AKU melepaskan pandangan ke arah mereka berdua. Bercinta bagai nak rak, pasangan merpati dua sejoli. Dating, dan ajak aku. Motif? Nak bagi aku jealous ke? Tiara pun satu, dia kononnya hendak kenenkan aku dengan Haden, adik kepada boyfriend dia, Raden Casere Tapi, tengok sajalah sekarang Haden beku saja di sebelah. Jenis berlagak. Tak macam Raden yang lebih mesra.
Huh... Terasa buang masa saja kat sini. Kalau tahu, aku takkan jejak kaki di sini.
"Aku balik dululah, Tiara..." Selamba aku utarakan kehendak aku. Sebenarnya watak aku seorang yang nerd dan pemalu. Tapi mengenangkan cemburu ini terbakar, dan lebih marak lebih baik aku balik saja. Dalam diam aku menyimpan perasaan terhadap Raden, meskipun lelaki itu bakal jadi tunangan Tiara, kawan baik aku sendiri. Tak apalah, dalam hati je. Bukan aku nak sangat pun kebas boyfriend Tiara. Aku masih waras dan tidak mahu dicop sebagai perampas. Maka, aku diam menggumpul duka. Sedarkan diri jugak, tidak setanding Tiara. Queen tercantik di kampus ini. Aku ajelah si lepat pisang.
"Kejaplah, Nesa... Nak tengok wayang kan kejap lagi... Haden, ikut I kejap..."
Tiara bangkit, diikuti Haden. Aku pulak tercengang bila mereka berdua dah berlalu. Kenapa pulak aku ditinggalkan bersama Raden ni? Kelihatan Raden berpeluk tubuh, pandang aku tajam dari bibir dan ke mataku. Gugup siut. Aku telan liur dalam kepayahan dan berpura-pura pandang lain. Masih Raden melihat aku setajam itu."Kau tak selesa? Why you're looking so bad?"
Aku geleng. Selama ni jarang bercakap dengan Raden, biasa lelaki itu memilih tidak hiraukan aku pun walaupun aku kawan baik Tiara. Jaranglah dia nak berbual dengan aku. Nak tengok aku pun jarang sekali. Baru hari ni rasanya dia pandang aku lebih dari 1 minit.
"Er, tak ada apa..."
"You're nervous? Because of him? Or..."
"T... tak... Saya cuma bosan je." Cepat-cepat aku jawab. Terasa lembik kaki aku, kenapa aku boleh gementar macam ni? Ah, kau tak boleh macam ni lah Nesa! Dia tu boyfriend kawan kau. Kau faham tak!
"Bosan? Haden ada. Talk to him..."
"Hmm..." Aku hanya menggumam. Kenapa lama sangat Tiara dengan Haden ni? Aku dah lah gelabah tenuk ni. Janganlah dia nampak muka aku merah menyala macam udang masak cili merah.
"If you keep being shy, you will never get a boyfriend..."
"S... saya tak berharap pun. Tiara yang paksa saya datang sini..."
"Well, kau..."
Perbualan kami mati bila Tiara muncul bersama Haden di sisinya. Boleh nampak wajah Haden beku, macam tidak ada lakaran perasaan. Dia bosan sangat ke? Macam apa yang aku rasa?
"Berbual apa korang? Rancak je?" Tiara ambil tempat duduk. Riaknya nyata terkejut tengok kami berdua. Dan mata Tiara turun ke bawah, aku ekori matanya ternyata tangan kanan Raden bertamu di atas kekura tanganku. Sejak bila? Kenapa aku tak perasan, eh? Segera aku tarik tanganku, sembunyi dibawah mereka.
"Sorry, my bad... She is being nervous, I was calming her, honey..." Tanpa dipinta suara garau Raden memberi penjelasan. Aku angguk sahaja, seolah mengiyakan kata-kata Raden. Tiara senyum nipis, dia tak sambung bicara. Hanya renung kekasih hatinya, berlawan mata agaknya. Mesti dia cemburu. Tapi bukan salah aku.
Aku tak tahulah kenapa janggal sangat, mata berpaksi ke arah Haden di sebelah. Lagilah lelaki itu buat hal sendiri, di tangannya setia iPhone, jemari runcingnya bermain-main di keypad. Aku keluh lemah, kenapa lah aku ada kat sini. Buat menyemak je. Memang terlampau bosan. Haden memang tak nak bercakap dengan aku. Sedarlah diri aku tak setaraf dengan visual kacak dia tu. Antara Raden dan Haden. Aku akui Raden lebih tampan dan sisipan matanya menggoda. Tapi, Haden apa kurangnya. Adik beradik, kan? Kacak tiada tandingan. Persamaan mereka berdua punya high taste.
"Aku balik dulu..." Aku bangun juga, untuk apa bertahan untuk merana? Boleh kejung kebosanan.
"Ish, awal lagi..." Tiara bersuara.
"Banyak kerja aku nak setel... Lain kali jelah aku tengok wayang."
Kebetulan aku pandang Tiara, tika ini juga mata Raden bersambung denganku. Macam terkena renjatan elektrik, tak sangka. Kenapa dia pandang aku?
"Just today... You should trying to know my brother. Don't trying to ignoring him..."
Aku tergamam. Kenapa dia pun memaksa aku ni? Aku yang perempuan ni kena terhegeh dekat Haden ke? Ya Allah, tak boleh brain betul. Yang adik dia tu dah bisu ke? Tak boleh nak bercakap?
"We should go, and give them space to talk in private..." Sekali lagi Raden berbicara. Ditekankan nadanya, seolah ada nada diktaktor agar aku turuti arahan itu. Kenapa ya aku dapat rasakan nak sangat aku kenal dengan adik dia? Kerana Tiara yang beria nak kenenkan aku dengan Haden ke? Ataupun ada makna tersirat lagikan tersurat.
"Okay, babe. Aku pergi sana dulu. Kau boraklah dengan Haden." Tiara tepuk bahuku, bagi semangatlah kononnya. Aku speechless, terpinga-pinga kerana sekali lagi diberi situasi awkward seperti tadi. Cuma lelaki saja yang bertukar.
Haden tak berganjak sedikitpun, macam dalam dunianya sendiri. Sikit pun tak menoleh bila Tiara dan abangnya bangun tinggalkan kami. Aku dekatkan sedikit kerusi, leher disengetkan sikit, mata menjengah Haden yang sibuk dengan iPhone di tangan. Tapi, satu habuk pun tak nampak. Tinted kut. Gelap.
"Er, excuse me?" Suara yang teragak-agak aku lontarkan. Haden masih setia tunak pada skrin, tak beralih.
"Saya balik dulu k...kalau awak..."
"Okay, just go..." Pertama kali aku dengar suara dia. Aku hembus nafas lemah, menyirap jugaklah. Dia halau aku macam ni je?
Aku sekadar sedut air minuman sampai habis. Bukan caraku bertekak dengan lelaki. Aku pun sejenis berat mulut kalau berhadapan dengan lelaki. Lagi-lagi kalau dengan lelaki berlagak seperti dia. Lebih baik aku blah awal-awal sebelum jadi sotong kering kat sini.
"Wait..." Aku salah dengar ke? Dia suruh aku tunggu? Masih tak balikkan tubuh, kaki aku panjangkan melangkah. Tak nak pedulikan lelaki itu.
"Aku ada something nak cakap dengan kau."
Aku berkerut dahi. Tadi aku nak bercakap dia halau aku. Sekarang ni dia nak cakap sesuatu dengan aku?
YOU ARE READING
RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)
RomanceRaden X Nesa Nesa Suhayla merupakan gadis yang tidak pernah punya kekasih dari usia remaja sehinggalah dewasa. Agak pemalu, tapi kadang tak reti malu. Dia punya perasaan suka terhadap kekasih kawan baiknya sendiri, Tiara Melissa. Dalam diam, menyim...