𝓑𝓪𝓫 6

376 15 0
                                    

~ 𝐘𝐎𝐔'𝐑𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓, 𝐇𝐎𝐍𝐄𝐘. ~

***

Fatiey Nasyuha mengetuk pintu bilik suaminya dengan perlahan. Memang kebiasaan Fatiey pada waktu pagi akan mengejutkan Darren untuk bangun. Mereka tidak tidur sebilik itu kerana atas permintaan dirinya dan suaminya juga bersetuju sahaja. Tetapi Fatiey yang menyiapkan segala keperluan Darren untuk pergi ke tempat kerja. Sejak dia berkahwin dengan Darren, jejaka langsung tidak benarkan dia bekerja sama sekali.

Tok! Tok!

"Tuan muda, bangun dah pagi ni nanti lambat pula nak pergi kerja! ."Kata Fatiey kuat. Nanti kalau lembut lembut karang payah nak bangun tuan muda sorang tu.

Sesaat selepas pintu bilik dibuka dari dalam tersemburkan susuk tubuh Darren yang tidak berbaju hanya memakai seluar pendek paras peha sahaja. Disebabkan Fatiey sudah biasa dengan keadaan ini jadi dia sudah siap sedia menutup mata apabila pintu dibuka. Saat pertama kali dia menjalan tugasnya sebagai isteri terkejut nauzubillah lah jugak tengok Darren macam tu, membebel teruk dia wajtu itu namun Darren buat tidak hiraukan sahaja.

Bak kata jejaka itu, "Tunggulah satu hari nanti bukan setakat perut berketul aku je kau tengok, sesuatu yang menakjubkan pun kau akan tengok nanti." Dia bukan bodoh sangat tak faham apa yang dimaksud oleh jejaka itu. Otaknya bukan naif lagi sejak dia mula membaca novel di usia remaja. Bahaya betul.

"Tuan muda pergi mandi sana. Saya dah siap baju tuan muda kat bilik saya. Nanti tuan muda ambik lah sendiri. Saya nak turun buat breakfast."Kata Fatiey lembut sambil mentup matanya dengan tangan kecil.

Darren tersenyum sinis melihat isterinya setiap kali mengejutkan dirinya pada waktu pagi. Tapi dia hiraukan apa? Dia dan Fatiey langsung tidak batas pergualan lagi. Mereka suami isterinya yang sah. Cuma Fatiey sahaja yang belum bersedia. Dia faham, faham sangat. Tapi gadis itu juga harus faham dia lelaki. Nafsu itu pasti dibawa setiap masa. Iman dia bukan kuat sangat. Fatiey yang berpakaian bertutup litup ini pun dia boleh berfikiran kotor apatah lagi aurat gadis itu terdedah. Gila agaknya dia nanti.

"Aku malaslah nak jalan pergi bilik kau, nanti karang aku tak keluar- keluar. Ha macam mana?" Kata Darren mendatar. Bibirnya tersenyum nakal.

Dahi Fatiey berkerut halus. Dia masih lagi menutup matanya. Rasa seksa pula asyik tutup mata ni tetapi kalau buka mata rasanya lagi seksa kot.

"Dah kenapa tuan muda tak keluar keluar? Pintu akan hilang ke kalau tuan muda masuk bilik saya?" Soal Fatiey pelik. Suaminya itu suka buat lawak tak masuk akal.

Senyuman Darren semakin nakal. Dia mendekati Fatiey dengan lebih dekat sebelum menundukkan sedikit, bibirnya didekat dengan telinga Fatiey yang berbalut shawl cream.

"Aku bukan apa. Kalau dah masuk bilik kau jiwa raga aku ni nak meronta-ronta nak tengok kau pakai saiz apa bra dengan underwear. Warna apa bra dengan underwear yang kau ada, besar ke tak bra kau. Itu sahaja. Dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk aku melihatnya dengan teliti."Bisik Darren nakal pada isterinya.

Terbeliak mata Fatiey mendengar itu terus sahaja dia memandang suaminya sebelum menolak dada bogel Darren dengan kuat.

"Hey! Jangan berani usik barang-barang saya. Kalau tak nanti saya bakar Vila tuan muda ni!"Marah Fatiey dengan mata menikam tajam mata hijau terang itu.

Darren tersenyum nakal sahaja memandang Fatiey mata hitam itu membulat besar memandang dirinya. Dia terdorong sedikit kebelakang akibat tolakan Fatiey. Dia tidak kesah sekarang ini mood mengusik gadis itu terbuak-buak dalam dirinya. Dia suka melihat gadis itu marah nampak sungguh comel.

𝐌𝐑𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐄𝐋 { 𝐎𝐆 }Where stories live. Discover now