Bab 5 - Kawan

94 15 20
                                    

Stereng kereta dipaut ke kiri, kereta Perodua Bezza berwarna hitam milik Norreen keluar dari kawasan pedalaman Pos Tohoi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Stereng kereta dipaut ke kiri, kereta Perodua Bezza berwarna hitam milik Norreen keluar dari kawasan pedalaman Pos Tohoi.

"Norreen, kita nak pergi mana?"

Suara Qaisara memecahkan kesepian yang ada di antara mereka berdua sejak dari tadi.

Norreen yang sedang fokus memandu keretanya sejak tadi menoleh ke arah sebelah kirinya.

Norreen terlupa ada Qaisara yang duduk di kerusi penumpang di sebelahnya sekarang ini. Maklumlah selama ini dia hanya keluar ke mana-mana sahaja berseorangan diri.

"Norreen nak ajak Qaisara teman saya window shopping hari ni!"

Norreen menjawab dengan teruja. Ini pertama kali dia ada kawan untuk diajak keluar berjalan.

Disebabkan hari ini ialah hari minggu, Norreen bercadang ingin mengajak Qaisara window shopping di Aeon Ipoh Station 18.

Release tension selepas penat berkerja katanya.

Qaisara tersenyum melihat keterujaan Norreen. Sejujurnya dia juga teruja.

"Wah, betul ke ni Norreen?"

Norreen mengangguk laju mengiyakan pertanyaan Qaisara.

Boleh dikatakan Norreen ialah kawan perempuan pertama Qaisara. Ketika zaman dia masih bergelar pelajar, hidup Qaisara dikawal ketat oleh Arjuna dan Aryan.

Qaisara tidak dibenarkan keluar dari rumah berseorangan tanpa Arjuna atau Aryan.

Jika kedua-dua abangnya itu sibuk dengan urusan mereka, setiausaha pejabat Arjuna iaitu Lisha akan ditugaskan mengiringi Qaisara ke destinasi yang ingin dituju.

Pengawal peribadi Qaisara iaitu Uwaisy yang diupah Arjuna akan sentiasa mengawasi Qaisara dan Lisha dari jauh.

Setiap dua jam gambar berserta laporan akan dihantar ke Arjuna sebagai bukti Lisha dan Uwaisy menjalankan tugas mereka dengan baik.

Sesiapa sahaja selain daripada mereka dan Datin Qistina tidak dibenarkan keluar bersama Qaisara tanpa sebab yang mustahak.

Rimas? Terseksa? Mungkin pada pandangan orang lain tetapi bukan pada Qaisara.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tidak terpakai dalam situasi Qaisara.

Dia tetap bersyukur diperlakukan sebegitu. Jika tidak dia bukanlah Qaisara yang sekarang, mungkin dia Qaisara yang liar dan rosak kerana terlalu banyak diberikan kebebasan.

Lagi pun, Qaisara sangat dimanjakan dan penuh dengan kasih sayang dari keluarganya terutama oleh abang sulungnya, Qaisar Arjuna.

Minta saja nak dibelikan apa-apa, tanpa bertanya banyak atau melihat pada price tag pasti Arjuna belikan.

CANTIK [ OG ]Where stories live. Discover now