Aryana perhati keseluruhan hasil kerjanya selepas menghias kek red velvet untuk dibawa ke rumah ibu mentuanya sekejap lagi. Semakin lama dia rasa kemahirannya menghias kek sudah semakin bagus. Tanpa menghadiri sebarang kelas atau kursus menghias kek, kira hasil kerja sebegini bolehlah dibanggakan juga.
Sebenarnya kek red velvet ini dibuat atas permintaan ibu mentuanya. Beria-ia Datin Rokiah Kamsan nak makan kek red velvet sebagai pencuci mulut selepas makan malam nanti. Sebagai menantu, Aryana cuba memenuhi kemahuan ibu mentuanya itu selagi dia mampu.
Mujur juga bahan-bahan membuat kek memang tersedia di rumah. Walaupun nak buat kek ni renyah sedikit tapi, demi ibu mertuanya diturutkan juga. Inilah antara petua yang diamalkan untuk memikat hati ibu mertua dan macam mana nak menjadi menantu kesayangan. Selalu 'mengurat' anak tekak dan selera ibu mertua.
Aryana mencapai Gakaxy Note II dan dengan menggunakan fungsi kamera, dia menangkap gambar kek yang cantik terhias itu. Esok-esok bolehlah masukkan ke dalam blog. Fikir Aryana.
Selain dari jadi 'CEO rumah tangga', dia pun ada mencuba bakat menulis blog. Segala resipi dan kisah dia dan anak-anak dimasukkan ke dalam blog tersebut. Walaupun blog Aryana tidaklah mencapai puluhan ribu pengikut tapi, boleh tahanlah ramai jugaklah yang membaca walaupun hanya sekadar silent reader.
"Mummy, tuk ma tanya bila kita nak pergi rumah tuk ma ni?" tanya Adib.
"Nak pergi la ni. Adib pergi siap cepat." Jawab Aryana sebelum cepat-cepat memasukkan kek yang sudah siap ke dalam kotak.
Aryana mengerling jam dinding di dapur. Dah agak lewat ni. Patutlah Datin Rokiah Kamsan sibuk bertanya. Jadi menantu 'semuanya okey' ni pun susah jugak. Nak masak ayam bakar rosemary yang tersangatlah kacang tu pun nak tunggu Aryana datang.
Apa boleh buat..... untuk ibu mentuaku, semuanya okey!
YOU ARE READING
Yes Maam
General FictionAryana bukan sengaja nak jadi queen control. Salahkah dia sebagai isteri berhati-hati dalam menjaga suami? Walaupun Ilham sudah nak masuk 'four series', saham lelaki itu masih lagi tinggi di mata gadis-gadis. Ah, queen control pun queen control la...