Aireen merasa gugup. Sudah la hari ni hari terakhir dia dalam degree bersama Darian. Lagi 3 hari hari pernikahannya dengan Darian pula.
Darian hanya biasa. Tidak menghiraukan tentang pernikahan itu.
"Pendek, jom pergi makan. Aku lapar la" ujar Darian.
Aireen hanya diam.
"Pendek?" panggil Darian lagi.
"Aireen?" panggil Darian lagi.
"hah? ya kenapa?"
"Hey...kau fikirkan lagi ke pasal tu?" tanya Darian lembut.
Tanpa dipinta air mata Aireen turun.
"Aku tak boleh bayang Darian...dulu aku duduk dengan mama dan papa. Aku boleh teman mama dengan papa, tapi lepas 3 hari tu status aku akan berubah. Aku akan duduk dengan kau" ujar Aireen dengan tangisannya.
Darian mengambil tisunya dan mengelap air mata Aireen.
"Reen, aku janji dengan kau Reen. Kita dah kahwin nanti tiap-tiap minggu kita lawat mama dengan papa ya? jangan la sedih. Nampak hodoh" ujar Darian terselit dengan perkataan yang membuatkan Aireen rasa nak terajang Darian.
"Bongok la kau ni Hahahaha" tawa Aireen dalam tangisannya yang mula reda.
"Jom la makan, aku belanja" ujar Darian.
"Asyik kau je belanja, aku la pulak belanja kau" Ujar Aireen. Rasa malu pula asyik Darian sahaja yang belanjanya.
"Ala tak apa, tak habis pun duit aku"
"Aku la pulak belanja. Please Darian" rayu Aireen dengan wajah comelnya.
Terkesima Darian.
' Astaghfirullahalazzim, belum kahwin belum kahwin.... ' jerit batin Darian.
"Ok lah, kau belanja" ujar Darian sambil memandang kearah lain.
"Yeay! Jom!" ujar Aireen dengan riangnya.
Darian tersenyum. Nampak comel pula Aireen begini.
Dalam perjalanan Darian bertanya.
"Pendek, kenapa kau tak terfikir nak sambung belajar dekat overseas?" tanya Darian.
"Aku bukan apa, aku cuma tak nak menyusahkan mama dan papa aku. Masuk Taylor University pun dah okay dah walaupun fee's dia agak terbeliak mata aku nak bayar" ujar Aireen sambil tersenyum.
Darian menganggukkan kepalanya. Benar juga kata-kata Aireen.
Semua pelajar disitu hanya memandang mereka sambil tersengih. Lagi-lagi pelajar junior.
"Comelkan abang Darian dengan akak Aireen, nampak macam orang bercinta"
"Itu lah, harap la diaorang berjodoh sebab comel sangat diaorang tu"
"diaorang nampak serasi, In Syaa Allah diaorang ada jodoh"
Aireen mengambil tempat duduknya selepas memesan makanan.
"Pendek, agak-agak tema ni lawa tak?" ujar Darian sambil menunjukkan baju yang bewarna hitam itu.
"Darian, kau nak nikah ke nak pergi majlis pengebumian?" tanya Aireen pasrah. Ada ke patut pilih hitam? kalau ada sulam emas tu boleh la jugak.
"Alah kau ni, nah tengok yang ni pulak" ujar Darian sambil menunjukkan baju yang bewarna purple pastel itu. Siap dengan sulaman benang emas lagi.
YOU ARE READING
Mrs. Darian [Hiatus]
RandomKahwin dengan kawan baik bukan lah satu perkara yang mudah. Kadangkala bagai nak runtuh rumah mereka bertikam lidah. Macam budak-budak! Tapi ini yang terjadi diantara Tengku Aireen Khalisa dan Tengku Darian Enrique. Pelik kan kahwin dengan kawan bai...