𝓑𝓪𝓫 17

80 6 0
                                    

~ 𝐘𝐎𝐔'𝐑𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓, 𝐇𝐎𝐍𝐄𝐘. ~

***

    Muhammad Fadzil berjalan ke arah pintu Penthouse apabila loceng berbunyi menandakan ada orang datang. Pintu dibuka dengan perlahan.

Tercegat orang lelaki berkemeja maroon dihadapan pintu. Lelaki itu tersenyum kepada Fadzil. Dia kenal lelaki itu. Lelaki itu adalah, teman lelaki kakaknya. Wildan Syarkin.

"Kakak ada tak?" Tanya Wildan lembut.

Fadzil tersenyum nipis sebelum mengangguk kepalanya perlahan. Dia menjemput Wildan masuk sementara menunggu kakaknya kerana kakaknya kalau bersiap memang setahun.

"Jemputlah duduk. Kakak kalau bersiap lama." Ujar Fadzil sopan. Dia duduk sofa yang bertentangan dengan Wildan.

Wildan mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Sopan sahaja Fadzil ini berbeza dengan Faihan yang agak nakal itu.

"Faihan mana?" Tanya Wildan untuk menghilangkan suasana hening. Apa yang dia tahu tentang Fadzil, remaja lelaki itu pemalu dan pendiam menurut cerita Fatiey.

"Oh. Dia keluar dengan Adinda dan Nayliena." Kata Fadzil perlahan. Matanya memandang ke arah Wildan.

"Kenapa tak ikut Faihan sekali bawa keluar anak saudara? Fatiey kata Adinda dengan Nayliena rapat dengan Fadzil." Kata Wildan cuba untuk berborak dengan remaja pemalu itu.

"Kakak tak bagi sebab dia suruh teman kat rumah. Dia kata abang nak datang ambik dia. Dia takut nanti takde orang nak teman abang borak. Lagipun kalau saya tak ada abang mana boleh masuk dalam rumah. Timbul fitnah nanti." Kata Fadzil perlahan.

Wildan tersenyum mendengar kata-kata Fadzil. Jelas sekali Fadzil sangat menjaga kakaknya.

"Ya Allah. Sorry awak, sebab buat awak tertunggu." Kata Fatiey kelam kabut menurungi tangga.

Wildan menoleh apabila mendengar suara kesayangannya. Matanya tidak berkelip memandang Fatiey yang baru sahaja turun. Cantik sangat gadis itu pada malam ini. Gadis itu kelihatan sungguh cantik dengan dress satin labuh yang berwarna maroon. Dikenakan shawl satin juga berwarna maroon.

"Ehem. Jangan tengok kakak macam tu." Tegur Fadzil sedikit mendatar. Matanya memandang tajam ke arah Wildan.

"Maaf. Abang tak segaja." Kata Wildan perlahan. Wildan malu sendirian ditegur bergitu oleh Fadzil. Dia tersenyum malu pada Fadzil. Telinganya agak merah waktu itu.

Fatiey ketawa kecil melihat perilaku Wildan dan Fadzil yang mencuit hatinya.

"Lama ke awak tunggu saya?" Tanya Fatiey lembut sebelum mendekati dua lelaki itu.

Wildan mengelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum manis kepada cinta hatinya. Bertahun-tahun pun i sanggup tunggu you.

"Tak adalah. Lagipun I ada teman borak ni ha." Kata Wildan lembut sambil menunjuk ke arah Fadzil.

Fadzil hanya diam memandang kakaknya lama. Dia tersenyum nipis apabila Wildan menunjuk ke arahnya.

Fatiey tersenyum lucu. Dia tahu Wildan cuba untuk membuat adiknya selesa dengan lelaki itu. Memandang Fadzil pemalu jadi agak susah adiknya untuk mesra dengan orang luar.

𝐌𝐑𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐄𝐋 { 𝐎𝐆 }Where stories live. Discover now