BAB 25

2.1K 179 9
                                    

Jangkaan daripada 'Doktor Cinta' betul nampaknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jangkaan daripada 'Doktor Cinta' betul nampaknya. Lepas saja balik daripada ambil Aaron tadi, aku muntah. Dan sekarang, aku terlantar di katil rumahku.

"Macam mana, sayang? Betul tak cakap doktor cinta?" Aku mencebik. Sindir aku nampaknya.

"Tak payah nak sayang sayang sangatlah. Geli Laila dengar. Nanti Laila bank in la duit. Pandai-pandailah abang pergi beli. Laila tak larat." Aku mendengus kasar. Sibuk sangat dengan Bugatti mewah dia tu. Tapi adakah aku akan bank in? Haha, kirim salamlah jawabnya. Kalau aku nak belanja abang Han Bugatti, memang tidaklah. Lebih baik kalau aku beli untuk diri sendiri.

"Kakak, kakak macam mana? Kakak okey? Ni, Aaron ada bawakan bubur nasi untuk kakak. Kakak makanlah. Ni Aaron buat sendiri. Papa pun puji sedap." Aaron membawa sedulang air kosong dan juga bubur nasi berisikan ayam. Nasiblah Aaron ada. Tenang sikit hati aku.

Belum sempat aku ambil bubur nasi itu, Aaron terlebih dahulu mengambilnya. Dia lalu menghulurkan sesudu bubur ke mulutku.

Sedap!

"Kakak, biar Aaron suapkan kakak. Kakak tak sihat tu. Biar Aaron jaga kakak." Pelawa Aaron. Awh, baiknya hati seorang ni! Entah kenapa setiap kali aku dengan Aaron, Aaron selalu tunjuk sifat prihatin dan manja dia pada aku.

"Woi, budak. Memanglah kakak kau tak sihat. Dia mengandung." Abang Han menyekeh kepala Aaron.

Aaron dengan marahnya memusingkan kepalanya ke arah abang Han. Mata mereka berdua saling bertemu. Bagaikan ingin melawan mata.

"Aku tahulah kakak aku mengandung. Aku tak bodoh. Dah lah ambil lambat sejam. Tak boleh buat suami ni." Aaron menyatakan fakta. Benda betul. Abang Han memang tak patut dijadikan suami. Aku sokong seratus peratus!

"Eleh, yang jadi drivernya aku. Aku tak ambil kau lepasni baru tahu." Abang Han melawan balik. Fuh, kalau dah lesen ditangan, memang susah untuk kalahkan dia!

"Aduh, abang Han.. kepala Aaron terhantuk dekat pokok la rasanya. Sebab tu Aaron salah cakap tadi. Maafkan Aaron ya, abang Han." Aaron tiba-tiba mengubah topik sambil tangannya mengusap-usap kepala. Nampaknya Aaron telahpun mengibarkan bendera putih.

Alahai, Aaron. Cepat betul kau mengalah.

Abang Han tersenyum kemenangan. Dia lalu memeluk tubuhnya. "Tahu pun,"

"Pukul enam tepat kita balik. Rumah bukannya dekat. Dengan jalan sesaknya lagi. Wuu.. tak sanggup. Laila, Laila boleh jaga diri kan?"

"Abang Han tak perlu risau. Laila dah besar, Laila tahu jaga diri. Pukul enam lebih nanti Arjuna balik la tu." Jawabku bersahaja.

Abang Han hanya menggaru kepala. Tak tahu mahu membalas apa lagi, sudahnya dia hanya diam.

"Eh, abang Han! Nak dekat pukul enam la! Lagi lima minit. Kakak, nah makan bagi habis. Sempat lagi Aaron nak suapkan ni." Aaron menghulurkan satu sudu bubur kepadaku. Namun, aku menolaknya.

LAILA'S BROTHER [COMPLETED]Where stories live. Discover now