Part 7

1.6K 24 0
                                    

Aryana memandang pelik ke arah suaminya yang sedang bersiap-siap di hadapan meja solek. Dia menghampiri Ilham. Badan disandar malas pada sebelah meja solek. Bebola mata turun naik melihat penampilan Ilham.

"Kenapa pandang abang macam tu?" soal Ilham yang perasan dengan renungan Aryana itu. Gel rambut disapu pada kepala. Rambut yang sudah disapu gel itu disisir rapi dan bahagian hadapannya digayakan sedikit terpacak.

Aryana tidak mengendahkan soalan Ilham itu. Dia menghampiri Ilham. Hidung sengaja dirapatkan ke tubuh Ilham.

Ilham yang tersentak dengan tingkah Aryana itu automatik berundur sedikit. "Apa ni Yana? Kut ye pun, malam sikit boleh?"

"Isy....abang ni." Aryana pukul lembut dada Ilham. Mata memandang curiga Ilham yang masih lagi menggayakan rambut terpacaknya itu. "Abang ni betul ke nak pergi ke gim ni...."

"Betullah," jawab Ilham dengan bersahaja.

"Bukan main wangi lagi pergi gim. Tengok tu, siap rambut pun tercacak-cacak...." tutur Aryana seraya telunjuk menuding ke arah rambut terpacak Ilham tu.

Mata Ilham naik ke atas. Tapak tangan menyentuh rambut yang tercacak-cacak itu. Automatik bibir tersengih seperti kerang busuk. "Alah.... Yana ni. Apa salahnya abang smart-smart. Yana tak suka ada suami yang pandai menjaga penampilan diri ke?"

"Abang tau tak yang abang ni dah terlalu tua untuk bergaya K-pop dengan rambut duri landak macam ni." 'Sedas' Aryana bagi Ilham.

"Duri landak Yana kata rambut abang ni? Yana ni buta seni la," ngomel Ilham yang tidak bersetuju dengan kata-kata Aryana itu.

Aryana mencebik. Dia berlalu ke arah katil. Tuala, botol air serta sepasang sepersalinan baju yang sudah disusun di atas katil dimasukkan ke dalam beg sukan. "Nah."

Beg sukan yang sudah siap dikemas bertukar tangan.

Ilham menyambut dengan senang. Dia dan Aryana beriringan menuruni tangga ke bawah untuk menanti Nadim tiba. "Yana nak pergi rumah mama pukul berapa?"

"Sekejap lagilah. Abang ingat, jangan buat-buat lupa yang malam ni kita kena makan malam dengan mama dengan abah pulak." Aryana mengingatkan Ilham tentang agenda makan malam mereka sekeluarga di rumah mertuanya itu.

"Ye. Takkanlah abang lupa. Nanti abang minta Nadim terus hantar abang ke rumah mama." Balas Ilham.

Bunyi hon kereta Nadim dari luar pagar rumah membuatkan Ilham terus bergegas keluar.

"Okey, Yana. Assalamualaikum!" Ilham berteriak sebelum memboloskan diri ke dalam kereta Nadim.

Aryana hanya menggeleng-geleng kepala melihat tingkah suami yang begitu bersemangat mahu pergi ke gim hari ini. Walaupun tadi dia lihat Ilham sedikit bergaya, tak kuasa dia nak letak syak dalam hati. Biarlah Ilham beriadah selepas seminggu penat bekerja. Tak perlu nak halang-halang. Hari Sabtu aja pun. Hari Ahad tetap hari berkumpul mereka sekeluarga.

"Mummy, tuk ma telefon!"

Jeritan Adalia dari muka pintu bersama telefon bimbit Aryana di tangannya membuatkan Aryana segera masuk ke dalam rumah.

"Haih... ni bila pagi-pagi ibu mentuaku sudah mencari, mesti ada benda nak suruh aku buatkan ni." Sempat Aryana mengomel sebelum menjawab panggilan telefon daripada Datin Rokiah Kamsan. Mama....mama.....

Yes Maam Where stories live. Discover now