𝟑

213 28 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


"Kenapa comel sangat?" Soalan yang diajukan oleh Adella itu membuatkan Faiq sedikit tergamam. Matanya dihalakan ke arah lain.

"Dah memang aku dilahirkan untuk jadi comel." Jawab Faiq sambil anak matanya dijulingkan ke atas. Isterinya tergelak kecil kemudian dia berhenti.

Gadis itu mendekati suaminya yang sedang duduk di atas sofa sambil melunjurkan kedua belah kaki panjangnya itu. Perlahan dia melabuhkan punggungnya di atas peha Faiq membuatkan lelaki itu terkejut.

Faiq berniat untuk menolak tubuh genit itu namun segera Adella menahan dada bidang lelaki tersebut. Haih, apalah nasib dia dapat isteri yang bersifat kelelakian ini. Nasib bukan tomboy betul-betul.

"Awak tahu tak, Faiq..." Adella memulakan bicaranya. Sengaja dia biarkan ayatnya tergantung sebegitu untuk membuat perbualan tersebut menjadi lebih menarik. Dada Faiq yang berlapikkan t-shirt Polo itu diusap-usap menggunakan jari telunjuknya. 

Faiq sudah mula gemuruh, air liurnya ditelan berkali. Jelas halkumnya yang sedang bergerak-gerak itu. Adella makin galak mengusiknya, bahu lelaki itu pula yang disentuhnya sensual.

"Saya suka sangat dapat kahwin dengan awak. Even we don't know each other, yet I still like you. Cause you are really cute, abang. And I love to tease you a lot because I like your response..."

"Like this.." Adella menundukkan wajahnya berhampiran dengan pipi Faiq lalu dicium sekilas di bahagian itu. Terus membulat kedua belah mata suaminya, pipinya sudah menjadi kemerah-merahan akibat malu dengan perbuatan luar jangkaan Adella. 

Adella tergelak kecil melihat reaksi daripada wajah kacak Faiq itu. "See? You shy, I like it." Ujar gadis itu dengan senyuman nakalnya yang terukir di bibir mungil miliknya.

Faiq sudah terkedu tak tahu nak balas apa. Baginya, Adella memang amat berani menggoda jiwa lelakinya. Dia yang lelaki ini pun tidak tahu bagaimana untuk menggoda seorang perempuan. Takkanlah dia ingin meminta tolong Adella untuk mengajarnya cara-cara untuk menggoda perempuan? Dah gila?

"Angah, eh ya Allah! Apa yang mama nampak ni?!" Suara yang datang daripada dapur itu membuatkan pasangan suami isteri tersebut menolehkan pandangan ke situ. Kelihatan Puan Zabitha yang sedang menutup matanya menggunakan telapak tangan.

Cepat-cepat Faiq menolak tubuh Adella sehingga gadis itu terduduk di sofa yang lagi satu. Belakang lehernya digosok janggal. Aduh, habislah nanti mamanya fikir lain!

Puan Zabitha menurunkan tangannya dan berjalan mendekati mereka berdua. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan Adella sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. 

Mulalah tu. Bisik hati Faiq.

"Amboi, bukan main mesra nampak. Mama suka tengok kamu berdua macam ni, duduk rapat-rapat, bermanja sana-sini. Ha, itulah baru namanya pengantin baru! Mama suka!" Puan Zabitha menepuk kedua belah tangannya gembira. 

Adella yang berada di sebelah emak mertuanya hanya membuat muka biasa sahaja. Lain dengan Faiq, muka macam nak terberak. 

"Mama, kenapa panggil angah tadi?" Tanya Faiq, segera dia menukar topik.

"Ni ha, besan mama, ayah mertua kamulah datang nak melawat. Rindu sangat dia pada Adella ni. Lagipun, dengar cerita, dia ada sesuatu nak bagi pada kamu berdua." Penuh ceria nada Puan Zabitha memberitahu. 

"Abah nak bagi apa, ma?" Tanya Adella, mukanya kelihatan sedikit tertanya-tanya. Wanita separuh umur itu hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda dia sendiri pun tidak tahu walhal dia tahu sebenarnya. Cuma, nak biar suspens.


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


"Abah dah bincang dengan besan abah ni, nak sponsor kamu berdua punya honeymoon." Suara Encik Ridzwan memecahkan keheningan suasana di ruang tamu itu. Dua tiket penerbangan ke Jepun diletakkan ke atas meja.

Terbeliak mata Faiq melihat tiket penerbangan itu. "Pergi Jepun?! Jauhnya ma, Faiq tak nak lah." Semudah itu jawapan Faiq. Puan Zabitha sudah menggeleng kepala melihat perangai anak lelakinya itu.

"Angah, ini untuk perkahwinan kamu juga. Macam mana nak hidup sama-sama nanti kalau asyik duduk dekat rumah mama aje? Kamu tu dah jadi suami orang, angah. Ingat tu." Dan apa reaksi Faiq, dia hanya menjulingkan kedua belah matanya ke atas. Muak asyik mendengar benda sama sahaja.

"Thanks abah, mama." Kedengaran suara Adella mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa tersebut. Tangan putih itu mengambil tiket penerbangan itu.

Nak tak nak Faiq terpaksa juga pergi ke honeymoon tersebut. Bersama Adella, isteri yang digeruninya sedikit itu.

"Ugh..." Keluhan kasar dilepaskan pada bibirnya sambil memandang Adella yang sedang memandangnya dengan satu senyuman nakal itu.

Ulat bulu naik daun betul isterinya ini!


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


Biar pendek, asalkan update. 

Vote and comment to unlock next chapter.

『𝐎𝐆』Mrs. Faiq Hyder | His SaviourWhere stories live. Discover now