Bab 1- Familia

145 19 3
                                    

"Kau dah siap kemas semua barang yang nak bawa?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau dah siap kemas semua barang yang nak bawa?"

Qaisar Arjuna, abang sulung Kasih Qaisara. Jejaka yang sedang duduk menyiapkan kerja pejabatnya di ruang tamu itu mengajukan soalan kepada adik bongsunya.

"Dah siap dengan sempurna dan jayanya tuan!"

Seloroh sahaja jawapan Qaisara.

"Baguslah, lusa pagi dah kena gerak hantar kau. Jangan nanti ada tertinggal barang penting pula."

Arjuna masih fokus menaip di komputer ribanya.

"Habislah abang poyo kita rindu kat adik dia yang kepam ni nanti." kata Qaisar Aryan.

Cubitan Qaisara hinggap di lengan sasa abang keduanya yang muncul entah dari mana.

"Aduh sakit la." Aryan menyeringai kesakitan apabila cubitan yang tak disangka singgah ke lengannya.

"Tu balasan sebab cakap Adik kepam!" 

Mencebik bibir Qaisara tak puas hati digelar sedemikian. Punya la mahal perfume yang dia guna! perfume brand Dior hadiah daripada Mama tau.

"Padan muka." Dua patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Arjuna ketika melihat tingkah laku dua orang adiknya saat ini.

"Eleh, Angah gurau je. Adik kan budak kecil paling wangi kat Malaysia ni. Tak mandi sebulan pun wangi!"

Aryan yang belum serik itu masih lagi menyakat adik bongsunya itu.

"Patutnya gelaran Raja Kaki Bahan tu bagi je kat Angah, memang layak sangat!"

Qaisara mencebik tak puas hati.

"Cukup! bising la bergaduh macam kucing dengan anjing." Abang sulung jika dah bersuara memang terdiam bisu adik-adiknya.

"Aryan, lusa Abang nak kau ikut sekali hantar Adik lapor diri kat sekolah dia tu."

Tegas kedengaran perintah yang dikeluarkan oleh Arjuna

"Ya, mestilah Angah ikut."

Aryan tahu dia tidak boleh membantah. Arjuna seorang abang yang tegas. Perwatakan abangnya saling tak tumpah seperti Dato' Arman, arwah Papa mereka.

"Kalau Papa ada sekarang, mesti Papa banggakan tengok anak perempuan kesayangan Papa ni dah berjaya capai cita-cita dia." bisik hati Aryan.

Qaisara satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka. Itulah sebab dia sangat dimanjakan oleh arwah Papa dan abang-abangnya.

"Angah okay? Tiba-tiba je termenung ni, mesti teringat kat Kak Dahlia kan?"

Qaisara sedar dari tadi lagi Aryan menggelamun lalu terdetik di hatinya niat ingin mengusik.

"Eh, ke situ pula kau." Pipi Aryan membahang merah apabila nama tunangnya itu dipetik. Kakinya diatur laju menuju ke bilik demi melarikan diri. Lari dari Qaisara yang ingin membuka topik berkenaan tunangnya, Dahlia.

CANTIK [ OG ]Where stories live. Discover now