𝟕

87 11 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


Malam itu, Adella dan Faiq keluar untuk berjalan-jalan di sekitar Jepun. Tetapi, entah mengapa keadaan menjadi suram dan bosan, mereka tidak kelihatan seperti orang berbulan madu. Adella dengan muka batunya, dan Faiq hanya berjalan tanpa memegang tangan Adella.

Faiq tidak lama selepas itu mengeluarkan Iphone 15 nya dan menangkap beberapa gambar pemandangan di sekelilingnya. Sesekali, dia menangkap gambar belakang Adella yang sudah jalan ke depan meninggalkannya. 

Tersedar akan perkara tersebut, cepat-cepat dia membuka langkah besar untuk mengejar Adella supaya jalan bersamanya. Dia suami, mestilah kena melindungi isteri. Walaupun dia masih lagi tidak mencintai Adella.

"Adella, janganlah jalan laju sangat. Tak reti tunggu suami kau ke?" Marah Faiq tetapi dengan nada yang lembut. Tidak mahu beri tekanan kepada gadis itu. Tangan Adella yang kecil itu dicapai dan digenggam lalu dimasukkan ke dalam poket sweaternya.

Terkejut Adella dengan perbuatan Faiq itu namun dia hanya membiarkan. Memang tangannya itu sudah sejuk beku sekarang ini disebabkan cuaca di Jepun yang boleh dikatakan agak sejuk. Apabila tangannya digenggam Faiq sebegitu, terasa haba dialirkan daripada tangan besar suaminya.

Adella menjeling Faiq terlebih dahulu sebelum menjawab. "Dah awak yang sibuk tangkap gambar sana sini, saya pergi dululah. Lambat sangat." Bibirnya dimuncungkan ke hadapan tanda ingin protes. Sekasar-kasar dirinya pun boleh jadi manja dengan orang yang dia sayang.

"Fine, I'm sorry. Lepas ni, aku tak tangkap gambar dah, okey?" Ujar Faiq sambil matanya memandang wajah Adella sekilas. Pujukan Faiq itu tidak dihiraukan Adella, gadis itu tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. 

Faiq hanya tersenyum sahaja bila Adella tidak melayannya. Haih, perempuan memang complicated. Getus Faiq di dalam hatinya. 

Tidak lama kemudian, mereka berdua sampai ke destinasi yang ingin dituju. Okinawa. Sebuah pantai yang sering dikunjungi oleh para pelancong dari pelbagai negara kerana keindahan laut di situ. 

Faiq terus menarik tangan Adella supaya mengikutinya. Adella hanya mengikut sahaja tanpa banyak cakap. Mereka duduk di atas pasir secara bersebelahan. Faiq mengeluh perlahan dan menghirup udara segar di pantai itu. 

Masing-masing diam, tidak bercakap langsung menikmati keindahan ciptaan Tuhan ini. Adella merenung ke arah langit gelap di atasnya, bintang-bintang berkelipan membuatkan gadis itu berasa sedikit tenang daripada bebanan yang dihadapinya. 

"Adella." Suara Faiq memecahkan keheningan di antara mereka berdua. Wajah Adella menoleh memandang Faiq yang berada di sebelahnya. Mata lelaki itu masih menghadap ke arah laut. Rambut lebat Faiq yang berselerak akibat tiupan angin di situ membuatkan wajahnya bertambah lebih kacak dari sisi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

『𝐎𝐆』Mrs. Faiq Hyder | His SaviourWhere stories live. Discover now