𝟒

214 27 9
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


══════ ∘◦❁◦∘ ══════


"Pergi sana elok-elok ya, angah? Jaga Adella tu, dia seorang aje bini kamu." Pesan Puan Zabitha sambil mengusap bahu anak lelakinya itu lembut. Adella yang berdiri di sebelah suaminya itu hanya menyimpulkan senyuman kecil.

Takkanlah aku ada dua bini pulak? Haduh mama pun. Getus Faiq di dalam hati.

"Okeylah, ma. Angah dengan Adella pergi dulu, jaga diri elok-elok. Nanti dah sampai sana angah call." Faiq kemudiannya mencium kedua belah pipi Puan Zabitha yang sudah kelihatan sedikit berkedut akibat penuaan.

"Baik, hati-hati. Assalamualaikum." Puan Zabitha melambaikan tangannya ke arah pasangan suami isteri tersebut. Makin lama, bayang mereka berdua menghilang.

Faiq yang berjalan di hadapan itu langsung tidak mengendahkan Adella yang sedang terkedek-kedek membawa dua begnya itu. Satu beg bagasi, satu lagi beg sandang yang wajib dibawanya apabila pergi ke trip.

Memanglah Adella bersifat seperti lelaki, tetapi dia bukanlah seorang yang kuat mana pun. Tengoklah, beg yang disandang pada bahunya itu pun hampir terlorot jatuh. 

Faiq yang merasakan ketiadaan Adella itu terus pusing ke belakang. Hampir saja dia mentertawakan gadis itu, sungguh keadaan isterinya itu amat kelakar. Dah macam angkat guni beras aje.

Terus lelaki itu berjalan ke arah Adella. Sampai sahaja di depan gadis itu, terus sahaja gelaknya terlepas. 

"Pft- HAHAHAHA!" Adella sudah mencemberutkan mukanya, beg sandangnya diletakkan di atas lantai terlebih dahulu kemudian peluh di dahinya diseka menggunakan lengan baju panjangnya.

Sudah puas ketawa, Faiq berhenti dan memandang semula wajah cemberut isterinya itu. "Atototot, kesiannya budak ni. Adik kenapa? Mana keluarga adik, bahaya tau adik jalan sorang-sorang dekat airport ni. Nanti orang culik-"

Belum sempat Faiq habis mengusik Adella, terasa kakinya disepak kuat. Habis satu KLIA tersebut mendengar suara garau lelaki itu menjerit kesakitan. "Adoii!!" 

Kakinya diangkat dan digenggam sedikit kuat. Sakit woo! Mata Faiq terpejam manakala giginya diketap rapat. Memang cari pasal betul Adella.

"Padan muka, lain kali kalau datang nak gelakkan orang, baik tak payah datang. Kan dah kena." Bidas Adella dengan nada yang sedikit mendatar. Senyuman sinis ditayangkan melihat muka Faiq yang kesakitan itu.

"Tch, dah lah. Daripada aku nak tolong, terus tak jadi. Ha, kau angkatlah beg kau yang mengalahkan batu tu." Faiq beredar dari situ dengan kakinya yang sakit. Bukan perlahan ya Adella menyepaknya, rasa macam nak tertanggal dah kakinya yang bersaiz 10 itu.

『𝐎𝐆』Mrs. Faiq Hyder | His SaviourWhere stories live. Discover now