Aku melihat kelibat Farhan di dalam bilik bacaannya yang sedang duduk merenung sebuah gambar.Aku mengetuk pintu lalu Farhan yang tadinya merenung gambar teralih pandangan ke arahku.
"Assalammualaikum"salam ku
"Waalaikumsalam"balas Farhan
"Kau buat apa tu Ann?"soalku sambil aku masuk ke dalam bilik bacaan lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Farhan
"Takde saja tengok perempuan yang bagi aku cinta palsu"katanya sambil melihat gambar dia bersama dengan Qisha
"Kau tak boleh macam ni Ann, kau kena teruskan kehidupan kau macam biasa, kau tak boleh bagi diri kau terus hanyut dengan kekecewaan kau,masih banyak orang yang akan sayang dan cintakan kau walaupun kau kehilangan Qisha"nasihatku
"Maybe allah tu nak bagi kau jodoh yang lebih baik,yang boleh sayang dan cintakan kau sepenuh hati"sambungku lagi
Farhan tidak membalas hanya mendengarkan sahaja nasihatku kepadanya.
"Farhan yang aku kenal bukan Farhan yang cepat mengalah dengan kehidupan, Ann tak pernah kecewa dengan dengan ujian yang dia terima, kau kena bangun Ann,bangun dan move on"nasihat ku lagi
"5 tahun Atin aku bagi cinta aku kat dia, and di saat aku nak bawa hubungan kitorang ke tahap yang lebih baik, dia putuskan macam tu je,semata-mata lelaki yang baru dia kenal"keluh Farhan
"Sebab tu lah kau tak boleh kalah dengan dia, kau tak boleh bagi dia tengok kau lemah, kau pun berhak ada rasa bahagia, mungkin bukan bahagia dengan dia tapi dengan orang lain"balasku
Suasana bilik bacaan itu menjadi sunyi setelah aku berkata begitu kepada Farhan.
~SYAHI~
Aku memakai tudung yang berwarna biru muda serasi dengan baju kurung yang aku pakai.Aku dengan penuh semangat ingin ke butikku karana aku ada tetamu yang istimewa akan datang ke butikku.
Aku turun dari anak tangga lalu menuju ke dapur untuk bersarapan.Aku melihat ayahku yang sudah duduk di kerusi untuk bersarapan lalu aku menyapahnya
"Selamat pagi ayah"
"Selamat pagi Atin"balas ayahku
"Ibu mana?"tanyaku sambil aku duduk di kerusi
"Ada tu kat dapur buat air"
"Oh"balasku pendek
Tidak lama kemudian ibuku membawa secangkir air teh lalu meletakkannya di atas meja makan.
"Minum bang,Atin"ajak Ibuku
"Mmm ayah, ibu hari ni Atin pulang lambat tau mungkin dalam jam 9 setengah"beritahuku
"Kenapa?"tanya ibuku lalu duduk di kerusi setelah menuangkan air ke dalam gelas
"Atin ada jamuan makan-makan malam ni jam 7 setengah"
"Iyalah yang penting drive kereta tu pelan-pelan"pesan ayah
"Kalau pelan bila nak sampai ayah?"tanyaku sedikit bergurau
"Aik budak ni,kamu tu dah ada kes kemalangan jalan raya malam-malam, tak ingat?"ayah mengingatkan aku tentang peristiwa malam itu
"Ingat"kataku sedikit perlahan mengingatkan peristiwa itu
"Atin jangan pula balik lebih dari jam 10 nanti mengantuk masa drive"ibuku pula menasihati aku kerana aku memang selalunya akan rasa mengantuk apabila tibanya jam 10
"Iyalah ibu"balasku
"Ibu boleh tak Atin nak bawa bekal mee goreng ni nak sambung makan kat butik"izinku pada ibu
"Bawalah Atin,tapi kalau jadi gendut jangan salahkan masakan ibu ye"usik ibu
"Ish ibu ni, takpe lah gendut pun gendut lah asalkan mee goreng ibu masuk dalam perut Atin, yammy yammy"
Ayah dan ibuku hanya tertawa kecil melihat gelagatku.
~SYAHI~
Farhan yang sudah 2 minggu tidak datang ke office akhirnya datang tetapi dengan wajah yang agak series.Mungkin masih berasa emosi dengan peristiwa yang berlaku pada dirinya.
"Morning boss"sapa Wati PA Farhan
"Morning"balas Farhan pendek tanpa melihat kearah Wati lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya
Bergetar saat itu Wati kerana wajah Farhan yang series dan tegas.
Farhan duduk di kerusinya lalu melihat kearah sebingkai gambar.Farhan memanggil Wati menggunakan pemanggil telefon pejabat.
"Wati masuk bilik saya sekarang"
"Baik boss"kata Wati
Wati pun masuk ke dalam bilik pejabat.
"Saya nak awak buang gambar yang ada kat atas meja kalau boleh jangan bagi saya nampak lagi gambar tu" arah Farhan
"Baik boss"
~SYAHI~
Seorang wanita yang berambut agak kecoklatan sedang menelefon seseorang tanpa kelihatan wajahnya
"Aku nak kau buat Farhan benci dekat dia, kau cakap je kau nak aku bayar berapa tapi pastikan semua berjalan dengan lancar kalau tak aku akan pastikan kau terima padahnya"kata jahat wanita itu lalu dia menghentikan panggilan
Wanita itu melihat sehelai gambar seorang wanita yang bertudung iaitu Fatin lalu menikam gambar itu dengan sebilah pisau. Mata wanita itu melihat ke arah gambar Fatin dengan penuh rasa dendam.
"Aku akan pastikan kau merana Fatin"kata wanita itu dengan senyuman yang menakutkan
~SYAHI~
ANDA SEDANG MEMBACA
JAGAKAN HATIKU
RomanceFarhan dan Fatin merupakan sahabat karib yang terpaksa bernikah kerana di tangkap khalwat pada suatu malam.hubungan mereka yang dahulunya rapat menjadi renggang setelah pernikahan itu terjadi.Namun,hubungan mereka menjadi semakin baik setelah menjal...
