry aku lagi tua dari kau tau"jelasku pada nya
"Tua dua bulan je kot,itu pun nak berlagak tua, betul-betul jadi tua baru kau tau"
"Tua dua bulan ke dua tahun ke sama je apa yang penting aku lagi tua dari kau,aku yang tengok dunia ni dulu"aku tidak ingin mengalah
"Suka hati kau lah Atin,nak salam"izinnya kepada
Ikutkan hati hendak juga aku hempup mukanya nasib baik sahaja anak orang kalau anak monyet sudah lama kena olehku
"Haram lah beruk"kataku
"Oh haram ke?ingat kan lelaki tadi"gurau Farhan
"Kurang asam kau ye"sumpah ku padanya sambil kami masuk ke ruang tamu
YOU ARE READING
JAGAKAN HATIKU
RomanceFarhan dan Fatin merupakan sahabat karib yang terpaksa bernikah kerana di tangkap khalwat pada suatu malam.hubungan mereka yang dahulunya rapat menjadi renggang setelah pernikahan itu terjadi.Namun,hubungan mereka menjadi semakin baik setelah menjal...