𝓑𝓪𝓑 5

417 13 0
                                    

~ 𝐘𝐎𝐔'𝐑𝐄 𝐓𝐇𝐄 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐀𝐍𝐃 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓, 𝐇𝐎𝐍𝐄𝐘. ~

***

    "Fatiey."

Fatiey yang baru sahaja ingin naik ke bilik tidur terhenti apabila Darren memanggil dirinya. Berkerut dahinya apabila melihat Darren duduk di sofa ruang tamu. Selalunya selepas makan suaminya itu akan terus masuk ke bilik kerjanya.

"Tunggu apa lagi mari lah sini. Aku panggilkan kau, sayangg."Ujar Darren mendatar apabila Fatiey langsung tidak bergerak hanya merenung dirinya sahaja. Tahu lah dia handsome.

Fatiey berjalan menuju ke arah Darren sebelum jejaka itu menepuk sofa disebelahnya untuk dia duduk di situ. Langsung tidak membantah dia duduk disebelah jejaka itu.

"Kenapa tuan muda panggil saya? Saya ada buat salah apa-apa ke?"Tanya Fatiey lembut. Matanya memandang Darren yang ralit melihat rancangan  di kaca television.

Darren menoleh memandang Fatiey ditepinya. Remote diambil sebelum dia menutup television itu. Fokusnya ditumpukan seratus peratus pada isterinya.

"Aku ada benda nak cakap sikit dengan kau ni." Kata Darren mendatar. Dia merenung wajah cantik bidadari syurganya. Tenang sahaja rasa hatinya.

"Apa yang nak cakap tuan muda?" Tanya Fatiey lembut. Dia menjongket kening apabila Darren hanya diam merenung dirinya.

Raut wajah kacak itu kelihatan sedikit risau untuk mengatakan sesuatu. Mungkin hal itu penting, entah dia sendiri tidak tahu. Dia tidak pandai membaca riak wajah orang lain Darren. Lelaki itu sangat pandai menbaca riak wajahnya.

Darren menghembus nafas perlahan sebelum tangan mencapai tangan Fatiey dan digenggam lembut. Cuba mencari kekuatan untuk menyatakan hasratnya.

"Kau nak tak kalau aku bawa kau jumpa pakar psikologi?"Tanya Darren senafas. Genggaman tangan antara mereka berdua dia kuatkan seakan dia tahu reaksi Fatiey nanti.

"WHAT ?! DID YOU THINK I'M CRAZY ?!"Jerkah Fatiey kuat. Terus dia menarik tangannya dalam genggaman Darren namun tiada hasil kerana genggaman itu sangat kuat. Matanya tajam menikam muka tenang suaminya walaupun dijerkah olehnya.

"Tuan muda nak cakap saya ni gila sebab tu nak bawa saya jumpa pakar psikologi macam tu?! Saya dah cakap saya tak gila! Saya cuma perlukan masa untuk terima takdir sahaja! Apa yang tuan muda payah sangat nak faham ni hah?!"Kata Fatiey kuat. Nafas berombak ombak didada. Mata setajam pedang menikam wajah suami.

Disaat ini tiada lagi hukum menghormati suami dalam fikirannya. Hanya ada marah, marah, marah dan marah sahaja. Kuat sungguh hasutan syaitan ingin menyesatkan cucu cucu Adam.

"Aku tak cakap kau gila. Aku cuma nak bawa kau jumpa pakar psikologi sahaja. Untuk jaga kesihatan mental kau. Aku tahu mental kau terganggu dengan apa yang dah jadi." Kata Darren tenang. Mata hijau terang itu lembut menikam mata sang isteri berharapan sang isteri berlembut hati.

"Saya tak nak! Saya tahu jaga diri sendiri tak perlu untuk orang lain tentukan tentang kesihatan saya."Kata Fatiey mendatar. Tiada lagi lemah lembutnya ketika itu.

Darren tersenyum nipis melihat Fatiey. Dia juga tahu bukan senang untuk gadis ini menerima tetapi tak mungkin dia akan membiarkan gadis ini berada dalam dunianya sahaja.

𝐌𝐑𝐒 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐑𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐙𝐄𝐋 { 𝐎𝐆 }Where stories live. Discover now