Bab 6 - Bunga

78 12 20
                                    

Kicauan burung-burung yang hinggap pada dahan pokok itu diibaratkan seperti irama melodi dan halwa telinga yang mengasyikkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kicauan burung-burung yang hinggap pada dahan pokok itu diibaratkan seperti irama melodi dan halwa telinga yang mengasyikkan.

Beberapa ekor red deer kelihatan sedang duduk berehat di tepi sebatang sungai yang jernih airnya.

Beberapa ekor red deer kelihatan sedang duduk berehat di tepi sebatang sungai yang jernih airnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekumpulan ikan yang berwarna-warni berenang gembira di dalam sungai tersebut.

Bunga-bunga yang ada pada tumbuhan di hutan itu kembang dengan mekar sekali.

Kepelbagaian warna bunga tersebut membuatkan kawasan tersebut kelihatan indah dan harmoni.

Bau wangian yang dihasilkan bunga-bunga di situ sangat lembut dan menyenangkan.

Rama-rama berterbangan mengelilingi bunga-bungaan di hutan itu.

Tenang dan nyaman. Ibarat tiada satu pun masalah yang wujud di dunia ini.

Itu suasana yang dapat dirasakan ketika itu.

Qaisara memandang ke kiri dan kanannya.

Dia memerhatikan keadaan sekeliling.

Tempat itu kelihatan indah namun asing bagi penglihatan mata kasarnya.

"Tempat apa ni? Macam mana saya boleh ada kat sini? Mana orang lain?"

Pertanyaan tersebut bermain-main di dalam fikiran Qaisara.

Tiba-tiba suara nyanyian sayup-sayup sahaja kedengaran.

Suara itu kedengaran tidak jauh dari tempat Qaisara sedang berdiri.

Perlahan-lahan Qaisara melangkah mencari sumber suara itu.

Batu-batu bersaiz sederhana yang merentangi sungai cetek itu dipijak untuk dia menyeberangi sungai itu.

Rasa ingin tahu dalam dadanya membuak-buak.

Ketika kaki Qaisara tiba di satu kawasan lapangan luas. Terdapat sebatang pokok besar yang redang dengan daun, langkahnya dihentikan.

Tiupan angin silir semilir pada ketika itu membuatkan rumput hijau di tempat itu bergerak mengikut arah angin.

CANTIK [ OG ]Where stories live. Discover now