Bab 8

431 63 5
                                    

RED FLAG 8

"DAMN! Tiara!" Hentakan kuat dihempas Raden, gigi dikertap kuat. Sampai sini, saja nak bawa Nesa berkenalan dengan sepupunya, Sephia. Datang pula Tiara... Apa dia nak buat? Masuk atau pergi tinggalkan tempat ni?

Nesa senyum sembunyi. Baru lega, Tiara ada di sini bermakna Raden akan behaves. Tidak akan berani mengapa-apakan dia. Dapatlah dia rasa pekungan dada berkurangan. Agak-agak boleh lari tak? Sempat kalau Raden leka melayan kekasih hati. Akan dia gunakan masa keemasan ini. Tak sabar.

"Jom masuk... Nak jumpa Tiara..." Sedaya upaya dikawal muka ceria. Keberanian terus mendakap dirinya. Kebebasan bakal dinikmati semula. Dia akan bawa diri sejauh mungkin dari mereka. Sampai lubang cacing pun, Raden tidak akan dapat cari dia. Yakinnya aku ni.

"Kau beria nak jumpa dia, kan? Kau nak sangat mengadu kat dia pasal aku?" Mencerlang biji matanya, melihat riak muka Nesa yang tidak tegang lagi. Mesti Nesa tu seronok sekarang, dah merangka-rangka rancangan untuk mengadu domba pada Tiara, mungkin.

"Mana ada. Bff saya, kan? Mestilah nak jumpa. Ada yang salah?" Pintu dibuka tanpa pandang Raden. Peduli apa? Semangat membara nak masuk dalam, nak berjumpa dengan Tiara. Bercerita serba sedikit tentang harinya yang begitu malang ini. Tapi, dia kena pandai cover lah. Tak nak nama Raden terang-terangan disebut. Mati dia dikerjakan Raden!

"Siapa benarkan kau keluar!"

Raden turut keluar dari perut kereta. Lincah betul Nesa. Kehendak hati meronta-ronta mahu menggari tangan Nesa, agar perempuan itu tidak bertindak sesuka hati. Pantas sekali kaki itu berdiri depan pagar. Dirapatkan jurang, bahu Nesa ditekan kuat.

"Dengar, Nesa... Jangan bocorkan apa yang berlaku antara kita." Penuh dominasi, arahan berbaur ugutan dilempar terus ke muka Nesa. Muka garang terpeta, biar Nesa takutkan dirinya.

"Jangan risau. Saya tutup mulut, okey?" Nesa tebarkan janji. Ya, memang dia tutup mulut, sekaligus menghilang. Nantikan...

"Macam nilah bagus." Dikepit hidung tak berapa mancung Nesa. Kulit sedikit coklat itu, tak hadirkan sebarang perasaan pun dalam hatinya. Hanya berniat untuk mempermainkan saja. Seronok... 

"Sakitlah..."

"Ini baru sikit..." Makin dekat, dia jatuhkan tangannya di belakang tembok, belakang Nesa. Tangan dikepal penumbuk ke dinding batu itu sehingga sakitnya tak terperi menyerapi kulitnya. Sakit... Ditahan dari mendesis, yang dia nampak sekarang riak muka cuak Nesa. Tanda tanyanya berirama di lautan mata hitam itu. Raden gelak bagi hilangkan sakit, sekaligus menutup rasa yang mula menggila.

"Apa awak buat ni, Raden?"

Jarakkan tubuh. Raden tunjuk penumbuknya yang dah berdarah, menitis cecair hangat itu ke lantai. Dibiarkan berbekas dan nampak melecet.

Nesa kelu. Apa taktik Raden sehingga melukai diri sendiri? Dia ni ada penyakit kat kepala ke? Otak dah hilang?







"YOU datang dengan Nesa?" Tubuh Raden dirapati Tiara. Riak cemburu terlakar deras di wajah Tiara. Tak tahulah hendak rasa apa sekarang ni. Jelingan Tiara tak kunjung mengerling aku. Nak saja aku beritahu semuanya pada Tiara. Bagaimana setannya Raden ini! Mengasari aku dan mencium aku sesuka hati. Semuanya tak dapat aku hempaskan dari rengkung dada, kerana Raden tidak akan berdiam seandainya aku bongkarkan kejahatan dia.

"I tolong dia, kena ragut... See... tangan i berdarah..."

Tiara menjauh. Dia pejam mata. Semenangnya Tiara takut darah dari kecil, kalau tengok boleh pitam. Tapi darah yang melekat di penumbuk Raden sikit je. Cuma agak ngerilah. Aku pun dapat rasakan nyilu melihat luka itu.

RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now