Part 13

1K 18 0
                                    

Ilham melihat muka boring Adib diselang-seli dengan keletah gembira Adalia yang sedang bermain papan gelongsor di dalam restoran McDonald's ini. Sudah hampir dua jam mereka anak beranak 'berkampung' di dalam restoran ini. Dua kali dia memesan nugget dan air untuk anak-anaknya selepas mereka habis makan burger ketika sampai tadi.

Ketika Adalia menangis mahukan Aryana tadi, Ilham hanya terfikir untuk memujuk dengan cara membawa anak-anaknya ke McDonald's sahaja. Idea tersebut dirasakan berkesan untuk Adalia yang gembira bermain dengan kawan-kawan yang baru dikenali tetapi, tidak pada Adib.

"Abah, bila nak balik ni?" Adib tolak iPad yang sudah kehabisan bateri. Kepala diletak malas di atas meja. Tangan pula bermain-main di atas straw di dalam kertas yang cuma hanya berisi air batu yang hampir mencair keseluruhannya.

"Duduk dululah. Baby tengah main tu. Kalau balik awal pun nak buat apa? Lagi boring. Mummy tak ada. Apa kata Adib pergi main dengan Baby dekat sana tu." Ilham memberi cadangan untuk mengurangkan bosan Adib.

Dahi Adib berkerut seraya mengerling ke arah papan gelongsor yang diminopoli oleh budak-budak sebaya Adalia. "Boringlah abah. Takkan Adib nak main mainan tu semua? Malulah Adib."

Ilham pandang muka tak berperasaan Adib itu. Automatik dia tersengih sendiri apabila mendengar kata-kata Adib tadi. Adib sudah berumur sembilan tahun. Takkanlah nak main panjat-panjat macam Adalia. Tak macolah!

"Abah, jomlah balik....." Adib separa merayu. Mulutnya yang menguap luas ditutup dengan telapak tangan.

Ilham keluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar. "Sekejap, abah telefon mummy. Lambat lagi ke mummy balik."

Tiga kali Ilham cuba menghubungi Aryana tetapi, panggilannya itu ditolak. Ilham mengeluh lemah. Kata tak sukalah..... malaslah.... boringlah. Tapi, bila keluar dengan mama sampai nak jawab telefon pun tak sempat. Ngomel Ilham dalam hati ketika menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.

"Abah, jom balik!"

Ilham kalih pandang pada Adalia yang tercungap-cungap kepenatan. Kawasan papan gelongsor yang tadinya dimonopoli oleh Adalia dan teman barunya sudah dimonopoli oleh 'puak' lain pula. "Nak balik dah? Baby tak mahu main lagi ke?"

Adalia menggeleng laju. "Kawan Baby dah balik. Jadi, Baby nak baliklah. Nanti kesian mummy tengok kita tak ada dekat rumah."

Air Milo yang masih bersisa di dalam gelas kertasnya disebut untuk menghilangkan lelah setelah penat bermain.

Ilham ketawa kecil. "Okeylah, jom!"

Mata Ilham mencari Adib dengan niat untuk mengajak anak terunanya itu pulang ke rumah. "Adib! Ya Allah, budak ni sampai tertidur dekat sini. Adib, bangun. Jom. Jom. Balik. Tidur dekat rumah. Adib ni buat abah malu ajalah. Macam rumah tak cukup besar sampai nak tidur dekat McDonald's pulak dia."

Ilham membebel semasa mengejutkan Adib yang sudah tertidur. Bebelism yang berlaku membuatkan beberapa pasang mata pengunjung restoran ini terarah kepada dia anak-beranak. Ilham buat tidak tahu. Takkanlah dia nak dukung Adib yang sudah besar begini? Ilham terus mengejutkan Adib sehingga Adib terjaga dan boleh berjalan sampai ke kereta.

Yes Maam Where stories live. Discover now