Bab 10

450 59 5
                                    

RED FLAG 10

"AKU nak ke toilet. Kau jangan pergi mana-mana." Haden titipkan pesan buat aku. Nampak gelisah je Haden, pandang kiri kanan. Macam ada orang perhati dia je.

"Dengar tak?"

"Pergi jelah. Kalau saya pergi mana-mana ada masalah ke pada awak?" Saja aku menguji dia. Iyalah pelik sangat. Risau ke kalau aku hilang? Bukan aku ni sesiapa pada dia. Hanya stranger.

"Ya Allah. Apa-apa jadi kat kau, aku jugak susah."

"Apasal pulak awak yang susah?" Makin rumit aku nak faham. Kalau aku cabut lari, dia takde rugi apa-apa. Yang ruginya adalah aku sebab tak ada apa-apa pun sekarang ni. Duit pun berapa sen je ada. Daif sungguh. Duit aku ada tertinggal kat bilik sewa. Itupun tak banyak.

"Banyak tanyalah. Duduk jelah diam." Dia berlalu tanpa pamitan. Bengang betul rupa dia. Sedang aku melayan perasaan, ada seorang waiter hidangkan segelas jus oren. Tiba-tiba muncul. Aku geleng, bukan ada order pun.

"Saya takde orderlah," jawabku sambil tolak segelas air oren itu.

"Lelaki tadi orderkan untuk puan..."

Memandai betul panggil aku puan. Belum kahwin tau. Single lagi.

"Siapa?"

"Yang tadi duduk dengan Puan." Pelayan itu hadiahkan aku senyuman. Tanpa tunggu aku beri kata putus, dia pergi. Ish, suka sangatlah bagi kejutan. Haden ni tak perlulah belanja aku lagi.
Jangan baik sangat, nanti aku terjatuh payah jugak.

Straw yang tersedia aku sedut. Tekak mula diresapi kesegaran. Walaupun tak haus, dah free kan. Habis aku sedut sampai hilang semua jus dalam gelas. Perlahan-lahan, mataku jadi kabur. Berbalam-balam. Pening sungguh! Lantas aku baringkan kepala atas meja.









YA ALLAH. tubuhku menggeletar teruk, terus mata terbuka perlahan-lahan. Sejuk... Ya Allah. Aku tercungap-cungap menarik nafas, ada sepasang tangan menunjal kepalaku. Wajahku dirasmi pancuran shower, makin menggigil tubuhku. Aku memeluk tubuh, cuba menghalang kesejukan yang membelenggu diri. Tak tahan, tubuhku terbaring lemah. Mataku kembali tertutup. Tak daya nak buka mulut waimapun hati ini terlalu terdesak hendak hentikan pancuran air yang sejuk sehingga menyengat ke tulang hitam.

"Bangun! Aku tak suruh kau tidur!" Jerkahan itu datang menghentak tempurung kepalaku. Terasa ubun-ubunku dihentak dengan sesuatu yang keras. Menyeringai aku kesakitan. Tak tertahan, hanya menangis sendu. Mengharapkan ini akan dihentikan. Entah siapa yang menderaku. Apakah kesalahan aku?

"Aku dah kata kau akan terima denda kalau kau langgar arahan aku! Dasar bengap!" Rambutku dicengkam kuat, kini pancuran itu tidak melibas tubuhku. Namun, keperitan kerana ditarik kasar menyebabkan aku menangis lagi. Sakit!

"S... sakit!!!" Raunganku bergema pilu bila tubuhku diheret secara paksa dengan hanya menarik rambut panjangku. Siapa yang aniaya aku! Apa salah aku!

Seketika terasa tubuhku dihempas jatuh ke lantai. Terasa panas pipiku ditepuk-tepuk oleh sepasang tangan yang tidak aku kenali itu.

"Buka mata kau!"

Sedaya upaya aku buka. Ternyata wajah Raden menghiasi ruangan mata ini. Gila! Raden aniaya aku! Tahap begini? Apa mahu dia?

"S... sakit!!!" Raungku sekali lagi bila kepalaku dihentak atas lantai. Berbalam-balam pandanganku. Terasa bergegar urat sarafku. Siling putih itu terasa bergerak-gerak. Dan, semerta pandanganku sekali lagi mati. Sebarang suara tak dapat aku dengar. Malap.










"JANGAN pura-pura mampus pulak. Aku tak suruh kau mati dulu!" Dicengkam rahangku, lena yang mematri aku tadi hilang lesap. Mataku tercelik kembali. Pandanganku berlabuh pada wajah garang Raden. Seluruh badan rasa sakit dan berbisa, terutama pada bahagian kepala. Berdenyut-denyut macam nak pecah. Apa jadi?

RED FLAG ; RADEN CASERE (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now