Bab 4

686 70 2
                                    

RED FLAG 4

TAK DAPAT berganjak bila Raden terus ambil tempat di sisiku. Tak terkelip aku tatap wajah dia, pakaian dia juga berbaju sukan. Macam dah tahu aku akan keluar bersukan hari ni? Ya Allah, kenapa aku rasa Raden ni semakin aneh. Betul ke dia ni Raden? Kenapa macam makhluk lain dah merasuk dia? Takkanlah sebab dia tak nak aku beritahu perihal curang itu kepada Tiara, dia sanggup mengganggu aku sampai ke sini?

"Awak stalk saya?" Aku tak mampu tahan diri dari bertanya. Matanya yang tajam memukau itu terus-terusan berbicara dalam diam. Entah apa cuba dia bicarakan, aku sukar untuk kenal pasti. Yang aku tahu dia tengah serius sekarang. Tiada secubit senyuman meniti di bibirnya, hanya renungan diberikan membuatkan aku semakin ditular perasaan kurang senang.

"What do you think?" Raden berpeluk tubuh, matanya dilarikan ke hadapan, sepertinya dia sudah bosan merenung muka sememeh aku seawal pagi begini. Aku hembus nafas, mengadu dalam jiwa agar kekal bertenang. Tiada apa akan berlaku. Raden tak stalk aku, kan? Tak mungkin, kan?

"Kebetulan awak datang sini. Mungkin..." Aku paling wajah dan tunduk merenung kasut sukanku yang berwarna purple gelap. Dari dulu aku pakai ini saja bila joging, tak ada niat nak membeli baru memandangkan duit simpananku adalah untuk hal yang lebih penting. Malu juga bila lihat kaust itu macam dah uzur, mesti Raden nampak dan fikir aku ni papa kedana sangat. Ah, lantaklah!

"Well, maybe..." Suasana kembali hening bila Raden turut mendiamkan diri. Janggal gila! Mana ada aku pernah berlama, dan berdua dengannya di tempat yang tiada Tiara! Tak dapat dibayangkan kalau aku jadi skandal dia, mesti aku jadi kaku seperti sekarang. Aku mana pernah bercinta, inikan pula hendak berskandal dengan bakal suami teman baik aku sendiri. Mintaklah simpang! Tetapkanlah imanku.

"Kau dah breakfast?"

Erk... Sejak bila dia pandai bertanya tentang makan minum aku? Ya Allah. Dia memang nak goda aku agar jadi skandal dia ke? Biar betul mamat pencurang ni? Tolonglah, dia tak nampak ke keadaan aku bagaimana tak layak kut di samping dia.

"Kalau belum pun, ada kena mengena dengan awak?" Pura-pura jadi sedingin salju. Harap dia blah je. Merimaskan juga kalau dia berterusan begini.

"Not really... Kau pun bukan siapa-siapa dalam hidup aku."

Deep... Rasa macam kena cekik leher ni. Tak boleh bagi ayat lebih kejam ke, Raden?

"So, awak tunggu apa lagi kat sini. Nak buang masa?"

"I'm seeing my future scandal..."

Aku senyum sinis. Future scandal? Cringe teruk. Dia ni lupa minum air zamzam kut, tu otak kotor sepanjang masa. Fikir pasal skandal saja.

"Oh, iya? Better awak setia pada Tiara. Dia perempuan sempurna, ramai kejarkan dia. Kalau awak sia-siakan, melepas. Bila dia dah hilang, jangan baru nak terfikir tentang penyesalan." Aku gigit bibir semula, mulai menyesal kerana terlebih banyak membebel. Buat apa aku nasihat dia? Bukan tembus ke hati dia pun. Aku pasti dia dah lama mencurang dibelakang Tiara, kerana itu tiada secebis rasa bersalah di hatinya.

"You're interesing, Nesa..." Raden tergelak nipis. Dia sambung pandang aku. Sumpah aku tak faham apa yang berada dalam fikiran dia. Lebih baik aku pusing balik ke rumah. Terpaksa skip berjoging demi keselamatan hati aku.

"Kau nak lari ke?" Raden bersahaja menarik tanganku, terhenti terus gerakku. Aku kerut dahi, memandangi dia dengan riak yang terpamer tanda tanya dengan perbuatan Raden ini selepas peristiwa semalam.

"Awak nak apa ni? Lepaslah tangan saya ni!" Bentakku sambil merentap tangannya itu, bukan aku tak sedar matanya meliar meneroka laman wajahku yang kusam tanpa secalit bedak compact. Kenapa? Hodoh sangat ke?

"Pucat bibir kau..." Disentuhnya bibirku dengan lembut tanpa sebarang amaran. Bagai disambar petir, aku kejung membiarkan dia yang semakin dekatkan dirinya denganku. Terkejut dengan perbuatan dia yang tiba-tiba, aku hanya beku, melihat ke dalam matanya yang terbias diriku. Kenapa perasaanku ini masih ada? Kenapa?

"Jom, ikut aku..."

"A... apa? Pergi mana?"

"Jumpa mama aku."

"Hah?" Rahangku hampir tercabut. Terbeliak biji mata. Dia nak bagi aku kena heart attack ke? Setiap perkataan yang meluncur di bibirnya sering tak terduga.

"Just kidding..." Pinggangku dirangkulnya rapat, kami berjalan seiringan. Aku yang macam robot ni, ikut saja dia bawa aku. Macam kena pukau. Aku sendiri tak faham kenapa aku jadi begini. Teruknya... Dia lelaki red flag, menduakan cinta kawan baik aku... Tapi kenapa aku jadi biul bila dia di sisi aku?





"AWAK nak buat benda buruk kat saya ke?"

Raden kerling aku sekilas. Dia senyum nipis, menimbulkan lesung pipit di pipi belah kirinya. Aduh, gawat ini. Mempersonakan sungguh!

"I will never do that, honey..."

Bagai dihambat pukulan gendang, panggilan honey itu begitu memberi impak dalam diriku. Entah bagaimana aku boleh blushing. Gilakah aku sekarang ni? Buang tebiat? Aaa... Ini effect kerana terlalu lama hidup membujang, kan?

"Jangan sebut perkataan tu lagi..." Aku tunduk, sembunyi wajah. Tak patut aku rasa berbunga di hati, sedangkan lelaki ini hanya permainkan hatiku yang gersang mahukan cinta darinya.

"Yang mana? Hmm?"

"Honey..."

"Ya, baby?"

"Stoplah, Raden... Hantar saya balik semula kat taman tadi... S... saya..." Aku tak nak dibungkus dengan maksiat bila dengan Raden. Entah bisikan apa yang menghasut agar aku mengikut Raden sehingga boleh rasa secebis bahagia kerana lelaki itu memanggilku dengan gelaran mesra. Aku tak boleh tumpas semudah ini. Aku ada maruah dan harga diri... Aku tak boleh biarkan Raden pergunakan aku.

"No way... Aku nak ajak kau have fun je. Takkan tak boleh? Kita berdua keluar... Tak ada salah pun, kan? Bukan aku nak ajak kau ke hotel pun."

"Saya tak naklah, Raden... Tolonglah. Kalau awak nak main-main, cari jelah skandal awak yang cantik jelita tu. Jangan kacau saya dan babitkan saya dalam hal ni..."

"Kau pun kacau aku, Nesa... Kau berniat nak bongkarkan semua ni depan Tiara, right? Aku takkan berdiam diri... Aku dengan dia, tak boleh putus. I will marry her no matter what happen! Do you understand?!"

Terhenjut bahuku ke atas kerana jerkahannya yang tiba-tiba menggemakan suasana dalam kereta ini. Tak pernah disangka aku bakal dijerkah seperti ini dengan Raden. Padahal bukan salahku, salah dia sendiri. Kalah benar cintakan Tiara dan nak perkahwinan ini diteruskan tanpa aral, kenapa perlu dia pasang skandal lain? Apa sebenarnya yang berada dalam kepala otak dia? Ke... sejak azali memang perangai Raden begini? Buaya daratan?

"Hm, sorry..." ucapan maaf pula meniti di bibirnya. Aku diam namun masih beranikan diri memandang dia. Kelihatan dia kembali tenang memandu, tanpa toleh aku. Fokusnya hanya pada jalan raya.

"Kalau saya tak beritahu pasal semalam pada Tiara... awak akan lepaskan saya,  ke?" soalku perlahan. Mencuba juga, walaupun aku sebenarnya meronta-ronta nak beritahu perangai sebenar Raden pada Tiara. Biar Raden dapat balasan dari perbuatan terkutuknya selama ini. Raden takkan aku biarkan bahagia dengan menyakiti hati Tiara.

"Hmm... Just wait for a bit longer, dear... You will know the answer, then..." Bibirnya tersenyum sinis, sempat mata kami bersabung buat seketika. Kenapa aku rasa seram semacam dengan pandangan dia tu? Ah, apa yang dia fikirkan?



...

Writer's comment : Jem otak sbb dah lama xmenulis. Maaflah ye 😂

RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now