Selepas kejadian di Tasik Putra itu, malam itu juga Rio pulang ke rumah, keluar dari asrama. Sebaik sahaja Kirin memarkirkan motor di hadapan rumah Cikgu Luth, tanpa berkata apa-apa Rio terus menemui Cikgu Luth yang kebetulan ketika itu sedang membasuh keretanya di tepi rumah warden dengan dibantu oleh beberapa orang murid Tingkatan 1.
Dan... ketika perlawanan bola tampar berlangsung petang itu, Rio sama sekali tidak turun ke gelanggang untuk menyaksikan perlawanan. Apabila perlawanan bola tampar selesai Maghrib itu, Kirin tidak lagi melihat kelibat Rio di mana-mana. Bahkan lokernya sudah dikunci. kasut dan beg sekolah Rio juga sudah tidak ada. Padahal belum sampai 24 jam Rio itu berada di asrama, dia sudah tergesa-gesa untuk pulang.
Menyedari keadaan itu, hati Kirin hancur. Rasa bersalah menebal di dadanya.
Seminggu berlalu. Hanya hari Isnin sahaja Rio hadir ke sekolah. Hari selebihnya, Kirin duduk seorang diri di belakang kelas. Kerusi yang sepatutnya Rio duduk, terbiar kosong. Kesunyian itu menyebabkan Kirin lebih banyak termenung di sekolah. Setiap guru yang keluar masuk kelas mereka, langsung tidak didengari setiap ajarannya. Fokus Kirin lebih terarah kepada penyesalan akan tindakannya di Tasik Putra yang lalu. Mindanya lebih dipenuhi dengan kebarangkalian tindakan yang sepatutnya dia lakukan di Tasik Putra itu.
Tidak sepatutnya dia melakukan hal itu.
Sungguhpun kelembapan bibir Rio itu menghiasi kalbu dan nafsunya, tetapi dengan ketidakhadiran Rio ini, keasyikan yang Kirin impikan itu lebih menimbulkan kekesalan. Andai saja pada hari itu Kirin dapat mengawal dirinya, pasti hari-harinya akan dihiasi dengan wajah Rio di sampingnya. Pasti dia masih boleh memerhatikan Rio itu dari jauh.
'Ahhh!!'
Kirin meraung dalam hati, lalu mengusut-ngusutkan rambutnya. Sempat dia meraup wajahnya sebelum mencampakkan menungan ke padang sekolah yang terletak di belakang kelas mereka itu.
Kirin bimbang, jika tindakannya mencium bibir Rio di Tasik Putra itu menyebabkan Rio memilih untuk tukar sekolah. Bersusah payah dia mencuba untuk menjaga kenaifan Rio agar tidak dirosakkan oleh Aliff, rupanya dia sendiri yang merosakkan hal tersebut. Dia sendiri yang menyebabkan Rio tidak selesa sehingga melarikan diri dari asrama dan sekolah itu.
"Oooi! Mengelamun ke?!" tiba-tiba Idlan datang menyergah Kirin, lalu ketua kelas mereka itu duduk di hadapan Kirin.
Kirin tidak mempedulikan sergahan itu. Dia hanya merenung tajam sejenak kepada Idlan, sebelum mengembalikan pandangannya ke luar tingkap.
"Kau dah kenapa Kirin?" sekali lagi Idlan cuba mengganggu menungan Kirin.
"Aku okey je lah. Penat kot!"
"Penat? Kau penat apa? Melancap malam-malam?" usik Idlan lagi.
"Bodohlah..." Kirin akhirnya mengalah. Dia melempar pen di tangannya untuk membalas usikan Idlan tu. Idlan tergelak dibuatnya.
"Manalah tahu... kau kan dah pindah Bilik 111. Dalam tu ada kau dengan Aliff je. Senang kerja."
"Bukanlah! Aku penat games kot!" balas Kirin. Dia mula tidak selesa dengan ujaran Idlan itu.
Benar, Idlan itu kawan rapatnya sejak Tingkatan 2 lagi, tetapi setiap kali disentuh soal seksualitinya itu, Kirin tidak selesa. Walaupun Idlan sendiri tahu apa yang berlaku antara dia dengan Aliff dulu. Mujurlah Idlan tidak tahu-menahu tentang Rio itu. Sahabatnya itu bernafsu kepada perempuan. Tidak seperti dia.
"Games? Agak-agaklah. Bukan kau sorang je yang masuk dua game. Aku dan Daniel pun sama. Orang lain pun penat juga, tapi tak delah sampai mengelamun hari-hari macam kau!" bidas Idlan.
Kirin hanya membalasnya dengan senyuman kelat. Kemudian dia diam semula. Membiarkan Idlan memandangnya di situ.
"Aku bukannya apa, Rin. Cikgu Luth suruh aku tanya khabar kau. Nak kata kau fokus sangat dengan game, tengok kau smash pun ke laut je. First ball pun tak cun. Di asrama pun diam je. Dalam kelas? Lagilah!" bebel Idlan.
Sekali lagi Kirin hanya membalasnya dengan senyuman. Cuma kali ini dia ubah kedudukan badannya dengan menongkatkan kepala di atas meja.
"Aku okey je lah. Kau cakap dengan Cikgu Luth, jangan risau. Aku okey je. Dia tak payah nak jadi bapa aku. Bapa aku pun tak risau lebih-lebih macam dia!"
"Dia bapa kitalah! Guru kelas kan..." bantah Idlan lagi.
"Maksudnya dia bukan bapa yang baiklah," balas Kirin pula, dengan serius. Keseriusan itu dibalas dengan gelak tawa oleh Idlan.
"Bapa yang baiklah. Dia care pasal kau!"
"Tapi pasal anak baru dia yang dah seminggu tak datang sekolah ni, dia tak care pula?!" bidas Kirin lagi, sambil menjelingkan mata ke kerusi kosong di sebelahnya.
Ah! Kirin memang tidak boleh melupakan Rio. Dalam perbualan dengan Idlan sekalipun, tetap ada cara untuk dia menyentuh soal Rio itu. Sekali lagi dia gagal mengawal diri daripada berfikir tentang Rio!
"Rio?"
Kirin mengangguk pasrah, mengundang tawa Idlan. Terasa diri Kirin sedang dipersendakan oleh ketua kelas mereka itu.
"Perggghh! Kirin care pasal orang lain wei..!!"
Idlan mengumumkan ujarannya itu kepada seisi kelas. Kirin yang dia kenali, langsung tidak mempedulikan hal orang lain. Kirin itu jenis orang yang hanya mengurus diri sendiri. Malas nak ambil tahu tentang orang lain, walaupun dia pengawas.
"Bodohlah Lan!"
Kirin menampar bahu Idlan yang duduk di hadapannya. Mukanya merah padam dengan tindakan Idlan itu. Bimbang jika tindakan Idlan itu akan membuka ruang untuk rakan sekelasnya tahu akan perasaannya kepada Rio. Namun, apabila menyedari tidak ada sesiapa yang mempedulikan Idlan tadi, Kirin berasa lega. Tingkatan 4 Sains 2 itu masing-masing sibuk dengan gosip sendiri.
"Rio tu anak orang kuat sekolah ni, Kirin. So dia memang suka hati dia je tak nak datang sekolah. Cikgu Luth pun tak boleh nak kata apa sebab Cikgu Norma sendiri yang back up Rio tu. Ada emergency kononnya," jawab Idlan.
"Emergency apa? Dia nak pindah sekolah ke?" Kirin mula berminat.
"Manalah aku tahu! Dia bukan boyfriend aku pun!" getus Idlan. Jantung Kirin berdebar selepas getusan Idlan itu. Dia kenal benar dengan usikan Idlan yang selanjutnya.
"Wait! Ke kau berkenan dengan murid baru ni?" teka Idlan. Kirin memaki dalam hati dengan tekaan Idlan itu. Tepat mengena.
"Mana adalah..." bohong Kirin.
"Nasib baik..." Idlan melepaskan nafas lega lalu menyapu-nyapu dada.
"Kau jangan Kirin. Nanti nayah budak baru tu Aliff kenakan," sambung Idlan.
Oh, ya! Kirin belum memaklumkan perkembangan hubungannya dengan Aliff kepada Idlan itu. Idlan masih menganggap dia dan Aliff ada hubungan. Sebab itulah Idlan berkata sedemikian.
Kirin membasuh tekaan Idlan itu dengan gelak tawa. Tidak mahu mengulas lanjut tentangnya kepada Idlan. Dia biarkan sahabatnya itu dalam kegelapan. Dengan kesilapannya kepada Rio di Tasik Putra yang lalu, lebih baik jika Idlan tidak tahu-menahu tentang Rio. Itu lebih baik.
Tentang Aliff itu, Kirin tidak risau. Dia yakin akan janji Aliff untuk tidak mengapa-apakan Rio. Walaupun janji Aliff itu tidak meyakinkan kerana boleh jadi Aliff itu mengaku kalah kepada nafusnya.
.
.
.
-------
Jangan lupa vote, komen dan share guys!
Luv korang sebab support! ❤️🔥
YOU ARE READING
PENDAM BERAHI SEKOLAH
FanficRio Hazril baru sahaja berpindah ke SMK Prince Rivera. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Rio Hazril tak pernah jangka hidupnya akan berubah di sekolah baru itu. Amir Shakirin yang terbiasa memendam perasaan sendiri sejak kanak-kanak lagi. Kedatangan...