Hon kereta ditekan beberapa kali menandakan dia sudah sampai di hadapan rumah Qaisara.
"Jangan la dia sidai aku kat sini. Perempuan kalau bersiap, kita yang lelaki ni sempat travel ke Jepun dulu sambil nak menunggu dia." omel Jebat.
Setelah tiga puluh minit menunggu, kelibat Qaisara masih belum muncul.
Enjin kereta Honda Civic Fk8 Type R itu dimatikan. Nombor Qaisara didail. Ketika panggilan mulai berdering, terlihat Qaisara yang tergopoh-gapah menyarung kasut sambil mengunci pintu rumahnya.
Panggilan telefon tadi dimatikan. Jebat hanya menggelengkan kepalanya ketika memerhati gelagat gadis itu.
"Saya minta maaf sangat-sangat sebab lambat keluar. Tak sangka pula boleh ambil masa yang lama untuk bersiap kali ni."
Sebaik sahaja Qaisara masuk ke dalam kereta, dia terus meminta maaf kepada rakan kerjanya itu.
"Nasib la tiga puluh minit je sidai. Kalau dua jam kena sidai tadi, sempat agaknya travel ke Jepun dulu." kutuk Jebat dengan nada perlahan.
"Awak cakap apa tadi, Jebat? Saya kurang dengar la." Qaisara menyoal. Kurang jelas dengan apa yang dikatakan oleh jejaka itu seketika tadi.
"Nothing. Seatbelt jangan lupa pakai." balas Jebat ringkas.
Tali pinggang keselamatan ditarik oleh Qaisara seperti mana yang diarahkan. Keselamatan tetap diutamakan walaupun dia masih tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang dikatakan oleh Jebat sebentar tadi.
Jebat menghidupkan enjin kereta, gear dimasukkan dan secara perlahan-lahan keretanya itu bergerak untuk memulakan perjalanan mereka ke bandar.
Sepanjang perjalanan, tiada sebarang perbualan antara mereka. Hanya suara penyampai radio sahaja yang mengisi suasana.
Qaisara yang tidak ada topik menarik untuk dibualkan hanya berdiam diri menanti Jebat memulakan bicara. Namun begitu, Jebat kelihatan fokus memandu tanpa menghiraukan kehadirannya di sebelah.
"Kan best kalau Norreen ada sekali, tak ada la diri ni rasa macam tembok batu kat sini." gumam Qaisara dalam hati. Pemandangan di luar tingkap diperhatikan dalam diam.
Setibanya mereka di kawasan bandar setelah satu jam perjalanan, jalan raya mulai sesak dan perlahan.
Setelah sepuluh minit, kenderaan di hadapan mereka mulai bergerak.
"Patut la sesak jalan ni, ada roadblock rupanya."
Kenderaan-kenderaan yang melalui kawasan tersebut diperiksa satu per satu oleh pasukan polis yang bertugas.
Kini giliran kereta Jebat pula untuk diperiksa. Cermin tingkap di bahagian pemandu diketuk oleh seorang pegawai polis lelaki. Ketukan sebagai tanda supaya cermin itu diturunkan. Jebat akur lalu menurunkan cermin tingkap keretanya itu.
YOU ARE READING
CANTIK [ OG ]
Mystery / Thriller#First Qaisar's Siblings Series ♡ Kasih Qaisara, seorang guru muda di sebuah sekolah rendah di kawasan pedalaman. Kecantikan rupa parasnya menjadi buah mulut guru dan pelajar di sekolah itu. "Ketaksuban pada keindahan rupa yang membunuh jiwa." Kata...