𝓑𝓪𝓫 7

302 12 0
                                    

~ 𝐘𝐎𝐔'𝐑𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓, 𝐇𝐎𝐍𝐄𝐘. ~

***

Tuan Darriel Nazef melangkah masuk ke dalam bangunan setinggi 30 tingkat ini. Dia menghiraukan mata yang memandang dirinya. Mereka ada mata jadi mereka tengoklah.

Kaki panjangnya menuju ke lif, butang di tekan sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Ting! Dia terus keluar dari lif dan menuju ke sebuah bilik. Tanpa mengetuk dahulu dia terus memulaskan tombol. Klak! Tersemburlah wajah kacak empat jejaka di dalam bilik itu.

"Apahal kau lambat?" Soal Arlan mendatar yang sedang duduk di sofa yang ada dibilik itu.

"Aku ada hal sikit."Kata Darriel mendatar sebelum duduk ditepi Arlan. Pandangan tajam dari mata abangnya dia abaikan seratus peratus.

"Kau pergi jumpa perempuan tu lagi eh? Kau ni masih tak move on lagi ke? Dia dah jadi bini orang dah pun."Kata Qairiel mendatar. Dia duduk disofa berhadapan dengan Arlan dan Darriel.

"Dia ada nama, setan. Suka hati kau je panggil dia perempuan."Kata Darriel mendatar sebelum menjeling Qairiel. Dia tidak suka apabila lelaki itu memanggil Aisy, dengan panggilan perempuan. Walapun Aisy memang perempuan tapi dia ada nama.

"Whatever." Balas Qairiel sebelum menjeling Darriel menyampah.

"So apahal kau panggil kita orang datang berkumpul? Ada masalah ke?"Tanya Arlan memulakan perbincangan. Matanya memandang Darren yang duduk bersandar di kerusi kerjanya.

Manakala Kainean pula duduk dikerusi dihadapan meja kerja Darren. Jejaka itu hanya diam memerhatikan sahaja memandang dia memang pendiam.

"Daddy, dia suruh turun padang sekali untuk cari pembunuh arwah." Kata Darren mendatar. Matanya memandang ke arah jejaka-jejaka yang lain.

"Jadi kau nak ikut ke kata daddy? Kau nak kakak ipar tahu siapa kita semua sebenarnya?"Tanya Darriel sambil memandang abangnya, jelas kelihatan serabut.

Darren mengeluh perlahan. Dia melonggarkan tali leherkan dengan kasar. Fikiran menjadi serabut saat ini. Dia bersandar pada penyandar kerusi kerja. Tangan mengurut dahi perlahan menghilangkan rasa pening.

"Aku tak tahu. Kalau aku ikut turun padang Fatiey mesti akan tahu nanti. Tapi kalau aku tak ikut pembunuh itu mesti akan target Fatiey lepas ni." Kata Darren mendatar.

Mereka terdiam. Masing-masing memikirkan apa yang harus dilakukan. Sama ada mereka pergi memburu atau mereka akan diburu itu pilihan ditangan mereka.

"Aku rasa better ikut cakap daddy. Nanti Fatiey akan tahu juga siapa kita sebenarnya. Cuma lambat atau cepat sahaja." Kata Kainean setelah lama berdiamkan dirinya.

"Aku sokong. Lebih baik dia tahu sekarang, sekurang-kurangnya dia tak akan rasa tertipu dengan kita memandangkan kita baru je kenal dia." Sahut Arlan serius. Dia risau juga kita Fatiey tahu apa yang mereka semua buat sebelum ini.

"Lagipun company dekat sana ada masalah sikit. Budak-budak tak dapat uruskan. Nak tak nak kita kena pergi sana juga." Sambung Kainean lagi. Memandang kini yang menjadi PA kepada Darren ialah dia jadi maklum penting tentang syarikat harus dia laporkan.

𝐌𝐑𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐄𝐋 { 𝐎𝐆 }Where stories live. Discover now