𝓑𝓪𝓑 2

531 13 0
                                    

~ 𝐘𝐎𝐔'𝐑𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓, 𝐇𝐎𝐍𝐄𝐘. ~

***

    Tuan Darriel Nazef menutup pintu kereta Audi R8 perlahan. Kepalanya mendongak ke atas memandang ke arah balkoni bilik kakak iparnya.

Kelihatan kakak iparnya sedang healing seorang diri. Kenapalah masih wujud lagi wanita setia seperti kakak iparnya itu. Walaupun tunangnya sudah lima bulan menghadap ilahi namun gadis itu masih lagi meratapinya.

Entah apa yang kakak iparnya suka sangat akan Wildan dia tidak tahu. Setahunya Wildan itu dulu kaki perempuan tapi sebelum berjumpa dengan kakak iparnya lah. Selepas berjumpa dengan kakak iparnya jejaka itu insaf bergitu dengan abangnya dan anak anak buahnya, Qairiel dan Ayden. Kainean pula memang tak sentuh perempuan melainkan teman wanitanya, Dahlia Wardina.

"Kakak ipar!" Laung Darriel kuat sambil melambai pada Kakak iparnya.

Fatiey yang sedang healing itu tersentak sebelum menunduk ke bawah. Bibirnya tersenyum pada Darriel sebelum membalas lambaian Darriel.

"Jom lepak kat kedai mamak nak tak kakak ipar?" Kata Darriel lagi.

Fatiey terdiam sebentar sebelum bersuara kembali. "Sekejap saya mintak dengan tuan muda." Kata Fatiey sebelum berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya.

Darriel menghantar bayangan kakak iparnya masuk ke dalam sebelum nafas dihela perlahan. Dia baru balik dari club sebenarnya namun melihat kakak ipar keseorang diri jadi dia merajinkan dirinya melayani kakak iparnya. Pasti abangnya sedang sibuk membuat kerja dan meninggalkan kakak iparnya sendiri.

"Bodoh punya jantan. Dah tahu bini tu tak boleh duduk sorang sorang kau tinggalkan dia juga. Masa belum kahwin dulu bukan main lagi aku akan jaga kau setiap masalah itulah inilah. Lepas kahwin ni hampek betul." Omel Darriel sendirian sambil membetulkan rambutnya di cermin keretanya.

"Kalau kau tak nak tak payahlah kahwin. Buat seksa anak orang sahaja. Inilah manusia yang tak tahu menghargai wanita." Bebel Darriel seorang diri sahaja meluahkan rasa marah pada abangnya.

"Kau nak pergi mana malam malam buta ni? Bukan kau baru balik ke? Nak keluar lagi." Soal Darren tiba-tiba yang sambil melangkah keluar dari rumah mendekati Darriel bersama isterinya, Fatiey.

Darriel menoleh kepada abangnya sebelum menjeling jejaka itu menyampah. Dia berjalan ke arah pintu sebelah penumpang disebelah pemandu itu dan pintu kereta dibuka.

"Kakak ipar marilah masuk." Kata Darriel lembut pada Fatiey.

Menyinga Darren melihat adiknya memalau dirinya. Tangan dia mencapai tangan isterinya ingin mendekati kereta Darriel menghalang dari isterinya melangkah.

"Aku tanya ni setan, kau nak pergi mana bawa bini aku malam malam buta ni?" Soal Darren geram.

Darriel menjeling abangnya. Menyampah betul dia dengan Darren yang acah caring ni. Rasa nak muntahlah. Baldi ada?

"Aku nak bawa bini kau dating. Nak harapkan suami dia bawakan macam sial pulak. Jadi aku berbesar hati nak bawa dia keluar tengok dunia luar daripada berkurung dalam istana neraka ni." Kata Darriel dingin. Matanya langsung tidak memandang abangnya.

"Kau kalau bercakap memang macam orang tak sayang mulutkan?" Kata Darren geram. Sabarnya mula tipis untuk si adik.

"Ikut akulah mulut aku lah sial. Lagipun apa yang aku cakap tu betul. Kalau tak percaya kau boleh tanya bini kau sendiri." Kata Darriel selamba.

𝐌𝐑𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐄𝐋 { 𝐎𝐆 }Where stories live. Discover now