Bab 3

656 62 9
                                    

RED FLAG 3

AKU tak dapat nak lelap mata. Terbayang-bayang lagi penangan Raden Casere. Ya Allah, terasa duniaku gelap dengan maksiat. Padahal, bukan keinginan aku pun. Aku tak nak, dan tak mahukan sentuhan dari Raden. Kerana kami tiada pertalian. Bukan kekasih mahupun pasangan suami isteri.

Pipi yang berbahang aku tekup kuat. Kepala aku terlangkupkan ke bantal, menahan gelora jiwa yang berkeladak dengan perasaan aneh ini. Kenapa ni? Tolonglah, Nesa. Bukan apa pun. Dia cuma... Argh! Aku terjerit nyaring di dalam bilik sewaku. Haraplah jiran di sebelah tak mengamuk. Sekali sekala je aku teriak.

Bibir aku gigit, hati berkobar-kobar mengimbau kembali peristiwa menggila itu. Nafas sedikit tidak teratur, boleh semput mujur aku tak ada penyakit jantung!

"You wanna hug me too? You keep staring at me with your sweet eyes." Pesona nadanya mengusik jiwaku yang ketandusan kasih sayang seorang lelaki. Ini gila! Kenapa Raden macam ni! Dia tahu aku sukakan dia ke? Betul ke?

"Nesa Suhayla..."

Glup... Aku teguk liur, sangat payah. Dia panggil nama penuh aku? For what? Seriously?

"Let me..." Serentak itu, pinggangku dipautnya erat. Aku membulatkan mata, mencerlang tajam. Hampir jatuh berderai jantung aku. Dekat, terlalu dekat posisi tubuh kami. Tanganku bercantum di dadanya secara tidak sengaja. Dapat aku rasai degupannnya juga laju. Apakah ini? Aaa, kenapa?

"Please be obedient. Don't trying to say about this to Tiara. Can you?"

Aku geleng laju, segera aku tolak dada dia ingin renggangkan pautan yang menyesakkan ini.

"What should I do to keep your mouth shut up?" Bibirnya disengetkan, menandakan dia masih mahu permainkan aku. Dia nak pergunakan aku sebetulnya, agar aku diamkan tentang aksi curangnya. Baru nak berdebar aku cuba campak rasa ini, tak patut aku rahsiakan tentang ini kepada Tiara. Tiara tetap kawan baik aku. Aku belum level sejahat itu, nak tutup mulut demi lelaki bajingan seperti Raden.

"You're jerk! Pencurang! Saya takkan diamkan tentang ni..." Aku pukul dadanya agar lepaskan pinggang aku. Namun, tindakan dia yang mengelus pinggangku buat aku kembali dalam jiwa yang berantakan. Memang ini yang aku impikan dibelai oleh lelaki di hadapanku. Kemudian, pipiku ini turut dimanjakan. Aku bagai dijampi, tidak dapat menolak.

"This is fun, dear. Aku tak pernah cukup dengan satu wanita... Kalau kau nak jadi skandal aku, why not? Wanna be my scandal, sweetheart?" Aku terpejam mata bila bisikan itu menerobos di sisi cuping telingaku. Tergeliat aku kegelian. Ini benar-benar godaan. Aku tak boleh lemah. Sekuat tenaga aku pijak kaki dia, ikatan di pinggangku terlerai jua. Tanpa basa basi, aku menonong meninggalkan dia sebelum nafsu serakah turut merasuki aku. Cukuplah hari ni aku ikut kata Tiara, aku nak balik dan tenangkan diri sebelum ambil keputusan nak beritahu hal ini pada Tiara ataupun tidak.

"Answer my call later, Nesa!" Laungan dari suara Raden sempat aku tangkap. Sememangnya baru aku tahu dia segila ini! Terasa menyesal menyukai lelaki trash seperti dia!

Deringan handphone mematikan laumunan itu, dilihat skrin. Memang gila! Itu nombor Raden. Aku memang save nombor Raden tapi tak pernah dicontact walaupun sekali. Dan menyangka Raden pun punya nombor aku. Dari mana dia ambil? Tak mungkin dia curi nombor aku seperti yang aku lakukan sebelum ini. Ya, aku mengaku mencuri nombor Raden dari handphone Tiara. Untuk saja-saja. Gila, kan aku?

Aku tarik nafas yang mulai memberat, jemariku menekan skrin untuk menjawab panggilan itu. Kata tadi hati membenci namun mengapa aku jawab juga panggilan dia? Argh, rumit!

Menanti suara garaunya memulakan buah bicara dengan debaran yang mulai menghinggap di dalam dada. Aku mengunci bibir ketat-ketat.

Namun, senyap. Hanya deruan nafasnya kedengaran berombak perlahan, menghadirkan perasaan yang bukan-bukan dalam hatiku. Dia tak nak bercakap ke? Atau...

"Nesa... Dah fikir tentang tawaran aku?"

Aku kertap bibir. Dia call aku semata hal ini?

"Stop talking rubbish, Raden. Awak ingat saya ni perempuan murah?" Menahan geram, tak pernah aku jangka lelaki ini mahu gunakan aku untuk dijadikan mainannya seperti Tiara. I'm not a toy, okay!

"Aku tak nak kau sebarkan hal curang aku pada Tiara. Just that."

"Sampai bila awak nak menipu dia?" Tak puas hati, dia ingat kawan aku tak ada perasaan. Kalau Tiara tahu tentang ini betapa hancurnya perasaan kawan aku tu! Dia cinta mati kat Raden! Argh, kenapa Tiara dipertemukan dengan lelaki tak guna macam Raden?

"Sampai bila-bila. Kenapa? Kau susah hati ke kalau dia kecewa?"

"Dia kawan saya mestilah saya tak suka apa yang awak buat belakang dia!" Aku mulai membentak. Soalan bodoh juga diperdengarkan di gegendang telingaku.

"Aku rasa bukan sebab Tiara kau marah-marah..." Gelak dilepaskan di hujung sana. Kedengaran menyenangkan di telingaku. Segera aku tampar pipiku perlahan, tak boleh kalah dengan perasaan sendiri.

"You like me... I know... You're jealous..."

Terlepas handphoneku dari genggaman. Seperti ditembak oleh peluru di dada dek kerana kata-kata Raden. Ya Allah, macam mana dia boleh tahu tentang perasaan aku? Aku tak pernah beritahu, dan aku sedaya upaya kawal riak cemburu ini dari tatapan Raden. Lagipun sebelum ini jarang Raden tengok wajah aku.

"Nesa... Are you there?"

Aku terus matikan handphone. Tak sanggup nak teruskan perbualan yang tidak ada maknanya itu. Raden mesti seronok kenakan aku, dia seronok lihat aku gementar dan kalah dengan perasaan aku sendiri. Lelaki seperti Raden memang tak layak disukai. Aku akan matikan perasaan ini dengan kadar segera!









PAGI-PAGI aku bersiap berpakaian sukan. Hari ni berjoging sekejap, hendak buang aura yang menular dalam diri aku. Fikiran tentang Raden pun payah nak hilang kalau aku duduk berdiam aje hari ni. Kebetulan hari ni aku cuti, takkanlah nak terperap dalam bilik sewa yang sempit begini. Sesak jantung... Kalau aku ada duit lebih, aku nak pindah tempat lain yang lebih selesa. Tak tahan nak duduk lama-lama lagi.

Aku turuni tangga, ditanganku ada botol air. Handphone aku simpan dalam kocek seluar track aje. Begitulah aku bila keluar ke taman rekreasi yang berdekatan. Simple. Tak naik motor ataupun kereta, sekadar jalan kaki. Jimat duit, cuma berpeluh sakan ajelah. Takpe, nanti joging berpeluh jugak. Menyihatkan badan sekali.

Sesampainya aku di taman, aku duduk sebentar melepaskan lelah. Sekeliling aku liarkan pandangan, ada dua tiga orang joging. Tak ramai macam selalu. Biasalah hari khamis, jarang yang ambil cuti hari ni. Sedang termenung menikmati pemandangan indah, bahuku dicuit perlahan. Terpusing kepalaku ke belakang, jantungku macam nak tercabut tangkainya. Mulutku turut ternganga luas.
Raden??? Apa dia buat kat sini?

"Miss me, Nesa?"







RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now