FLASHBACK... Ketika Aliff Haikal masih Tingkatan 4.
Gila! Cikgu Kimia aku yang baru tu memang gila. Dah lah cakap tak bertapis, suka hati dia je marah-marah dalam kelas. Sakit hati dibuatnya.
Aliff menghempas meja di depannya. Tidak berpuas hati dengan markah Kimia yang didapatnya. Padahal dulu, dia selalu dapat markah paling tinggi dalam kelas bagi subjek kimia itu. Tapi sejak pertukaran guru, dia sendiri tidak faham mengapa cikgu baru itu selalu sahaja cari kesalahannya.
Cikgu Luthfi. Dengan slang Sabahnya memang menjengkelkan bagi Aliff. Sebenarnya, slang Sabah itu bukan masalah, yang jadi masalah ialah apabila cikgu itu tidak habis-habis mencari kesalahannya dan memalukan dia dalam kelas. Gara-gara markah kimianya yang gagal, tak pasal-pasal Aliff dimarahi oleh ayahnya. Malah dipanggil dia sebagai anak tidak berguna!
Semua gara-gara Cikgu Luthfi itu! Dah lah cikgu baru, kerek pula dia. Tak sedar diri langsung.
"Rilek Aliff. Exam biasa je pun. Bukan final lagi. Baru ujian bulanan Oktober!"
Rakannya yang bernama Harith menenangkannya. Lagaknya yang menghempas meja tadi membuatkan seisi kelas terdiam. Terkejut dengan tindakan Aliff. Takut. Apa lagi dengan fizikal Aliff yang tinggi lampai itu. Jadi, apabila marah sedemikian, terasa macam raksasa yang sedang marah. Ditambah lagi dengan badannya yang agak sado akibat selalu membuat senaman di asrama.
Aliff. Aliff Haikal. Pengawas sekolah yang paling tinggi. Nak dikatakan tampan, Aliff itu tidaklah tampan mana. Wajahnya biasa-biasa sahaja. Tapi mungkin disebabkan oleh kulitnya yang putih dengan bibir yang merah, menaikkan lagi seri wajahnya. Lagipun, berkat usaha kalistenik yang kerap dia lakukan, menyebabkan dada Aliff itu kelihatan bidang. Lengannya pula berketul. Jadi kelihatan seksi apabila memakai kemeja sekolah. Gara-gara fizikal seperti itulah yang menyebabkan Aliff itu antara pelajar yang famous di sekolah itu. Malah jadi kegemaran pengetua dan guru-guru.
Kringg.. Kring.. Kringgggg...
Loceng sekolah berbunyi nyaring. Menandakan waktu rehat sudah habis. Sebentar lagi, kelas Kimia di kelas mereka. Aliff segera membungkam. Bersedia untuk menerima apa lagi hinaan yang bakal Cikgu Luthfi berikan kepadanya hari ini.
"Haikal!!"
Suara tegas Cikgu Luthfi memulakan kelas mereka. Aliff menarik muka masam. Seperti yang diduganya, Cikgu Kimia mereka itu macam tidak akan tenang hidup jika tidak memarahi Aliff.
"Kenapa markah kamu gagal lagi exam kali ini?" marah Cikgu Luthfi. Aliff tidak berganjak dari kerusinya. Tidak mahu memandang muka cikgu kimianya itu. Hendak menyembunyikan marahnya.
"Apa yang aku cakap? Kalau aku sedang cakap dengan kamu, bangun! Jawab soalan! Jangan duduk je. Biadab namanya tu!" bebel Cikhgu Luthfi lagi.
YOU ARE READING
PENDAM BERAHI SEKOLAH
FanficRio Hazril baru sahaja berpindah ke SMK Prince Rivera. Sekolah baru, kawan-kawan baru. Rio Hazril tak pernah jangka hidupnya akan berubah di sekolah baru itu. Amir Shakirin yang terbiasa memendam perasaan sendiri sejak kanak-kanak lagi. Kedatangan...