𝟏

252 33 5
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


"Tahniah, bro! Dah jadi suami orang dah kau, aku ni entah bilalah lagi. Maklumlah, diri tak laku." Ujar Harith kepada Faiq, bahu tegap lelaki itu dipeluknya erat. 

Faiq hanya membuat muka toya sahaja, malas dia mahu melebih-lebih. Sungguh dia rasa tidak selesa, dengan songkok yang dipakai atas kepala bersama samping yang disarung pada pinggangnya. Ugh, dia mahu masuk ke bilik dan berehat!

Tetapi, nampak sahaja mata Puan Zabitha yang merenungnya bagai hendak ditelan sahaja, dia terpaksalah berada di situ melayan tetamu. 

Perkahwinan Faiq bersama isterinya hanya dilakukan secara kecil-kecilan sahaja. Ini permintaan daripada dirinya padahal Puan Zabitha beria-ia mahu melakukan majlis tersebut di hotel. 

Tiba-tiba, dia teringat akan majlis akad nikah sebentar tadi. Amat memalukan dirinya sendiri, wajahnya diraup dan nafas panjang dilepaskan.


Flashback


"Faiq Hyder bin Hussein, aku nikahkan dikau dengan anakku, Adella Durrah binti Mohammad Rizwan dengan mas kahwin sebanyak RM800 tunai." Tangan Encik Rizwan yang memegang tangan Faiq itu terasa berpeluh. Mungkin disebabkan Faiq berasa gemuruh.

Jantung Faiq berdebar-debar, terasa seperti mahu meletup sahaja. Tangan tua bakal ayah menantunya itu digenggamnya sedikit kuat sebelum dia membalas lafaz akad tersebut.

"S-saya, Faiq Hyder bin Hussein t-terima nikahnya, Adella Durrah binti Mohammad Rizwan dengan mas kahwin sebanyak RM8 tunai eh-" Terus gelabah dibuatnya apabila dia tersalah sebut.

Ada yang sudah ketawa terbahak-bahak, siapa lagi kalau bukan rakannya seorang itu, Harith. Pipinya terasa berbahang, bagaikan mahu saja dia lari dari situ. 

Kelihatan bakal isterinya yang duduk di atas pelamin itu merenungnya dengan pandangan yang serius. Gulp. Air liurnya ditelan, entah mengapa dia gerun dengan pandangan itu.

Pandangannya dikalihkan semula ke arah Encik Rizwan. Kali ini, dia mahu melakukannya dengan betul-betul. "Boleh teruskan ke, Faiq?" Tanya Encik Rizwan.

"Boleh, pakcik." Jawab Faiq, dahinya berpeluh dengan teruk. 

Lafaz akad diajukan sekali lagi kepada Faiq, "Faiq Hyder bin Hussein, aku nikahkan dikau dengan anakku, Adella Durrah binti Mohammad Rizwan dengan mas kahwin sebanyak RM800 tunai." 

"Saya, Faiq Hyder bin Hussein, terima nikahnya, Adella Durrah binti Mohammad Rizwan dengan mas kahwin sebanyak RM800 tunai." Lancar Faiq membalas, lega hatinya.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Maka dengan itu, Faiq Hyder sudah sah menjadi suami kepada Adella Durrah, gadis yang dikatakan seperti tomboy itu. 

"Alhamdulillah." Ucap Puan Zabitha penuh syukur. Adella yang duduk di sampingnya terus dipeluk sambil nangisnya ditahan. Belakang menantunya itu ditepuk perlahan, "Terima kasih sudi jadi menantu mama, Adella. Tahniah ya, sayang?" Lembut suara Puan Zabitha berkata.

Adella membalas pelukan emak mertuanya itu, "Terima kasih sudi terima Adella jadi menantu mama." Ucap gadis itu pula. Perkahwinan yang dirancang, dia harus menerima dengan segala hati yang terbuka.


End flashback


"Jauh termenung?" Suara seorang gadis telah mematikan lamunan Faiq, pandangannya dialihkan ke arah suara tersebut. 

Oh, Adella. Isteri yang baru sahaja diijab kabulkan sebentar tadi. 

Adella nampak lain benar pada hari ini. Kewanitaannya makin terserlah dengan gaun pengantin yang tersarung pada tubuh genitnya itu. Berbeza dengan apa yang Faiq lihat sebelum ini di dalam gambar. 

"Ehem, takdelah." Tiba-tiba dia berasa janggal untuk bercakap. Yalah, baru pertama kali dia berbicara dengan gadis ini.

"Awak okey? Tadi waktu akad nikah awak nampak nervous." Soalan daripada Adella membuatkan Faiq bertambah gemuruh. Entahlah, bukannya gadis itu mengapa-apakan dirinya.

"O-oh, biasalah. Tak pernah kahwin-" Terus Faiq terhenti. Apa yang aku cakap ni, ya Allah! Lelaki itu menjadi malu dengan diri sendiri. Ayatnya yang tidak teratur itu membuatkan Adella tergelak kecil. 

"Tak sangka suami saya ni kelakar orangnya. That's good." Adella tersenyum memandang wajah malu Faiq itu, geram dia melihat pipi merah itu.

Faiq pula sudah macam cacing kepanasan duduk di situ, mahu sahaja dia lari pecut masuk ke dalam rumah. Adella seperti sedang menggoda dirinya walhal gadis itu tidak berbuat apa-apa pun!

"Angah, Adella, buat apa dekat situ? Pergilah layan tetamu dekat sana, ramai duk mencari kamu berdua nak ucap tahniah. Pergi cepat." Arah Puan Zabitha sambil menggelengkan kepalanya. Tahulah baru sahaja kahwin, nanti-nantilah nak bermanjanya. Monolognya dalam hati.

"Jom..." Adella menjingkitkan kakinya sedikit untuk berbisik di tepi telinga Faiq. Lelaki itu sudah berdebar menunggu apa yang ingin disampaikan isterinya.

"abang." Sejurus itu, terasa tangan gadis itu melingkar di pinggangnya dan mereka berjalan bersama mendekati para tetamu. Faiq mengeraskan badannya tanda dia tidak selesa dengan semua itu.

Halkum Faiq tak henti bergerak, menahan hatinya daripada jatuh. Ugh, dia boleh menjadi gila dengan semua ini!


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


20 votes to unlock a new chapter. Thanks.

『𝐎𝐆』Mrs. Faiq Hyder | His SaviourWhere stories live. Discover now