Part 14

1K 17 0
                                    

"Hai....."

Aryana berpaling sekilas mencari empunya suara yang menegurnya. Dahinya berkerut. Sejak tadi dia perasan anak gadis Puan Seri Mariam ini memerhati dirinya sehingga dia jadi segan. Dia terasa seperti penampilannya agak janggal untuk majlis minum petang seperti ini. Eksotik sangat ke wajah kampung dia sehinggakan blaus Zara serta tote bag dari Michael Kors ini nampak tiada aura untuk menyerlahkan penampilannya sehingga diperhatikan atas bawah macam gaya orang tak puas hati. "Hai...."

"You must be..... Aryana. Isteri Ilham."

Aryana terpanar apabila Qistina mengenali dirinya sedangkan mereka berdua langsung tidak berkenalan tadi. Sebaik sahaja Aryana dan Datin Rokiah Kamsan tiba, majlis telah pun bermula. Dia hanya diberitahu oleh Datin Rokiah Kamsan, nama anak gadis Puan Seri Mariam ini adalah Qistina. Setakat itu sahaja dia mengenali gadis tinggi lampai yang pada kiraannya mempunyai ketinggian lebih kurang lima kaki sembilan inci, susuk tubuh 34-24-34, kulit putih gebu, rambut ikal mayang. Memang 'edisi' supermodel Qistina Zara Tan Sri Ridzuan Hashim ini.

"Ya. Saya Aryana. Isteri Ilham. Mana awak tahu saya isteri Ilham?" Aryana menyoal terus.

"Sebab you asyik berkepit aja dengan Auntie Kiah. Mestilah you menantu dia walaupun mula-mula I ingatkan you pembantu peribadi Datin Rokiah Kamsan," balas Qistina sambil menekup mulut menahan tawa.

Air muka Aryana sedikit berubah apabila mendengar kata-kata Qistina itu seperti memerlinya. Jika Aryana jenis yang 'murah perangai', mahu sahaja dia membidas kata-kata Qistina itu sambil menunjuk label original Zara dan Michael Kors yang dia sedang jinjit ini. Excuse me, kalau setakat pembantu peribadi aja mampu ke guna designer branded sebegini melainkan ada skandal dengan bos sendiri aja. Aryana ajar diri untuk bersabar. Dugaan apabila dia terpaksa bersosial dengan golongan sebegini.

"Dah lama kahwin?" Qistina menyoal lagi.

"Alhamdulillah. Dah masuk sepuluh tahun. Dah ada dua orang anak pun," jawab Aryana.

"Mesti anak-anak you cute, kan? Maklumlah, Am pun boleh tahan jugak orangnya."

Aryana buat muka. Sorry ek! Adib dan Adalia cute sebab diaorang mewarisi wajah mummy mereka yang cute ini. Aryana mengangguk perlahan.

"Haah....." Balasnya ringkas.

Dia lihat setiap kali Qistina menyebut nama Ilham, pasti wajahnya berseri-seri. Aryana kenal semua teman wanita Ilham dahulu tetapi, dia langsung tidak kenal Qistina. Ilham pun tak pernah bercerita tentang Qistina. Mustahil sebelum ini mereka pernah berpacaran. Aryana cuba menolak rasa syak yang mula bercambah. "Awak kenal ke dengan Ilham?"

"Takkanlah I tak kenal. I dengan Am kawan dah lama," balas Qistina.

"Oh.....okey." Aryana mengangguk-angguk. Oh.... teman tapi mesra. Isy.... menyampah betul kalau hatinya mengapi-api tentang kepercayaan dia pada Ilham.

Perbualan Aryana dan Qistina terhenti sebentar apabila telefon bimbit Aryana berbunyi lagi.

Aryana melihat Ilham menelefonnya lagi. Kalau dia yang bersosial, kemain empat lima enam kali telefon suruh balik.

"Eh..... sekejap. Telefon I berbunyi pulak," Aryana meminta izin daripada Qistina untuk beredar jauh sedikit sebelum menjawab panggilan daripada Ilham.

"Helo.... abang. Ye, sekejap lagi Yana balik. Mama tengah bersembang tu...." ujar Aryana laju seperti sudah dapat mengagak apa yang ingin Ilham katakan.

Aryana berpaling apabila bahunya dicuit dari belakang.

"Ilham?" Tanya Qistina, sedikit berbisik kepada Aryana.

"Aryana mengangguk, pelik apabila melihat senyuman Qistina yang melebar dan tergaman apabila dengan selamba Qistina merampas telefon bimbit daripada tangannya.

"Helo Buchuk...."

Buchuk?! Aryana jerit dalam hati.

Yes Maam Where stories live. Discover now