Bab 2

710 80 5
                                    


"HISH, kenapa aku kena tengok wayang jugak ni?" Aku mulai merungut. Tapi dia tak dengar sangat kut, sebab jarak kami jauh. Aku berjalan dibelakang dia, malas nak bergandingan sebelah dia. Ada ke patut dia kata untuk hari ni je aku perlu berpura-pura tengah berkenalan dengan dia. Dan, paksakan diri tengok wayang. Biar Raden dan Tiara anggap kami ni sedang  mencuba beramah mesra. Hisy! Skru otak dia tertanggal ke? Masa tadi dingin semacam, alih-alih suruh aku dengar cakap dia? Aneh-aneh belaka si Haden ini. Memang aneh macam Raden tu!

"Cepatlah..." Haden bersuara sedikit keras, marah agaknya sebab aku masih terhegeh-hegeh dibelakang.

Aku hentak kaki, menjeling dia. Tapi dia tak nampak pun. Aku jalan saing, kekok yang amat. Bukan aku tak perasan ada beberapa mata menjeling kami, mesti nak bandingkan rupa aku dengan lelaki di sebelah aku ni.

"Look there... Raden and Tiara..." Jari telunjuknya mengarah ke depan. Aku hanya pandang Tiara dari jauh, ceria saja wajahnya terpeta. Dengan badannya rapat di sisi jejaka kacak itu. Menggerutu pula jiwa aku. Tak pernah nak dilepaskan pakwe dia tu. Macamlah ada orang nak rampas. Huh!

"Hear me, don't try to run away."

Aku buat muka menyampah dan jalan melepasi dia. Segera kaki mendekati mereka berdua di sana. Muka ceria Tiara rasa nak dirobekkan aja. Tahulah sedang bahagia. Aku aje sorang yang merana. Tak adil betul dunia!

"Pandai Haden tu pujuk kau. Datang jugak kau kat sini..." Tiara menyakat aku. Tapi, aku tak ketawa atau nak bergurau senda. Monyokkan wajah saja sambil jeling-jeling Raden yang masih enak bermain-mainkan tangannya di pinggang kekasih awal dan akhirnya itu. Gatal tak bertempat! Belum kahwin pun dah over.

"Kau tercegat kenapa? Takkan tak boleh nak bersweet dengan Nesa?" Raden membuka mulutnya, menghadirkan rasa bencinya aku terhadap dia. Aku sukakan dia bukan Haden. Kenapa dia beria nak kenenkan aku dengan adik dia yang cacat mulut tu. Haden yang baru muncul di sebelah aku buat macam tak wujud. Tak hingin pun nak buat aksi sweet dengan lelaki yang heartless macam Haden.

"Kan, darling... He is just too cold. Sesuai ke dengan Nesa yang macam ais jugak ni?" Perli Tiara pedas. Aku tak terasa dah memang sejak azali aku sejenis ais, tak berapa mesra dengan lelaki. Sangat-sangat tidak ngam dengan makhluk bernama lelaki. Selama aku hidup, aku hanya punya crush dengan Raden. Selain daripada itu, tak ada lelaki lain dapat rampas takhta nama Raden dari hatiku. Jahatkan aku? Ada ke patut punya hati dengan kekasih kawan baik aku sendiri?

"Don't worry... Soon... He will change..." Raden tayang smirk yang bikin jiwaku meronta-ronta. Ah, kenapa dari awal aku tak cuba goda Raden? Kenapa mesti Tiara yang dapat Raden? Kenapa bukan aku?





"NAK ke toilet jap..." Aku berbisik sedikit, haraplah Haden dengar. Tapi dia tetap selamba, menonton wayang. Disebelahku pula ada Tiara. Sedang enak membaringkan kepalanya di atas bahu Raden. Manja sangat. Aku gigit bibir menahan rasa cemburu. Inilah perasaan paling menyakitkan disepanjang menyaksikan momen bahagia mereka selama 2 tahun. Agak lama kan hubungan mereka berdua? Aku selalu fed up tengok depa tu.

Aku bangun melepasi Haden, mujur kaki panjangnya tidak terpijak. Aku sekadar mengeleng melihat dia nyata tidak terusik pun bila aku langkau kakinya. Dasar frozen!

Bahuku diusap lembut, sejuk semacam dalam ni sampai terasa nak membuang air kecil. Aku agak lama tak menonton wayang, dah terbiasa duduk rumah kalau tidak punya aktiviti menarik. Lagipun aku dah terlalu lama hidup membujang, tak ada maknalah aku nak keluar jalan-jalan seorang diri tanpa hala tuju. Bazir masa dan duit saja!

Lekas aku pusingkan kaki sambil mata mencari arah di mana kebedaraan toilet. Sampai saja depan toilet, aku masuk dan melepaskan hajat. Seusai itu, aku keluar dan basuh tangan di singki. Sedikit lama aku termenung merenung pantulan diriku di depan cermin. Memang banyak kurangnya, wajah lebih berumur dari umur sebenar. Umur baru 23 tahun, tapi dah macam umur 32 tahun. Jauh sangat perbezaan aku dengan Tiara. Dia jauh lebih cantik dan menawan. Entah pakai sihir apa agaknya... Semudah itu dia dapat memancing ramai lelaki dalam satu masa, dan kali ini baru dia serius dengan seorang lelaki. Kebetulan lelaki itu adalah crush aku. Betapa malangnya hidup aku, kan?

Menyukai lelaki milik kawan baikku. Kadang kala aku benci juga dengan diru sendiri, terasa menjijikkan. Namun, perasaan ini tak dapat dibuang atau dicampak jauh. Ia masih kekal bersemadi dalam jiwaku.

"Honey... I miss you..." Aku yang sedang membasuh tangan sedikit tersentak. Suara itu menjengah telingaku, seakan dekat di sisiku. Bila aku toleh, tak ada. Aku berhalusinasi ke? Tap air aku tutup. Gementar usah hendak diceritakan. Perkara ini pertama kali berlaku. Tak akanlah aku delusi tentang Raden pula? Ah, aku tak nak jadi sakit teruk begini.

"Me too, darling..." Aku kerut dahi. Kali ini aku tak salah dengar kan? Ada suara perempuan membalas bicara romantik itu. Derapan kaki perlahan memijak lantai, lebih berhati-hati. Entah kenapa rasa tak sedap hati menyisip jiwaku kini. Seakan dapat membaca sesuatu yang kurang baik bakal berlaku.

"Damn, you're sexy..." Langkahku mati, benar-benar mataku menyaksikan dua figura berlainan jantina sedang berpelukan hangat. Rahangku bagai nak jatuh ke lantai bila kedua-dua mereka mulai bercengkerama seperti tidak punya satu setitikpun perasaan malu. Adrenalinku mengalir deras, pipiku basah dengan rona merah pekat. Semenangnya aku diselubungi dengan api cemburu dan amarah. Cemburu kerana lelaki itu mengucup bibir sang wanita lain. Dan... marah kerana wanita yang berada dalam rangkulannya itu bukan Tiara. Ya Allah, apa yang terjadi sebenarnya?

"We will do later, senorita..." Tak terkelip mata aku bila wajah wanita itu ditolaknya lembut. Kucupan mereka putus, dan matanya bersambung dengan mataku. Terketar-ketar aku cuba pasakkan kakiku yang sedikit menggigil. Dah tertangkap, aku melihat drama mereka berdua. Apa aku nak buat ni? Kena lari ke? Atau marah pada dia kerana curang dibelakang Tiara?

"Okay, darling... Call me, okay?" Sebuah kucupan mesra singgah di pipi Raden, namun Raden kelihatannya tidak membalas. Sekadar membiarkan tingkah itu dan kekal statik matanya berlawanan denganku, aku sendiri tidak tahu dimana keberanian yang telah aku dapatkan sekarang ini. Padahal setiap inci tubuhku terasa hendak rebah ke bumi kerana terkejut bukan kepalang dengan surprise tidak terduga ini. Macam aku pula telah dicurangi oleh Raden.

"So... You see it?" Kejung... Aku gigit bibir menahan perasaan yang menggila. Kenapa Raden tegur aku? Bukan ke lebih bagus dia beredar je dari sini. Anggap aku tak wujud. Bukan ke itu lebih mudah? Atau dia takut aku beritahu hal ini kepada Tiara? Mungkin begitu.

"Why you're shocked? Tak pernah tengok live? Or maybe you're too innocent to watch this?" Sebuah tawa halus kedengaran sinis. Mengejek aku? Semestinya lelaki di depanku ini adalah pencurang yang berjaya. Wajahnya tidak tercela sebarang serba salah, malah seperti seronok kerana aku menyaksikan ulah nakalnya itu.

"Why you're keep being silent..." Entah apa aku nak buat bila dia makin mara dekati aku. Kaki kanan cuba aku angkat, nak berlari dari sini tapi seakan dipaku. Tegak aje aku berdiri di sini. Macam patung cendana.



...

Writer's comment : Xtaulah apa sye merepek 😂

RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now