"Adik yakin ke nak terima tawaran mengajar kat kawasan pedalaman tu?"
Datin Kasih Qistina berjalan menghampiri anak bongsu kesayangannya yang sedang duduk di ruang tamu.
"Ma, ini kan impian mama juga nak tengok adik jadi cikgu." Ringkas sahaja jawapan yang meluncur dari bibir kecil milik Kasih Qaisara itu.
"Mama bukan nak halang kamu jadi cikgu cuma Mama risau bila dengar sekolah yang kamu dapat tu dekat kawasan pedalaman. Susah kalau apa-apa jadi nanti."
Kerisauan masih lagi terpancar jelas dari raut wajah Datin Qistina.
Tak hairanlah jikalau Datin Qistina risau, ini kali pertama anak perempuanya itu berjauhan daripada sosok sang ibu.
Kasih Qaisara tersenyum melihat raut wajah Datin Qistina. Jari jemari halus Qaisara menggapai tangan ibunya dan digenggam erat.
"Mama, izinkan adik mengajar kat sana ya? Adik teringin sangat nak tolong budak-budak kat kawasan pedalaman tu belajar."
Wajah sayu dipasang dengan harapan Datin Qistina mengizinkan dia meneruskan impiannya sebagai guru di kawasan pedalaman itu.
Datin Qistina merenung wajah bujur sirih anak bongsunya. Kecantikan rupa paras anaknya tidak dapat dinafikan sama sekali kerana wajah anaknya mewarisi sifat fizikalnya sendiri.
Bola mata Qaisara berwarna coklat Hazel diikuti dengan bulu mata yang melentik. Hidung pula terletak elok dan bibir yang kecil mungil berwarna merah delima.
Mirip sekali dengan wajahnya.
Datin Qistina mengganguk perlahan tanda dia mengizinkan anak bongsunya itu meneruskan hajatnya.
"Terima kasih Mama, Adik sayang Mama ketat-ketat!"
Qaisara menjerit gembira sambil memeluk tubuh tua ibunya.
"Nanti kat tempat orang, sentiasa jaga solat, aurat dan maruah. Kita ni orang perempuan, kena jaga harga diri. Jangan sampai mereka yang berniat jahat ambil kesempatan. Ingat sampai bila-bila pesan Mama ni."
Qaisara tersenyum mendengar setiap patah perkataan wanita itu. Setiap butir mutiara nasihat terasa meresap terus ke dalam hati. Terasa nyaman dan damai.
Selepas pemergian arwah Papa akibat serangan jantung lima tahun lepas, Mama merupakan satu-satunya tempat dia mengharapkan doa dan restu agar dia terus berjaya dalam kehidupan.
"Papa, Adik rindu!"
Malangnya, jeritan itu hanya terdengar di sudut paling dalam hatinya sahaja.
Rindu tanpa pertemuan itu berat.
YOU ARE READING
CANTIK [ OG ]
Mystery / Thriller#First Qaisar's Siblings Series ♡ Kasih Qaisara, seorang guru muda di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman. Kecantikan rupa parasnya menjadi buah mulut guru dan pelajar di sekolah itu. "Ketaksuban pada keindahan rupa yang membunuh jiwa." Kata...