𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐮𝐠𝐞

257 27 3
                                    

"Mama, angah tak nak kahwin. Tolonglah ma, angah tak ready lagilah. I'm still young, please ma." Rayu Faiq sambil bibirnya tercebik-cebik. Puan Zabitha pun sudah malas mahu melayan kerenah anaknya yang amat manja ini. 

"Muda apanya, ngah? Dah nak masuk 27 tahun dah, takkan nak duduk bawah ketiak mama aje sepanjang umur hidup kamu? Kamu tu sepatutnya dah cari bini bawa dekat mama tau sekarang ni. Tapi tulah, kamu kata kamu malas kan? Ni mama dah pilihkan pun banyak cekadak pulak kamu!" Bebel Puan Zabitha panjang. Ha nilah dia kalau mak-mak dah mula bercakap, kita cakap sepatah, dia balas balik 10 patah.

"Ma, taknak lah ma kahwin dengan orang macam tu. Nampak macam tomboy tahu tak! Dengan topinya lagi, baju pun dah macam lelaki, eee taknaklah angah buat dia jadi bini!" Ujar Faiq sambil membuat reaksi geli-geleman. Dia memerhatikan sekali lagi gambar yang dikongsikan daripada Puan Zabitha sebentar tadi.

 Dia memerhatikan sekali lagi gambar yang dikongsikan daripada Puan Zabitha sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Memang nampak seperti orang yang kasar. Dengan tangan yang diseluk ke dalam poket jeans nya lagi, membuatkan Faiq bertambah menjadi seram dengan gadis di dalam gambar itu. Oh walaupun dia tidak mahu berkahwin, ini bukanlah ciri-ciri wanita yang dia idamkan.

Entah mengapalah Puan Zabitha berkenan mahu bermenantukan gadis kasar seperti ini. Segera Faiq bertanya, "Mama, kenapa mama nak sangat Faiq kahwin dengan dia? Dahlah macam tomboy, nampak ganas pulak tu."

Puan Zabitha tersenyum mendengar soalan yang keluar daripada mulut anak lelakinya itu. "Biarlah dia kasar macam tu, mama suka. Boleh lah dia tolong kamu jadi lelaki yang kuat sikit, bukan lembik macam ni." 

Faiq membulatkan kedua belah matanya, dia terasa seperti diperlekehkan oleh mamanya. Terus dia berdiri dan menyingsingkan bajunya sampai ke bahu untuk menunjukkan biceps pada lengannya itu. 

"Angah tak lembik okey, tengok ni ha otot dekat lengan ni." Ujarnya sambil menepuk-nepuk otot yang kelihatan besar itu. Puan Zabitha tergelak melihat perangai anaknya yang seperti kebudak-budakkan itu.

"Bukan itu maksud mama, angah. Maksud mama perangai angah yang macam budak-budak nilah. Otot memang dah besar dah, tapi tulah, otak tu macam budak kecil." Bidas Puan Zabitha sekali lagi membuatkan Faiq menyilangkan tangannya ke dada dan memuncungkan bibirnya ke depan. Serupa seperti kanak-kanak merajuk sebab tak dapat aiskrim.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Faiq memanglah seorang yang berbadan sasa, seperti lelaki yang maskulin. Tetapi perangai mengalahkan budak 6 tahun sahaja.

Sengaja Puan Zabitha memilih wanita seperti itu untuk mengajar Faiq menjadi lelaki yang sejati.

『𝐎𝐆』Mrs. Faiq Hyder | His SaviourWhere stories live. Discover now