Walaupun ayahnya telah berjanji dengan pengetua sekolah bahawa Rio akan masuk ke asrama pada hari Rabu yang lepas, tetapi janji itu telah ditunda sehingga ke hari Ahad. Mujur ibu Rio bersetuju untuk melambat-lambatkan pendaftaran Rio masuk ke asrama itu. Setidak-tidaknya, Rio dapat mengenali serba sedikit tentang rakan-rakannya sebelum mereka tinggal sebangunan kelak. Kalau diikutkan hati, Rio semahunya ingin masuk ke asrama itu apabila petang kelak. Namun, ayah yang berkeras untuk menghantar Rio ke asrama di awal pagi. Kononnya ayah ada urusan luar yang perlu diselesaikan jam 11 pagi nanti.
Akibatnya, jam 9.00 pagi lagi Rio sudah tercongok di pagar asrama itu sambil menanti ibu dan ayah menyelesaikan pendaftarannya bersama Cikgu Luthfi, warden asrama. Apabila selesai, ayah dan ibu pun meninggalkan Rio di situ. Cikgu Luth pula meminta Aliff Haikal untuk membawa Rio masuk ke dalam biliknya. Rio hanya menurut aturan itu. Malas hendak memprotes sesuatu yang diluar kemampuannya. Ketegasan ayahnya itu tidak ada sesiapa yang mampu jinakkan!
Rio melangkah masuk ke dalam Bilik 111 itu perlahan-lahan. Bilik itu hanya tiga buah katil tingkat. Deretan loker disusun di tengah-tengah, menjadi pemisah antara katil yang ada. Satu di belakang, menghadap padang, dua lagi menghadap blok asrama yang lain. Pembahagian loker itu menjadikan bilik-bilik kecil. Bilik 111 itu kecil sahaja. Terletak di hujung blok, tingkat 1. Dari bilik itu, rumah warden yang terletak hampir dengan pagar asrama, dapat dilihat dengan jelas.
Aliff Haikal meletakkan bagasi Rio di atas tingkat bawah katil yang terletak di penjuru hadapan bilik, bersebelahan dengan jendela.
"Ini katil kau, Rio. Yang itu pula loker." beritahu Aliff. Rafiq hanya mengangguk. Matanya masih meliar melihat keliling bilik itu. Walaupun ada tiga katil tingkat, penghuninya hanya ada dua orang. Bilik AJK Tertinggi Asrama.
"Bahagian ni kau sorang je tau. Sebab Harith dah pindah bilik. Dia bosan dalam ni." beritahu Aliff. Harith itu timbalan ketua umum. Pelajar Tingkatan 5 Sains 1.
Bagus juga tu jika dia seorang sahaja di sini. Tenang sedikit rasanya. Rio yang segan untuk bergaul kerana masih baru di sekolah itu, merasakan makluman itu rasa lebih baik.
Rio membuka bagasinya lalu perlahan-lahan memunggah pakaiannya ke dalam loker yang disusun kemas di dinding berhampiran pintu. Aliff sudah kembali ke katilnya. Baring sambil bermain telefon bimbit sendiri. Pelik. Padahal yang Rio tahu, pelajar tidak dibenarkan membawa telefon ke dalam asrama itu. Sehingga Rio terpaksa menyerahkan telefonnya kepada emaknya tadi. Mungkin disebabkan Aliff itu ketua umum, dia dapat pelepasan sedemikian.
"Assalamualaikum..." tiba-tiba kedengaran suara memberi salam dari pintu. Dengan laju Rio menjengahkan kepalanya ke pintu. Terkejut sedikit apabila melihat pemilik suara itu.
Amir Shakirin. Rakan sekelasnya. Dia baru sahaja habis mandi. Hari Ahad sebegitu, tidak pelik jika jam 11 pagi baru habis mandi.
"Wah, Kirin! Mentang-mentang ada Rio. Bukan main alim kau bagi salam bagai!" usik Aliff dari atas katilnya.
Namun usikan itu tidak dibalas oleh Kirin. Sebaliknya, Kirin berjalan menghampiri loker di ruangan katil Rio. Dengan tuala putih yang melingkar di pinggangnya, bentuk badan Kirin terdedah di mata Rio. Kurus sahaja orangnya. Tak. Atletis sebab sixpack Kirin itu terserlah. Ditambah lagi dengan lekuk dada bidangnya yang jelas membonjol. Hasil push-up mungkin.
Tanpa menegur Rio, Kirin meletakkan alatan mandinya ke dalam loker di sebelah Rio. Lalu Kirin berlalu ke ruang katil Aliff. Kedengaran suara Aliff tertawa sebaik sahaja Kirin tiba di sana. Rio hanya menggeleng kepala mendengar kejadian itu.
'Aduhh! Tak sangka pula aku sebilik dengan Amir Shakirin ni.' Rio merungut sendirian. Teringat kembali reaksi Shakirin ketika mereka berkenalan di dalam kelas, Jumaat yang lalu.
Selepas sahaja selesai mengemas pakaian, Rio memilih untuk baring di atas katilnya. Merehatkan badan di situ. Rio memandang papan yang melapisi katil di atas. Penuh vandalisme dengan perkataan-perkataan lucah. Malah, lukisan gambar kemaluan lelaki berbulu juga ada di situ.
Malas memandangnya, Rio menutup mata. Membugarkan kembali rindunya kepada rakan-rakan di sekolah lamanya. Dia masih belum mampu berdamai dengan nasibnya yang dipaksa berpindah ke sekolah baru itu. Lebih malang lagi, apabila dia terpaksa tinggal di asrama di situ. Tanpa telefon. Langsung tidak dapat menghubungi kawan-kawannya di sekolah lama.
"Rio! Bagi nombor fon kau!" Tiba-tiba Aliff datang lalu baring di sebelahnya. Memaksa Rio bergeser ke dinding. Rio rimas dengan keadaan itu. Padahal boleh je Aliff itu baring di katil kosong sebelah.
"Tak de."
"Tak de? Kau tak bawa telefon?" terkejut Aliff.
"Bukan tak boleh bawa telefon ke asrama?" jujur Rio bertanya soalan. Aliff hanya menggelakkan jawapannya itu.
"Memanglah tak boleh. Tapi sejak Cikgu Luth jadi warden, semua benda boleh buat!" jawab Aliff.
"Laa... kalau tahu, aku tak bagi telefon aku tadi kepada mak aku."
"Tak pe lah. Nanti kau call je mak kau pakai telefon aku. Minta dia hantar semula telefon kau," cadang Aliff.
"Aduh! Aku tak hafal nombor telefon mak aku!" Rio berasa kesal.
"Laa... anak macam apa kau ni? Nombor mak sendiri pun tak hafal?" usik Aliff. Usikan Aliff itu berjaya membuatkan mood Rio tersenyum.
"Kau hafal no mak kau?" Rio mengembalikan usikan itu.
"Aku tak pe! Aku ada telefon!" bidas Aliff.
Tiba-tiba Kirin datang sambil berdehem. Dia hanya memakai seluar sweatpant kelabu dengan tshirt putih digantung di bahunya, menampakkan perut dan dadanya.
"Kau kenapa Kirin?" tanya Aliff.
"Jom makan." Kirin memandang Aliff dengan tajam. Sekejap-kejap matanya menatap wajah Rio yang sedang baring di sebelah Aliff.
"Kau ajak aku ke, kau ajak Rio ni?" sekali lagi Aliff mengusik Kirin.
"Blah lah Alif!" Kirin mengambil tshirt putih yang disangkut di bahunya lalu melibas Aliff di situ.
Aliff mengelakkan libasan itu lalu menggulingkan badannya sehingga menindih kaki Rio. Kirin dengan laju menarik kaki Aliff menjauhi Rio. Menarik Aliff jatuh dari katil itu. Lalu menindih badan Aliff. Bersedia untuk menumbuknya.
"Ok! Ok! Aku tak kacau kau dah!" Aliff menahan tangan Kirin sambil tergelak.
Rio terkejut melihat keadaan itu. Sedikit tidak memahaminya. Aliff yang tinggi lampai itu ditumbangkan dengan Kirin yang lebih rendah itu. Rio lebih keliru apabila Aliff dan Kirin itu berdiri lalu tergelak sama-sama.
"Dah! Jom makan!"
_____
Bersambung!
Apa pandangan korang? Okay tak cerita ni? Jangan lupa vote ya. Komen sikit!
TQ guys sudi baca.
YOU ARE READING
PENDAM BERAHI SEKOLAH
FanficRio Hazril baru sahaja berpindah ke SMK Prince Rivera. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Rio Hazril tak pernah jangka hidupnya akan berubah di sekolah baru itu. Amir Shakirin yang terbiasa memendam perasaan sendiri sejak kanak-kanak lagi. Kedatangan...